Sunday, March 29, 2020

Perkembangan Covid-19 Seluruh Dunia

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Ketika ini lebih 1/2 juta penduduk dunia dijangkiti Covid-19 dengan Amerika Syarikat (USA) di tangga teratas kes jangkitan. WHO menjangkakan USA akan menjadi pusat pendemik seterusnya jika tidak dikekang atau usaha yang drastik dilakukan.

8 billion lebih penduduk dunia diletakkan dalam keadaan kuarantin (campur 40% rakyat USA dalam keadaan lockdown).

Adakah 28 hari cukup untuk mengekang pandemik Covid-19 di Malaysia? Kalau tengok keadaan di Wuhan dan daerah Hubei, 2 bulan lebih ( bermula lebih kurang sebelum Tahun Baru Cina (25 Januari) hingga awal April baru sekatan dibuka. Sekarang pun China bergelut melawan kes import pula. Jadi kena bebaskan kes Covid-19 di seluruh dunia, barulah kita dapat pergi negara lain atau bergerak dengan bebas.

Kalau ikut perkiraan berdasarkan pendapat Dr Ling Shih Gang, MCO (Movement Control Order) perlu dipanjangkan lagi sekurang-kurangnya 4-6 minggu lagi ( tambahan 15 April hingga 12 Mei (19 Ramadan) atau sampai 26 Mei (3 Syawal) untuk pastikan Covid-19 bebas di Malaysia. Itupun tak boleh nak hela nafas lega sebab selepas itu kita kena pastikan tak berulang. Pencegahan yang betul-betul efektif dan pastikan seluruh dunia sudah bebas pandemik ini barulah kita boleh benarkan pergerakan atara negeri dan negara kerana kita tidak mahu mengimport semula penyakit ini dari negara lain setelah kita berusaha sedaya-upaya 'membersih' negara ini. Lesson learned, jangan pandang mudah Covid-19. Jangan bagi ia bertapak. Kalau ada 1 kes, tentang/lawan habis-habisan. Tiada tolak ansur. Maka langkah pencegahan yang ketat perlu dibuat.

Sukan Olimpik telah ditunda ke tahun 2021, seperti kata Presiden Jepun Shinzo Abe, kami nak semua negara sihat sebelum menyertai Olimpik.

Sekarang ini usaha rakyat Malaysia dan dunia untuk memerangi Covid-19. Bersatu hati dan patuh pada perintah undang-undang. Insya Allah kita berusaha, Allah akan kira usaha, kesukaran dan kesabaran semua. Adakah kita akan berjaya menundukkan Covid-19? Apabila seluruh dunia sudah berjaya, vaksin perlu dihasilkan supaya Covid-19 tidak dapat muncul semula. Jangan biarkan ia muncul.

Apa perasaan korang kalau MCO atau PKP dilanjutkan lagi?

Jaga diri semua. Jumpa lagi.



55 comments:

  1. Pakat berdoa agar ianya segera berakhir,jgn la lg ada pertambahan jumlah kematian..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa supaya dapat bendung satu dunia bukan Malaysia sahaja.

      Delete
  2. Susah juga sebab melibatkan satu dunia. Kalau nak heal kena semua negara kerjasama. Kalau tak memang duduk diam jela dalam rumah untuk tempoh masa yang lama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang satu dunia kena hapuskan Covid-19. Memang masalah kalau kita dah redakan tapi seluruh dunia tak selesai.

      Delete
  3. Perbanyak doa dan kita semua patuhi anjuran WHO untuk memutus rantai penyebaran covid-19.

    Cemas juga rasanya tentang kebutuhan pangan jika epidemi ini terus berlangsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup ikut nasihat WHO. Putuskan rangkaian pandemik. Lepas dah tiada, buat pencegahan supaya tidak muncul semula.

      Delete
  4. semoga kita selamat dari ancaman virus wabak covid 19 nih., aminn

    ReplyDelete
  5. psl movie Contagion tu ahkak leh try download dari website nih: yts.mx

    https://yts.mx/movie/contagion-2011




    ===========
    u wrote;
    Baru je tengok Story 4. Saya nak tengok file 'Contagion' tu tapi takde dalam Netflix.

    ReplyDelete
  6. I don't really know what to say but just hoping that things will quite down soon.

