Monday, August 15, 2011

Menjaga Hubungan Dengan Manusia Lain


Assalamualaikum…

Seperti tajuk di atas menjaga hubungan dengan manusia lain memang mencabar kerana kita diciptakan mempunyai agama, keturunan, suku, pendidikan, latar belakang keluarga, suasana, idealogi yang berbeza.

Namun kerana perbezaan tersebut membawa hikmah untuk kita mengenali keunikan setiap individu. Maka wajiblah kita menghormati antara satu sama lain. Menjaga tutur kata terutamanya dan tidak melakukan kekasaran fizikal kepada orang lain.

Orang yang baik ialah orang yang di mana orang ramai berasa tenteram bersama dengannya.

Biasalah kita sebagai manusa buat salah dan menyinggung perasaan orang lain sama ada secara sengaja atau tidak. Kalau kita sedar, cepat-cepatlah minta maaf. Kalau tidak sedar, harap-harap orang yang disakiti tu doa-doakan supaya kita sedar atau beritahu secara berhikmah.

Harap-harap kita semua dapat menjaga hubungan dengan orang lain. Belajar bersabar dengan karenah orang lain yang kita rasa tak seronok.

Lagi satu kalau ada orang tak suka kita apa kita buat? Kalau saya buat bodoh jerla, tak layan, jauhkan diri. Saya belum mampu menjadi seperti Rasulullah yang sabar dan membuat kebaikan kepada pelaku yang berbuat jahat kepadanya malah memberi hadiah kepada pelaku tersebut. Harap-harap saya mampu pada satu hari nanti. InsyaAllah. Anda mampu tak berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada anda? Kalau mampu, saya kagum.

P.S: Kepada pembaca blog ini kalau saya ada buat perkara yang kurang menyenangkan hati anda saya minta maaf banyak-banyak.
Jom jalinkan silaturrahmi :) 

Ini pos kehadapan (auto-post)







13 comments:

  1. schaze pun bukan orang yg sabar sgt..hihi

    ReplyDelete
  2. salam wina...yer la wina sama2lah kita menjaganya agar kekal hingga sampai bila2 yer...

    sabar selagi termampu jika dah hilang sabo tu mama pun tak tahu nak wat apa lg...:)

    ReplyDelete
  3. buat baik berpada pada buat jahat jgn sekali

    ReplyDelete
  4. Salam;
    sejak dilahirkan lagi kita memang tak sempurna..terpulang kepada kita sendiri mencari kesempurnaan utk diri kita dan Allah turunkan al-kalam sebagai panduan..byk kelemahaan yg ada pada diri manusia..sbb tu Allah tak meletakan hukum wajib utk hambanya sempurna seperti Rasul2nya.

    ReplyDelete
  5. @Schaze: Hehe jauhkan diri daripada punca buat kita tak sabar.

    @ Mama Maszull: Mama, kalau hilang sabo, cabut lari jauh-jauh.

    @Abgghani: Yer betul bro :)

    @Yusuf: Ikut panduan Allah beri.

    ReplyDelete
  6. Yang baik dari Allah, yg buruk dari kita...

    Samalah, kalau ada yang terkasar bahasa, minta maaf...=)

    ReplyDelete
  7. @Nurul Hanis: Sama Kak Wina minta maaf gak kalau ada komen tak seronok pada blog Anis :)

    ReplyDelete
  8. Wina..sama2 lah kita saling memohon maaf, memperbaiki kesilapan dan kelemahan diri mana yang perlu..

    ~eh,mcm ucapan rya lak,hehehe :)

    Betul kata wina, perbezaan sepatutnya bukan halangan, banyak kelebihan. Dari 'beza' tu lah, kita akan belajar banyak tentang keunikan, dri situ juga kita melatih kesabaran, bertolak ansur, mendengar pendapat org lain..aishh, memacam lah lagi..

    Tapi, kadang2, ada yang terlalu taksub dengan agamanya,budayanya, sehingga tak boleh terima perbezaan yang ada.. apa salahnya, bersikap sedikit demokrasi dan toleransi dalam sesuatu perkara selagi tak melanggar agama dan budaya? tak rugi pun..

    ReplyDelete
  9. @Lana: Haah yang taksub sangat dengan agama, budaya tu yang tak boleh. Tak nak terima orang luar. Betul toleransi memang perlu.
    Terima kasih bagi pendapat bernas :)

    ReplyDelete
  10. betol tu kak wina
    huhuhu
    kite x mampu nak puaskn hati sume owg
    yg mne x suke tu
    diam2 jela kan..huhuhu

    ReplyDelete
  11. kalau orang tak suka kat gary, gary anggap itu satu perbuatan yang mencabar... gary akan try macam2 smpai la dia suka kat gary!! hehehe...

    ReplyDelete
  12. @Gary: Wah bagus tu berusaha untuk buat suka kat Gary :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.