Saturday, September 17, 2011

Pulang Ke Sarang



Assalamualaikum...


Seperti tajuk di atas, akhirnya saya pulang ke sarang yakni selamat pulang ke rumahku syurgaku hampir ke pukul 10 malam semalam. Penat, mengantuk dan perut pun penuh. Semua elemen yang mempercepatkan untuk tidur ditambah faktor katil dan bantal yang empuk. Seharian berhari raya menghadiri kenduri nikah di rumah orang dan ditambah beraya di jalan-jalan KL. Memenatkan walaupun hanya menjadi penumpang duduk di belakang melayan perasaan. Hehe.

Gambar ada ambil tapi ambil gambar pemandangan, bangunan, jalan-jalan dan seperti biasa tidak ketinggalan ambil gambar budak kenit kegemaran, Adiva. Cuba cara menangkap gambar dengan cara berbeza. Muat naik kemudian kerana awal dinihari cuba seperti biasa CPU asyik terpadam.


Hari ini patutnya Wina ikut mak dan abah pergi ke kenduri kahwin 4 buah rumah! Tapi memandangkan perut rasa sebu dan tak dapat bayang Wina kena sumbatkan makanan untuk setiap rumah. Baiklah sahaja saya rehat di rumah. Esok ada kenduri kahwin lagi dan rumah akan diserbu oleh saudara-mara belah abah. Be prepared Wina. Haha.


Selamat berhujung minggu semua. Jumpa lagi.

P.S: Semalam dapat memenuhi keinginan makan nasi dagang. Lama tak makan!!!

Gambar Arkib


6 comments:

  1. selamat berhujung minggu..sedapnye makan nasi dagang ha

    ReplyDelete
  2. alaahai nasi dagang time puasa2 ni buat teringin je nengoknye....

    ReplyDelete
  3. haahahahaha
    adoiii
    mae tak senak akak wina cyggg
    sungguh die makan macm2 la cenggini
    hehehe
    x pe..bukn selalu kan?
    =]
    heeeeee

    selamat isi perot lagi kak
    kikiki

    ReplyDelete
  4. salam wina......sedapnya nasi dagang tu...:)

    ReplyDelete
  5. @Jasman: Hehe jangan cemburu.

    @Soly: Dapat hilang kempunan.

    @Umi: Tulah dahla susah nak jumpa.

    @Mimito: Nasib baik hujung minggu jer. Hehe nak isi lagi.

    @Mama Maszull: Tu pasal terbayang nasi dagang.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.