Monday, November 25, 2013

Saya Dan Terengganu



 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah selamat pergi dan selamat pulang. Pemergian ke Terengganu memang menyeronokkan walaupun penat. Kadang-kadang mood tu macam ke longkang. Tapi selalu ingatkan diri supaya bersabar dan ingat nikmat macam-macam saya dapat. Haha macam-macam saya dapat dari Terengganu ni.

Saya rasa saya sekarang ni lebih gembira dan terbuka nak borak-borak, lebih banyak tersenyum sorang-sorang. Haha tapi tak seronok saya tersenyum pada yang bukan mahram. Adeh nanti ingat ada urusan mengurat pula. Padahal saya tersenyum sebab saya elak becak masa nak pergi rumah pengantin. Saya melompat dan terpandang orang memandu yang senyum kat saya di tepi. Agaknya dia kelakar tengok cara saya elak becak.

Sempatlah pergi Desa Murni dan Pasar Payang. Oklah tu saya ikut orang nak beli-belah kan. Adik saya sempat jumpa kawan dia di Pasar Payang. Kawan dia siap beli keropok lekor untuk kami.

Syukur pada nikmat Allah dan pemberian orang-orang. Moga Allah murahkan rezeki kalian.

Jumpa lagi. 

 I got a little time
 A little time to think over
 

3 comments:

  1. Na..best kan Terengganu, negeri cantik, orangnya comey. hi hi..sebenarnya banyak sangat tempat yang best kat sana, kalau sempat pegilah lagi..

    ReplyDelete
  2. @Kak Azimah: Memang best :)

    -wina1979-

    ReplyDelete
  3. TBH kite belum pernah pi ganu lg
    InsyaAllah lg 2 weeks kite pi sn sbb kazen kite nak tunang hihi

    :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.