Sunday, February 16, 2014

Cili


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Ketika berjalan-jalan di sekitar pekan Volgograd sebab nak cari coklat dan cenderamata macam matruska/matruski, kami lalu sebuah kedai makan ini.



Nampak Tak Tertera Perkataan Seakan-Akan yulu


 

Adik saya tanya, "apa nama kedai ni?"
Saya tengok perkataan 4 huruf tertulis "yulu" seperti di bawah. Setelah beberapa hari di tanah Rusia saya terjumpa perkataan sama seperti perkataan Rumi/Roman tapi bunyi berbeza. Contoh macam "pectopah". Bahasa Rusia menggunakan huruf-huruf Greek. Jadi ada simbol delta, pi macam kita belajar Matematik. Malah huruf-huruf lagi banyak daripada huruf-huruf Roman/Rumi. Tak silap ada 36 huruf

Tak ingat siapa yang menjawab soalan adik M. Jawapannya ialah "cili". Haha betul-betul la perkataan Rusia ni sama macam ejaan orang Melayu. Bukan chilli ok.

P.S: "pectopah" bermakna restoran. h jadi huruf, p jadi huruf r. Memang keliru. Malah di visa pasport saya nama saya jadi lain. Hehe. Kalau ada gambar pectopah, saya akan tepekkan. Kalau malas nak letak, takdelah eh :)


Di Belakang Tugu  ^EHN(N terbalik)H

Cuba teka siapakah nama ^EHN(N terbalik)H? Popular ketika Perang Dunia Ke-2. 

 

4 comments:

  1. pening baca tulisan dorg
    russian punya huruf susah huhu

    ReplyDelete
  2. kiranya sebut dia rectorap ke? hahaha. gitu ke? =3

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum wina...jauh berjln yer patut dah lama x dengar cite...;)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.