Friday, June 10, 2011

Saya Serba Tidak Kena. Mungkinkah Saya Mengalami PMS?



Assalamualaikum...

Memang tak seronok ok apa sahaja pekerjaan dibuat serba tak kena dan rasa nak marah membuak-buak padahal benda tu ada sebelum ni saya boleh tenang jer. Perasaan pula bercampur-baur. Kejap gembira, sedih, marah dan lain-lain. Orang selalu kata saya kena PMS tapi saya macam tak ambil endah atau anggap ia hanya alasan nak bersikap meroyan. Macam ada sesuatu tak kena yang ada dalam badan terpendam yang tak dapat dilepaskan yang perlu dilepaskan.

Jadi saya pun mencari pada cari enjin google TAIP 'PMS  Symptoms'. Kalau korang nak tahu tulisan pertama yang muncul di atas tak memenuhi perasaan dan itupun nak marah. Saya pun marah kat diri "wei apa ni, itupun nak marah ke tak jumpa apa aku nak. Carilah yang lain bersusun keputusan carian tu."

Ada terjumpa laman yang menarik hati memuaskan penerangan iaitu PMS ialah masa sebelum wanita itu menghadapi kitaran menstrual dan biasanya meningkat ketika kitaran. Oh begitu makna sebenar. Ia disebabkan oleh terlebih estrogen dan kekurangan progesteron (oh tak stabil hormon inilah yang orang selalu cakap)

Jadi saya mencari penyelesaian supaya hidup lebih bermakna. Makanya hendaklah saya menjauhi GULA. Adakah bermakna mengurangkan GULA. Haah, ia menyatakan kurangkan gula (patutlah, terlebih sudah makan berapa kali menambah minum air manis) SEBELUM menstrual.

Apabila baca, dia galakkan berjalan kaki 20-30 minit 3-4 kali seminggu. Aha patut waktu berjalan saya gembira walaupun penat. Maka saya akan buat.

Laman tu cakap kalau nak mengelakkan PMS dan rawatan, mengikut "US Today" bolehlah ambil Prozac. Tak tahu Malaysia ada ubat ini ke tidak. Apapun sapa nak tahu sumber saya ambil ini kat sini

Laman ini menyatakan ketika PMS jangan buat keputusan. Kalau nak buat keputusan buat selepas PMS.

Ada tadi baca fakta menarik yang lain, hingga 80% daripada wanita mengalami simptom PMS. Banyak tu.

Oklah nak tahu lebih lanjut pasal PMS boleh cari di google. Nanti nampak macam info kesihatan pula tulisan ini. Jumpa lagi. 

P.S: Simptom menstrual ni banyak rupanya lebih 150.

Kiranya wanita yang mengalami PMS adalah seperti bahan radioaktif yang tak stabil. Masalah atau benda remeh/kecil pun boleh buat wanita 'meletup' tau.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.