Tuesday, August 23, 2011

Gembiralah...Kenanglah Dan Hargailah Apa Yang Kita Ada. Jangan Ditangisi Yang Tiada



(Ingatan Untuk Diri Sendiri Gak) 

Assalamualaikum...

Ok puasa ke-23 telah melabuhkan tirainya. Maka malam 24 Ramadan menjelma. Huhu hari ini buka puasa sempoi sahaja (jangan ingat saya makan mewah-mewah tau). Mee goreng dengan telur mata kerbau yang kuningnya dibiarkan cair dan air kegemaran mesti minum Nescafe panas. Makan berdua bersama adik tercinta iaitu si M. Manakala mak berbuka di luar kaitan kerja. Hehe makin syahdu je semakin penghujung Ramadan makan macam makan di perantauan jer.


Apapun syukurlah dapat makan dengan aman dan gembira sesambil tengok tv di ASTRO Ramadan siri kembara ke Tanah Makkah. Kita ni kena bersyukur dengan apa yang ada. Jangan mengenang apa yang KITA TIADA tapi kenanglah apa KITA ADA. Apa yang kita ada tu jadikanlah ia menyeronokkan. Kalau kena makan sorang jadikan ia SATU YANG MENYERONOKKAN. Kalau makan mee goreng je tak makan macam-macam juadah, jadikan KESERONOKAN juga. Ingatlah ada yang lagi tak bernasib baik. Moga Ramadan ni jadikan kita seorang yang peka terhadap kesusahan orang lain.


Kalau tak gembira ditimpa musibah boleh ke kita gembira atau seronok? Hmm memang susah nak ceria dan gembira tapi sekurang-kurangnya JANGAN FIKIR dari sudut NEGATIF tapi fikirlah apa TUJUAN/HIKMAH di sebalik musibah. Aha insyaAllah terubat hati tu. Kuranglah sedikit rasa sedih/pilu/duka/nestapa. Maka KEGEMBIRAAN akan timbul akhirnya. Ala takkanlah dukacita selama-lamanya kan? Allah bagi silih berganti perasaan tersebut. Bersangka baik dengan Allah kerana Allah beri ikut sangkaan kita tau. Jadi janganlah MELANKOLIK sangat ala-ala artis air mata jer menangis macam Kassim Selamat. Jadi kena sentiasa optimistik walaupun pada pandangan orang lain kita ni macam tak berguna, hina-dina.


Ketika orang lain menghitung ketibaan Syawal, saya menghitung keberangkatan si M kembali ke perantauan. Nampaknya malam Raya ke-2, M akan terbang jauh. Rezeki dia tahun ini untuk puasa sebulan dan beraya sehari di Malaysia. Makan tat tu ingat Along yer :)


Ok itu sahaja coretan/luahan malam ini. Jumpa lagi. Syukur perasaan KETERUJAAN  menulis blog kembali semula dengan izin-Nya. Hehe...Ambik korang tulisan/pos banyak-banyak akan daripada saya nanti :)

Gambar Hiasan- Inti Kelapa


10 comments:

  1. btl2..ape yang berlaku,msti ader hikmah nyer... yang penting senyum slalu... =)

    ReplyDelete
  2. @Botol: Barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia baik untuk kamu dan sebaliknya :)

    ReplyDelete
  3. waaaaa
    adk akak tu mest rapat dgn akak ye
    blaja ke keje?
    cam jauh nye nk terbg tu
    hehehe
    betol kak
    tiap apa yg kita hadapi
    disyukuri..dinikmati dengan penuh barakah gitu =]

    ReplyDelete
  4. @Mimito: Aha adik masih belajar lagi. Betul tu kita hadapi disyukuri dinikmati :)

    ReplyDelete
  5. telur mata kerbau sparuh msak feveret sy jugak tu..heee..
    hargai la waktu besama, nnti bila dah adik awak pgi rindu2 pulak..

    ReplyDelete
  6. @Botol: Terima kasih.

    @Soly: Seronok kan makan telur kuning cair. Aha tulah hargai waktu bersama walaupun masa tu terhad.

    ReplyDelete
  7. salam wina...ye kita patutnya bersyukur dgn apa yg kita ada jgn asyik mencari benda yg bukan kita punyer...:)

    semoga semangat berblogging terus membara...:)

    ReplyDelete
  8. Anis kurang makan kunig telur, HB kata RUGI wor hidup tak makan kuning telur..huhu!

    Anis setuju ngan kata-kata kak wina tu. usah dikenang yang tiada. kdg2 sedih bila difikirkan bila org yg kita syg tak hargai kehadiran kita yg kini berada disisi dia.... Hurm.

    ReplyDelete
  9. @Mama Maszull: InsyaAllah. Kalau takde semangat nak berblog, pergi buat pencarian jiwa jap. Hehe.

    @Nurul Hanis: Memang rugi ler Anis.
    Uiks sapelah yang tak hargai Anis tu? Biar jer dia.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.