Thursday, January 3, 2013

Pembelian Pakaian Pertama Secara Talian


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Penantian memang menyeksakan. Setelah menunggu pos laju datang. Akhirnya sampai pukul 2 petang tadi. Seluar jeans tirus sampai. Alhamdulillah muat walaupun saiz kurang 1 inci. Hehe memang pesan pun memang naikkan 1 inci sebab kata seluar ni ketat sedikit daripada jeans biasa.

Apapun syukur segala berjalan dengan lancar. Tahu sahajalah macam-macam saya fikir, barang tak sampai. Entah saya ni suka fikir bukan-bukan. Nasib baik apa yang saya fikir tak berlaku.

Tengok orang lain(lebih-lebih lagi adik) beli memang selamba dan rajin juga beli secara talian. Beli lampin, barang kecantikan dalam talian. Jadi saya fikir mengapa saya tak cubakan? Patut orang boleh ketagih beli secara talian.

Itu sahaja nak kongsikan. Jumpa lagi.

P.S: Mungkin beli lagi secara talian kalau jumpa yang berkenan di hati. Nilah jeans (beli 1 sahaja) yang saya beli. Ambil gambar daripada blog akak yang saya beli tu. Berwarna-warni kan? Memang tengok pertama kali dah tergoda.


    

2 comments:

  1. assalamualaikum wina...takut juga nak beli seluar online ni takut sempit jer...:)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam mama. Wina bernasib baik muat. Saiz tak jauh beza.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.