    ReplyDelete
  7. Allah, harap² semuanya berakhir dan berlalu pergi dengan cepat.

    Harap² PKP ni tidak dipanjangkan lagi 😫 dapat hidup normal seperti biasa.

    Tahun ni dalam sejarah 🥺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan dikenang atau dicerita tentang pengalaman tentang PKP pada masa akan datang.

      Delete
  8. smoga cpt la pulih wabak covid19 ni...smoga kita smua dilindungi

    ReplyDelete
  9. semoga kita semua selamat dari ancaman virus ni....sama2 berdoa aaminn

    ReplyDelete
  10. Itulah tak mustahil PKP diteruskan lagi...
    Walaupun dah macam-macam rasa perasaan ni tapi tulah kita semua kena bersatu hati, disiplin dan banyakkan berdoa semoga Covid 19 berlalu sebelum Ramadan 1441H menjelma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama minta semoga Covid-19 dapat dihapuskan.

      Delete
  11. Pakat doa semoga malaysia terkawal..

    ReplyDelete
  12. Bangga dengan cara Malaysia tangani wabak ni. Rasa terlindung sangat. Alhamdulillah. Semoga Allah beri kesembuhan kepada kita semua secepat mungkin. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah syukur. Tengok negara maju lain macam lambat beri tindakan.
      Amin. Moga Allah segera beri kesembuhan.

      Delete
  13. Moga data semakin menurun penghujung April ni... Sebab wabak ni serang satu dunia, memang sukar untuk melawan tentera yang tidak dapat dilihat ni... Semoga vaksin cepat ditemui.. dan mohon golongan antivaksin jangan susahkan orang lain pula😑.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap seluruh dunia dapat banteras Covid-19.

      Delete
  14. Semoga Allah permudahkan urusan kita dalam menangani virus ni dan hilangkan segera virus C-19 ni. Aaminn..
    usaha kita duduk rumah diam-diam untuk bantu memutuskan rantaian c-19.

    ReplyDelete
  15. Sama-sama kita tadah tangan dan berdoa agar semua ni cepat berlalu dan pulih macam sedia kala. Amin Aya Allah permudahkanlah.

    ReplyDelete
  16. Semoga kita semua selamat dan harap2 covid19 ni akan reda (and vanish for good) secepat yang mungkin.
    Stay safe ye

    ReplyDelete
  17. PKP telah pun dilaksanakan pada 18 Mac yang lepas..

    namun peningkatan meeka yang disahkan positif terus meningkat dari hari sehari

    ini bermaksud kita tiada pilihan lain selain menemui vaksin yamg segera mematikan Covid-19 setelah dijangkiti

    setakat ini belum ada vaksin tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pastikan seluruh dunia dapat menghapuskan rantaian Covid-19.

      Delete
  18. Replies
    1. Terang-benderang. Panas tapi sumber vitamin D

      Delete
  19. Sedih sebenarnya jika PKP dilanjutkan lagi. Tak boleh solat terawih berjemaah di surau huhuhu. Moga kita semua satu dunia bersatu hati untuk putuskan rangkaian virus Covid-19 ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat rasa PKP ni dilanjutkan sebab tak nampak penurunan.

      Delete
  20. Mncegah lbh baik drpd mngubati..tapi itulah, kalau dilanjutkn tempoh PKP ni, kita redho je lah..hrp2 kerajaan benarkan kita bekerja bbrp hari, byk yg tertangguh...😣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesihatan lagi utama. Apapun doa sekarang ni.

      Delete
  21. Mudah-mudahan semua ni berakhir dengan cepat kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Berakhir dengan kemenangan dapat sifarkan Covid-19.

      Delete
  22. take care ya.. jaga diri
    semoga semua ujian ni cepat berlalu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya semoga tabah hadapi keadaan begini.
      Amin.

      Delete
  23. Mmg kembang dn kembang risau hati tgk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Kalau Malaysia dah reda pun, tak tahu bila dunia punya akan reda.

      Delete
  24. Tak sangka pula tahun 2020 ni banyak cabaran utk kita semua. semua lapisan ekonomi/sosial terjejas. kita kena hadap the new normal. ambil masa juga utk situasi pulih,apa2 pun jaga diri! :)

    ReplyDelete
  25. apa akan jd lepas 4/2 ni. pkp dah tak buat tp kes hari2 meningkat.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.