Monday, August 22, 2011

Segmen Hira : Aku Reti Memasak Kau Reti?

Assalamualaikum...

Tertengok segmen si Hira yang rajin masuk segmen ni. Menarik pula. Sebagai seorang wanita, mestilah kena pandai masak. Hehe. Rasanya semua reti masak walaupun masak air kan? Saya pula memang suka tengok siri-siri RANCANGAN MASAKAN macam Top Chef, Masterchef, Jamie Oliver 30 Minutes, Chef At Home dan banyak lagi. Malah ada gunakan petua mereka ni dalam masakan saya.

Kalau tengok blog saya ni memang ada cerita masakan saya buat dan tepek gambar. Ok kira banyak masakan saya tahu buat tapi saya cenderung masak masakan/makanan Barat.

Antara masakan yang saya suka buat

1) Kek keju/pai epal
2) Spaghetti/ Lasagna
3) Ayam panggang
4) Kentang putar bersama kuah
5) Tomyam
6) Ikan kukus halia

Ikut banyaklah kan. Kata reti memasak mesti kena tahu semua tapi yang saya senaraikan tu yang saya selalu/suka buat sendiri.

P.S: Nanti saya 'blogwalking' blog-blog yang selalu saya lawat malam ini. Ni jenguk sekejap jer sebab nak buat segmen si Hira yang dah bermula semalam.



9 comments:

  1. dalam banyak2 tu saya suka tomyam :D

    ReplyDelete
  2. klo datang raye umah,akak masak ker??haha

    ReplyDelete
  3. @Freaky: Baru jer semalam buat tomyam.

    @Botol: Haha tengok keadaan.

    ReplyDelete
  4. @Hira: Terima kasih buat segmen.

    ReplyDelete
  5. wahhh banyaknye reti masak

    jeles nya..hihi

    p/s: schaze suke tomyam jugak! xP

    ReplyDelete
  6. kita suka masakna tai, tomyam best..

    Cik Reen melawat dari segmen yg sama... http://duniacikreen.blogspot.com/2011/08/segmen-hira-aku-reti-memasak-kau-reti.html

    jom sertai contest Cik Reen => http://siluncaimalang.blogspot.com/2011/08/first-ga-cr-perlukan-rakan-alam-maya.html

    ReplyDelete
  7. @Schaze: Ala Schaze pandai buat kek dan apam bintik :) Lagi pandai tau.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.