بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Selamat petang. Hampir seminggu lebih tak menulis. Semalam pun cuma terbitkan penulisan peraduan yang saya nak sertai dan melawat blog. Camne sambutan raya haji korang semua? Saya seronok balik kampung dan menikmati juadah yang pelbagai. Makan je macam-macam juadah dari kami sampai kampung hari Sabtu tu masak lauk lemak rebung dengan perut, sambal ikan dan sayur campur. Kemudian bakar lemang dan rendang ayam. Petang tu pula Pakcu datang dengan misi buat sate perut dan ayam. Kemudian Mok dari KL bawa kuah kacang yang dah masak. Malam pula makcik datang bawa pulut kuning dengan sambal ikan bilis. Uncle Abok menyusul pula bawa kek keju. Dapur dan meja makan tak sunyi daripada orang. Bertukar-tukar orang duduk situ makan lepas tu air pun tak habis-habis buat.
Ahad pula waktu raya haji tu buat lontong. Lepas tu dapat daging korban buat sup. Lebihan daging tu bakar pula pada petang nak buat BBQ. Hari Ahad hari makan daging jer rasa.
Isnin (semalam) cuma makanan biasa jerla kan. Ramai dah balik hari Ahad. CikYa je yang tak balik kampung. Kalau tak, tambah lagi juadah. Selalu Cik Ya bawa nasi beriani. Saya dan mak balik ke rumah semula semalam. Saya tak kuasa nak makan lagi tapi surau rumah buat kenduri. Mak jerla yang pergi. Mak tapau masak asam. Banyak juga lauk mak tapau sebab ramai tak datang. Jadi lebihan masak asam tu saya dapat idea buat lasagna. Haha pandai je saya menambah bahan resipi. Saya namakan lasagna asam pedas. Ambil je lauk asam pedas daging yang dah siap kemudian kisar dalam 'blender' lepas tu bahan-bahan lain tu macam biasa untuk kuah spaghetti. Rasa memang sedap. Hehe. Memang lama nak buat lasagna, akhirnya tercapai sekarang.
Maaf takde gambar. Ambil pun tak dapat muat naik. Nanti ada saya tunjuk. Lagipun lasagna saya kekurangan keju pula. Ada je tak cukup. Kalau sempurna, saya tunjukkan resipi dan gambar.
saya pun kekenyangan bila di kg..mcm mcm makanan ada.
ReplyDeletesedapnya lontong.. lama tak makan hehe
ReplyDeletewahh! macam2 juadah raya kak wina.nyum~ nyummm~ :D
ReplyDeletecuti raya koorban ni singkat sahaja, tp syukur dapat jumpa family dan makan bersama :)
ReplyDeleteWina cyg..camar ari aye yunk..samala..jue pun asyik mam jeak..huk2..mam smpi full la pewut..tgok ni makan tgok 2 mkn..mkn smpi pewut pun da muncit..aduyaiiii..huk3
ReplyDeleteaduhaii
ReplyDeletemeriahnyeee raya aji akak ye
beshmnyeee
sume makan2
heeee
dapat gather sume2 kan
mimi dok jauh
wuwuwuww
tambah2 sakit
makin nasi bubur+sup ari2
huhuhu
seronoknye mencube resepi baru ye kak
kekeke
syok nya raya anda meriah..........
ReplyDeleteSalam;
ReplyDeletemewah betul mkn daging musim raya korban ni ye..kontrol sikit mkn daging tu..nanti lain pula jadinya.