Thursday, June 4, 2020

Hari Jadi Mak, Sahur, Pengalaman Memandu Dan Filem

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

2:45 pagi 4 Jun 2020

Hari ini harijadi mak aku. Ketika ini aku lepas sahur nasi dengan masak asam ikan pari. Lepas tu makan megi letak rencah tomyam. Harap dapat habiskan puasa sunat dan ganti.

Cerita lain, mak aku pergi ke JPJ Bukit Katil Selasa lepas. Ramai orang jadi mak aku tak dapat buat. Aku tanya mengapa tak perbarui setiap 5 tahun macam aku buat (haha walaupun aku jarang memandu). Jawapan mak menyentak hatiku, dia cakap pada usia dia sekarang, dia tak tahu berapa lama lagi.

Lepas itu aku teringat insiden 2 tahun lepas. Aku perbarui lesen dan aku ke Hamilton, Auckland. Sana aku memandu hantar Aidan ke sekolah. Ada satu hari aku mengalami kemalangan. Syukur tak teruk. Salah masing-masing. Bontot kereta berlanggar dengan bontot kereta ketika masing-masing keluarkan kereta. Apapun aku rasa serik dan fobia juga. 


Volkswagen Di Hamilton
Kereta Aku Pakai Di Sana


Cerita lain, tak sabar nak tengok The Princess Bride di Hits Movies 401 pada 13 Jun (Sabtu). Filem lama tahun 1987. Pandangan mata sang hero kepada Buttercup itu menikam. Cara pandangan untuk memikat. Nanti tulis secara terperinci di sini nanti.


12 comments:

  1. Semoga hbis puasa 6 nya, sy bru 2 hri..smabung lg minggu depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis hari ni. Alhamdulillah. Moga awak dapat habiskan juga.

      Delete
  2. Saya tak buat puasa 6 pun... 😅
    Sekarang badan tak berapa sihat wpun rajin riadah. Kita renew pun sekejap je. Padahal kalau buat lama senang cuma kadang terlupa lah kan sbb dah lama sangat. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sunat tak buat takpe.
      Hehe akak pun kadang lupa tapi tak pernah terbabas tarikh mati.

      Delete
  3. Selamat berbuka. Kita next week baru nak puasa 6. InshaAllah

    agak fobia juga tu kalau nak drive balik bila fikirkan pengalaman accident tu. semoga terus kuat kak nak memandu semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terima kasih doakan. Semoga diberi kekuatan untuk memandu lagi di luar negara.

      Delete
  4. Kat UTC sini, JPJ blm buka lg..road tax & insuran masih blm renew..huhu..mati bln 3..

    sayu dgr jwpan mak NA..semoga mak NA sihat walafiat dipelihara Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni pakai lesen tamat tempoh eh?
      Takpelah ada sebab munasabah.
      Mak ada pergi UTC juga tapi tutup. Jadi akhirnya perbaharui di pejabat pos.

      Delete
  5. Kat Netflix banyak movie prince & princess. Tapi nk review takde idea 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sama tak ingat cerita The Princess Bride ni camne. Kena tengok Sabtu ni.

      Delete
  6. Sayu jawapan mak NA.. yalah, betul juga katanya. Selamat memandu walau di mana pun berada

    ReplyDelete
  7. JPJ sentiasa ramai orang, kat tempat saya ni. Saya sendiri renew lesen kat pos ofis je.
    Memang kalau kita accident, rasa trauma nak bawa keta.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.