Jawapan Peraduan Cari Cantum Menang Berita Harian Minggu ke-4 Dan MLM: Isu Kontroversi
Assalamualaikum...
Selamat dinihari. Saya dah siap isi borang Peraduan Cari Cantum Menang Berita Harian Minggu ke-4. Kali ini ada 2-3 jawapan maklum ada perkataan Dan. Akhirnya saya memilih untuk menghantar jawapan : MELANCONG MENENANGKAN MINDA DAN MEREHATKAN BADAN.
Jawapan lain ialah "Melancong Merehatkan Badan Dan Menenangkan Minda."
Jawapan lain yang boleh dipertimbangkan juga ialah "Melancong Merehatkan Minda Dan Menenangkan Badan" atau terbalik "Melancong Menenangkan Badan Dan Merehatkan Minda."
Jawapan dua terakhir itu macam kurang sesuai pula "Menenangkan Badan". Jadi kesimpulannya saya pilih yang saya tulis semua huruf besar sebab mak saya yang susun begitu. Senang cerita. Terpulang pada anda nak pilih yang mana satu bagi yang belum hantar. Hehe. Kalau menang kerana petunjuk saya bagi, sekurang-kurang dapat juga pahala menolong.
Ok selamat maju jaya bagi mereka yang menyertai pertandingan ini.
Haha trafik semalam sangat luar biasa tinggi. Alhamdulillah. Berkongsi itu tanda saya prihatin. Bercakap pasal prihatin, saya nak kongsi artikel saya baca pasal MLM di laman Utusan Malaysia. Artikel tersebut ada juga pada Berita Harian, 13 Jun tajuk 'MLM Mesti Menepati Syariah'. Bagi yang keliru MLM yang menepati syariah itu bagaimana, silalah klik pada pautan tersebut. Moga anda mendapat hikmah dan kefahaman serta membezakan MLM mana mengikut landasan syariah dan mana tidak.
Jumpa lagi. Sekali lagi saya ucapkan selamat berjaya dan moga mendapat manfaat daripada maklumat yang saya kongsi.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.