Thursday, April 30, 2020

Syukur: Cabaran Kesyukuran Hari 1-7 Ramadan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Terjumpa pos mengenai '30 Days of Gratitude Ramadan Challenge.'  Memandangkan terjumpa pada puasa ke-6. Saya akan himpunkan cabaran puasa pertama hingga 7. Sesiapa boleh buat tiada syarat penyertaan. Boleh rujuk gambar di bawah atau laman web momcandothis.com


Ramadan Challenge
30 Days of Gratitude Ramadan Challenge


Cabaran Puasa Hari Pertama: What kind of food are you grateful for?

Terlalu banyak! Alhamdulillah, tak pernah kebuluran atau tak cukup makan. Saya cuma akan tekankan dapat makanan kegemaran seperti laksa, segala pasta, soto. Banyak.

Cabaran Puasa Hari Ke-2: Who in your life are you grateful for?

Mestilah keluarga! Ibubapa dan adik-beradik. Mak yang selalu masak dan fikir menu ketika bulan puasa. Abah pula beli barang keperluan waktu PKP. Selalu tanya saya nak apa. Rasa serba-salah sebab saya suka beli sendiri. Lagipun saya kena tengok apa ada dalam pasaraya baru beli. Selalu bergantung pada jualan murah atau benda saya teringin makan di mana makanan rapu macam makanan sejukbeku, coklat, kerepek kentang. Ada juga minta beli apa yang saya perlu. Benda-benda merepek dan kerepek nanti saya beli lepas PKP tamat.

Cabaran Puasa Hari Ke-3: What moment are you grateful for?

Satu keadaan saya syukuri ialah baring di atas katil sambil pandang langit biru dan awan, pokok dan dengar kicauan burung tepi tingkap. Hari-hari buat. Lepas tu fikir apa yang menyeronokkan. Macam-macam fikir.

Cabaran Puasa Hari Ke-4: What skill are you grateful for?

Ni susah sedikit. Rasa macam takde kemahiran je. Haha. Lepas tu sedar 1 perkara. Saya pendengar/ pembaca yang baik. Sesiapa nak luah masalah, saya jadi pendengar setia.

Cabaran Puasa Hari Ke-5: What about your body are you grateful for?

Alhamdulillah badan sihat. Lebih-lebih lagi waktu PKP. Syukur saya boleh lakukan kerja rumah, turun naik tangga tanpa masalah. Boleh solat sempurna, selesa, makan dan bergerak.

Cabaran Puasa Hari Ke-6: What technology are you grateful for?

Teknologi waktu ini memainkan peranan ufama pada manusia. TV, saya syukuri. Dapat maklumat terkini, hiburan.
Telefon bimbit. Saya suka permainan Candy Crush Soda dan Farm Heroes. Saya ada telefon lain khas untuk main permainan. Takut habis bateri kalau 1 telefon.

Cabaran Puasa Hari Ke-7: What smell are you grateful for?

Syukur saya boleh bau macam-macam. Saya bersyukur secara spesifik bahan wangi dan menenangkan. Saya ada koleksi minyak pati (EO) yang saya guna kerap dalam kehidupan. Saya letak pada tempat sujud, pakaian, tempat yang sakit dan luka.

Ok itu sahaja. Nanti sambung lagi. 




18 comments:

  1. Macam best, saya rasa nak cuba tapi kena baca dulu 30 soalan mampu buat atau tidak.

    ReplyDelete
  2. Terlalu banyak benda, perkara, yg kita kena selalu bersyukur..Allah Maha Baik..

    ReplyDelete
  3. Asalamualaikum..
    Puasa kali ini, saya tenang dan terasa nak beribadah saja..baca quran, zikir selain solat wajib. Terasa cabaran pada bahang cahaya matahari.a kuat .agak tak tahan lama2 di luar ..kena bertopi ..

    haus kering tekak, alhamdulillah redah ja..puasa memang begini kena kuat bersabar

    ReplyDelete
  4. best plak kalau ada cabaran cmni bulan puasa. maksud ummi cabaran soalan untuk nak tau ap cabaran kita masa bulan puasa.hehe..

    ReplyDelete
  5. Macam best ja challenge ni, boleh juga la nak buat entry kalau takda idea hehe. Thanks for sharing, btw saya singgah dan follow blog awak ya. Jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah banyak benda yang disyukuri. Bagus jugak challenge ni. Mengingatkan kita untuk bersyukur

    ReplyDelete
  7. Puasa kali ni akak pening kepala dari hari pertama lg..lps berbuka baru beransur hilang..mungkin sbb gula rendah dlm darah..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah...Bagus challenge ni mengingatkan kita untuk selalu bersyukur.

    ReplyDelete
  9. Tapi hari pertama - hari kelima saya tidak bersama keluarga namun tetap ada hikmah yang saya dapatkan yaitu lebih istiqomah dalam membaca Al Quran

    ReplyDelete
  10. join challenge menjawab soalan macam ni pun best juga.Kita menginsafi diri dan bersyukur dengan apa yang kita ada :)

    ReplyDelete
  11. Singgah sini sementara ada masa. Haaa...rasa mcm join je ramadan challenge. Tp malas la. 🤣

    Fav saya laksa juga. Nak kena belajar buatlah mana tahu kena dgn tekak sendiri tak payah dah beli luar. Hehe. Alang² mood memasak tgh baik.

    Saya pun lebih suka beli barang dapur sendiri. Tak kira musim pkp ke tidak. Biasa buat list siap² tp itulah dah ternampak tiba² rasa penting pula. 😂

    ReplyDelete
  12. Tetap bersyukur atas segala hal yang ada, dan tetap semangat selalu ..

    ReplyDelete
  13. semua mengenai bersyukur sja kan..

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, bagus jugak ada challenge tu. Sekurangnya boleh buat reminder kat diri sendiri... Done follow he.. baru nak follow rupanya. ingatkan dah follow lama... heheh sorry.

    ReplyDelete
  15. Candy Crush Soda? Saya main Candy Crush Saga. Lebih kurang, hehe.. Farmville pun saya main dulu.

    ReplyDelete
  16. bila baca mcm2 benda yg boleh kita syukuri dlm kehidupan seharian.

    alhamdulillah ibu bapa masih ada itu antara harta paling berharga

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.