Thursday, April 4, 2013

Kata Hati


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Entah emosi kecamuk sahaja minggu ini. Orang kata pergelutan antara jahat dan baik dalam diri. Kuat betul pertarungannya sehingga macam tak bertenaga. 

Apa yang terdetik dalam hati, komen  pada orang akan terkena balik pada diri sendiri balik. Padahal kelaziman, saya tak pernah buat perkara tu tapi kerana saya komen orang buat perkara tersebut tengok-tengok saya pula buat perkara yang sama. Buat saya sedar, saya tak boleh komen walaupun dalam hati dan orang tu tak dengar apa saya komen pada dia. 

Ya balasan Allah. Allah dengar apa dalam bisikan jiwa raga. Walaupun takde niat nak kutuk, secara spontan ia terkeluar dalam diri. Oh! Macam manalah nak jaga hati ini supaya tak beri komen yang mengarut-ngarut. Betul. Apa saya monologkan tak bermakna saya berhak menghakiminya.

Rasa macam nak pulaukan diri. Tapi tak boleh pula. Saya hidup dengan keluarga dan masyarakat. Apa saya perlu tutup mata supaya tiada komen yang keluar daripada diri? 

Apapun ini adalah teguran untuk saya. Memang kena berhati-hati. Kalau terlepas kata hati yang tak sepatutnya, saya patut cepat sedar itu adalah kesilapan. Oh! Susahnya tak beri komen secara spontan ni. Kena berhati-hati selalu.

P.S: Saya baru dapat anak buah perempuan Selasa lepas. Nur Ayaana :)

4 comments:

  1. tahniah kak dapat anak buah :)

    nnt upload la gambar :D

    hihi

    ReplyDelete
  2. Saya baca entri tahun 2013 ni. :)
    Saya setuju yang what you give, you get back. Mengikut the Secrets, buku Law of Attraction tu, kena buat bodoh je. Maksudnya, look away. Kita jangan judge orang, walaupun dalam hati nak komen je, kan. Kena alihkan pandangan ke tempat lain atau blah je la, dari situasi tak elok. :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.