Wednesday, August 3, 2011

Pencarian Jiwa (Soul-Searching) And Finding Your Mojo


Assalamualaikum…

Hoho tajuk tak boleh tahan canggih. Terima kasih pada Lana yang tanya lebih lanjut tentang pencarian jiwa tu. Asal-asalnya saya komen tulisan dia pasal dia yang ‘slow’ pada bulan Ramadan. Saya tulis Lana kena buat pencarian jiwa 2-3 hari lepas tu mesti bersemangat nak menulis semula. Lepas tu saya tambah komen tentang ‘mojo’. Aha apa ‘mojo’ tu kan? Mengikut pemahaman saya (kalau silap atau terkurang boleh tambah pada ruangan komen tu yer) macam keghairahan untuk buat sesuatu. Faktor  X yang membuatkan kita beria-ia membuat sesuatu tu bersungguh-sungguh. Setiap orang mempunyai faktor X yang berbeza kan apabila menulis pada blog. Jadi apabila kita hilang ‘mojo’ tu mungkin juga sebab kita hilang ghairah kepada faktor X yang membuatkan kita menulis blog.

Jadi kalau kehilangan ‘mojo’ tu elok kita buat pencarian jiwa. Cari balik sebab-sebab mengapa ‘mojo’ kita hilang. Waktu ni waktu nak bersendirian menanyakan diri sendiri “apsal aku slow waktu ni? Apsal tak bersemangat ni?” Jadi ingatlah sebab yang menyebabkan dulu-dulu kita bersemangat nak menulis pada blog. Mungkin sebab kita lupa tujuan atau semangat apa kita berblog, itu yang hilang ‘mojo’ AGAKNYA. Apabila ingat semula tujuan/ faktor X anda yang membuatkan anda terbakar JIWA RAGA untuk menulis, insyaAllah semangat dan keinginan nak menulis akan muncul semula.

Sayapun manusia biasa pernah gak alami perkara ini. Malahan kadang-kadang tu rasa macam kerap juga. Kalau anda perasan pernah kan saya tulis pasal kekurangan jiwa pada blog. Itu waktu takde semangat la tu. Mencari semangat dengan luahan hehe moga-moga bersemangat menulis pada blog. Lagipun saya ni memang selalu buat pencarian jiwa, kalau ada tak kena pada jiwa mulalah bermonolog pada diri.

Ok ini pendapat saya. Bolehlah tambah-tambah mana kurang atau betulkan mana tak betul yer. Terima kasih. Jumpa lagi. 


P.S: Harap-harap lepas tu jumpa 'mojo' kembali






Tengok-Tengok Pemandangan Sambil Cari 'Mojo'


11 comments:

  1. fatin pun sama. kadang2 kalau rajin idea tu datang mencurah2

    kadang tu kalau dah malas, bukan malas sebenarnya, dah hilang mojo agaknya. kalau pun rajin tapi mojo hilang, tak ber apdet blog ni hehehe

    ReplyDelete
  2. @Fatynadia: Betul tu Fatin, kadang rajin, mojo hilang takleh juga. Kena ada dua-dua sekali.
    Terima kasih bagi input.

    ReplyDelete
  3. mojo2!
    come to me bebeh!
    hehehe
    mekaceh akak atas entri ni =)
    weeee
    moge kite selalu berada di level dimana mojo tu ibarat nadi yang berjalan seiring dgn kite
    kalo mojo lari
    carilah kan..jgn dok saje kan kak?

    ReplyDelete
  4. @Mimito: Haah kena cari mojo tu kalau takde. Jangan tak jumpa sudah. Cari sampai jumpa.

    ReplyDelete
  5. aku selalu makan laksa johor dan laksa penang....laksa melaka tk penah makan....kalau citer man laksa penah tengok lah... hehehe

    ReplyDelete
  6. mencari semangat yg hilang...kalau tk ketemu kita kembali semula di mana langkah kita bermula.

    ReplyDelete
  7. slm...yer la Wina kekadang mojo tu x ada dlm diri kita atas sebab yg tertentu ...tapi kena la juga cari agar kita x kehilangan arah n tujuan...kena la berlari ke arah mojo yer...jgn pengsan dah ni bln pose....hehhe..:)

    ReplyDelete
  8. Wina..faktor X lana..makanan..jadi..bulan posa tak leh makan..jadi..slow..ahahahaah

    ~~ ngada je,hahaha. takdalah..gurau je tu.. hurmm..esok lana start keja penuh..takda training2 dah..habislah.. nak biasakan diri ber entry dalam bolan posa..nak biasakan juga kerja dalam bolan posa..pancit jugak ni.. T___T huuu..cuak asa..hurmmm

    ReplyDelete
  9. Salam ramadhan;
    Sebenarnya ketenangan jiwalah perlu ada utk mengekalkan mojo mahupun semangat dlm apa jua keadaan atau pekerjaan yg hendak kita lakukan..

    P/S;Blog kita hampir sama dari segi bentuk,reka letak malah simple tulisan senang dibaca..tak byk benda yg berkelip atau bergantung2..saya suka...

    ReplyDelete
  10. wah mcm mojo jojo pulak (katon monyet dlm power puff girls) xP

    btw, betu pe cakap wina tu.

    sometimes rasa pening sampai tak tau nak apdet pape =,="

    ReplyDelete
  11. @abgghani: Laksa Melaka ni memang tak dikenali sangat.
    Cari langkah mula yer, langkah awal buat kita berkobar-kobar :)

    @Mama Maszull: Bulan puasa ni siang macam susah nak tengok pc lama-lama. Hehe kena wat malam

    @Lana: Alamak ye ke Lana, dah keje sepenuh masa? Harap ada masa untuk tulis tau. Mojo Lana makanan eh? Haha tulis blog lepas buka atau lepas sahur :)

    @Schaze: Aha yang monyet tu nama Mojako. Wina pun bila tulis mojo asyik ingat Mojako gak. Haha

    @Yusuf: Aha tulis kena tenang.
    Oh ingatkan sama perabot dan warna blog tadi yang Yusuf kata sama. Hehe. Ok

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.