بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Semalam pergi ambil kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Tampin terletak di Tampin Square. Mengapa tak buat di Ayer Keroh? Sebab jarang lalu. Kalau dahulu saya buat kad pengenalan di Jalan Hang Tuah, Melaka tapi itulah sudah berpindah ke Ayer Keroh.
Alhamdulillah proses mengambil sangat mudah. Saya dah terbayang kesusahan nak ambil cop ibu jari kanan sebab tangan saya sentiasa berpeluh! Lap atau kesat tisu kuat-kuat pada ibu jari pun tidak berkesan. Agaknya sebab orang yang uruskan saya itu penyabar dan baca bismillah kut. Hehe. Jadi aura ketenangan pegawai tu dapat pada saya yang akhirnya dapat padanan cop ibu jari. Untuk pengetahuan pembaca, masa saya buat tu, pegawai yang ambil cop ibu jari kanan tak berjaya. Terpaksa gunakan dalam sistem dan dia kata kerana itu terpaksa ambil dalam paling lama 3 bulan. Tapi tak juga cuma sebulan lebih sebab saya buat pada 26 Oktober, hari Arafah. Memang saya macam tidak selesa dengan pegawai tu. Dia tak berapa sabar ambil cap jari saya. Memang ini masalah saya. Itu yang saya 'lemah' bab ambil cop jari. Hanya orang yang pandai sahaja boleh ambil.
Kelemahan tapak tangan mudah berpeluh ni memang menyukarkan saya. Terutama waktu ambil peperiksaan. Memang saya kena gosok tapak tangan selalu supaya kertas jawapan saya tak lencun basah. Tangan saya selalu lembab dan kadang-kadang sejuk macam ais.
Ok itu sahaja nak cerita. Jumpa lagi.
P.S: Gambar kad pengenalan baru saya tak cantik.
P.S.S: Ada orang kata, rezeki murah. Entah betul entah tidak.
P.S.S.S: Ada letak e-novel dalam arkib lama. Novel dihasilkan ketika dapat ilham untuk menulis. Bagi yang minat membaca novel boleh klik pada e-novel.

o0o0o0o...sy xbuat lg ic baru...xthu bila nak buat...
ReplyDeleteic baru buat muka jadi itam :(
ReplyDeletehuhu
@Jajas: Kalau cip ic belum rosak boleh je tangguh buat.
ReplyDelete@Schaze: Ha camne ic boleh buat muka itam eh? Hehe
Saya pun mengalami masalah yang sama. Nak buat ic, pasport , nak gi obersea... Semua susah. Tangan berpeluh mesin scan tak boleh baca. Stress sungguh. Huhu
ReplyDelete