Monday, August 1, 2011

Hari Bantai- Bakar Lomang

Assalamualaikum...

Selamat berpuasa semua. Maaf lama tak menulis di blog kerana tuan blog ni balik kampung sempena hari bantai dan balik semalam petang lepas pergi PC Fair di MITC kemudian pergi makan petang makanan laut di Muara Sungai Duyung. Malam pula tuan blog ni tak sihat pula sakit kepala dan awal pagi pukul 3 pagi pula bermasalah nak buka pc umum.

Apapun alhamdulillah sekarang ini ada kesempatan nak menulis dan insyaAllah baca-baca tulisan blog yang saya ikuti.

Ok layan gambar-gambar lemang yang diambil kelmarin dan semalam. Memang hari bantai, Uwan buat lomang dan Pak Tam atau Pakcu bakar lomang untuk makan dan sedikit ada jual pada orang dengan harga RM7 sebatang.

Lemang Yang Dah Dimasak. Kanan Tu Tinggal Buluh Sahaja (Dah Dikopek)


Tempat Bakar Lemang


Jumpa lagi.






13 comments:

  1. pergh lemang tuu.. haih lama dah x makan lemang

    ReplyDelete
  2. akak!
    mimi dtg..hehehhe
    dapnye lomang aih..
    mak mimi suke beno lemang nih..hehehehe

    ayoo..kaka jage diri ye
    pose leklok taw
    >________<

    ReplyDelete
  3. @Freaky: Suka makan lemang ke? Haha

    @Mimi: Terima kasih, dugaan sikit hari pertama sakit kepala tapi boleh puasa lagi. Ahaks

    ReplyDelete
  4. slm...wah bestnya dpt bakar lemang rasa mcm nak raya plak...ada jual lemang yer...best la kalau gi melaka nanti bolehlah singgah belikn... kat mana jualnya wina...?

    ReplyDelete
  5. @Mama Maszull: Mama ni wat kat kampung, Kampung Chenaga Tampin N9. Jalan Besar nak ke Gemas. Dialu-alukan nanti nak dekat raya saya sertakan alamat kalau nak beli lomang :) InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. ado ari mantai ni kek n9 yo ni..kih kih... bilo ambik bluh lomang tu..eden nak ghayo nnt baru buek lomang..

    ReplyDelete
  7. ArulchelseA: Ado kek n9 :) Amik 2-3 hari sebelum mantai :)

    ReplyDelete
  8. hri mantai nk posa aku balik alor gajah ado kenduri ...lomang tk buat tapi omak den buat apam bintik bintik...meraso jugak makan apam tu...nk harap org tu htr.....tk sampai lgi..hehe..

    ReplyDelete
  9. @abgghani: Haha bro, meraso gak apam bintik-bintik tu eh? Ala lomang tu nanti rayo ado la tu. Hahahaha

    ReplyDelete
  10. waaa~ lomang!! eheee^^
    adeh..lupa nak g pc fair kat mitc lar,huhu

    ReplyDelete
  11. @Zareliqa: Ramai orang pening kepala semalam. Dapatlah beli cakera keras 500 GB. Tatau la murah ke tidak kalau harga RM164 jenama Samsung. Takpelah nanti datang lagi PC Fair tu

    ReplyDelete
  12. wow sedapnya lemang...tp tak minat sgt...hehe
    tu lemang pulut atau biasenye?

    ReplyDelete
  13. @Jasman: Sama gak tak berapa minat sangat. Lemang biasa

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.