Wednesday, June 24, 2020

Review: Krimpaf Buntat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selepas selesai makan nasi lemak 7 benua, abah nak mencuba Krimpaf Buntat di sebelah. Di sini cuma ada perkhidmatan bawa pulang. Saya sudah membeli awal semasa abah berborak dengan pemilik kedai.


Krimpaf Buntat Melaka
Kain Rentang Krimpaf Buntat Beserta Maklumat


Asalnya saya ke sebelah hanya untuk ambil gambar-gambar kain rentang dan menu terlebih dahulu kerana diberitahu kedai buka pukul 9 pagi. Ketika mengambil gambar, ada seorang pekerja datang. Alhamdulillah dapatlah pesan. Memandangkan kali pertama mahu mencuba, saya beli 10 biji krimpaf vanilla. Harga RM10.


Seleksi Krimpaf Beserta Harga


Banyak jenis krimpaf: krim vanilla, krim nutella, krim keju, oreo, krim durian, coklat bersama strawberi.


Seleksi  Lain Beserta Harga.


Menu lain pun ada seperti bombalini, brownies, tart buah dan tart keju. Memang lengkap maklumat diberi. Ada gambar beserta harga. Jadi dapat memilih dengan cepat.

Abah membeli 10 biji krimpaf durian dengan harga RM15.
Rasanya ia dinamakan Krimpaf Buntat kerana saiznya yang montel dengan intinya.


Krimpaf Buntat Vanilla


Krimpaf Buntat Durian



Saya makan 2 biji krimpaf iaitu satu vanilla dan durian. Krimpaf vanilla tak manis sangat. Manakala krimpaf durian memang terasa seperti makan buah durian sebenar. Abah tanya penjual guna durian jenis apa. Dia kata durian D24. Saya suka krimpaf durian ini walaupun agak manis berbanding krimpaf vanilla. Secara keseluruhan saya berpuasa hati dan ingin membeli lagi. 9/10. Mungkin cuba perisa lain pula.

Sesiapa berkesempatan singgah Melaka atau memang dari Melaka bolehlah datang ke sini.

Alamat:
No 3 Arked MARA Bukit Beruang,
Rumah Awam Bukit Beruang, 
Lorong Mahsuri 2,
75450 Ayer Keroh, Melaka

No. tel: 013 602 8987

44 comments:

  1. Aduh, kesemua varian rasa krimpaf nya enaak ..., terutama yang durian.

    ReplyDelete
  2. Bestnya! Lama tak makan creampuff

    ReplyDelete
  3. Sedap tu cream puff durian. Biasa makan vanilla ja

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.
    Waaa, saya pun suka krimpuff ni... lebih2 lagi time dia tengah sejuk2... melting je mcm...

    ReplyDelete
  5. A great post! I love your blog. Your content is very interesting < 3
    I am following you and invite you to me
    https://milentry-blog.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. menarik... pakkal jauh nun di melaka, dia punya krimpuff punya inti aduhai punyalah banyak tak lokek langsung

    ReplyDelete
  7. Kok saya jadi pengen coba krimpaf varian strawberry ya hihii

    ReplyDelete
  8. Mula tengok macam nak try tapi jauh pula. Haha bila nak pi jalan-jalan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang tengok makanan dari KL dan Selangor pun terliur juga.

      Delete
  9. banyak pilihan..krim puff durian yg best..

    ReplyDelete
  10. cream puff ni memang fav!! lama tak makan. kena carii jugak.

    ReplyDelete
  11. Nurul pun suka creampuff tapi raya hari tu order creampuff banyak betul, lepas tu jamuan raya office pun ada creampuff. Tunggu 4, 5 bulan lagi la kalau nak makan creampuff balik sebab dah muak hahaha.

    ReplyDelete
  12. harap ada dijual di Kelantan. Nak gak merasanya..

    ReplyDelete
  13. Best Ni.. kalau turun Melaka boleh singgah untuk cuba

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah sy dah rs sblm ni plg suka flavor durian...

    ReplyDelete
  15. Salam NA! Semoga sihat selalu...kirim salam dekat mak. hehe


    semalam baru je belek2 majalah masakan lama2,ada pastri. Saya teringin pula nak buat puff,tapi mana nak rajin sekarang ni...hehe.. dekat tempat saya kalau singgah pasar pagi kadang2 ada jual creampuff tapi tak tahu la pasca pkp ni ada ke gerainya

    ReplyDelete
  16. Tambah nama buntat sebab cream dia terlebih-lebih kot.
    Mrs. A suka flavor vanilla

    ReplyDelete
  17. saya first time makan creampuff dua tahun lalu. Sejak tu terus rasa mcm melekat di hati, hehehe. Harga tu pon ok jugak, terliur

    ReplyDelete
  18. Memang nampak comei dan buntat krimpaf tu semua....sedapnya kalau dapat rasa juga 🤓

    ReplyDelete
  19. Mesti ada cawangannya ditempat2 lain kan..seperti area Putrajaya, Bangi atau Kajang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak pasti ada cawangan Krimpaf Buntat.

      Delete
  20. Laaa, kat Melaka ke. Nanti g cari lah.

    ReplyDelete
  21. suka creamfuff..suka yg filling custard

    ReplyDelete
  22. Boleh cuba nanti bila cuti-cuti g Melaka. Cam best je creampuff durian tu :)

    ReplyDelete
  23. sedaap terlihatnya, tetapi tak pernah lah makan tu

    ReplyDelete
  24. Ermmm, jauh di Melaka nun. Bagus ada mcm2 perisa intinya tu. Banyak pilihan.

    ReplyDelete
  25. First time saya tengok makanana nie, nampak macam sedap dan menarik jea menu nya...

    ReplyDelete
  26. Menarik jugak ni....anak sukalah krimpaf krimpaf ni. Selalu jumpa yg dalam dia kastard je, bukan main mcm mcm pilihan filling. Best gak ek...

    Puashati makan kalau sedap ye NA

    ReplyDelete
  27. mmm... jauh nak ke Melaka la pulak... Kalau dekat, teman sure terjah try taste...

    ReplyDelete
  28. Penuhnya krim.. Lama tak makan cream puff. Sekarang dah dapat keluar, semua makan kat luar rasa sedap berganda. 😂

    ReplyDelete
  29. Sedapnya krim puff durian.harga pun tak mahal mana tu NA

    ReplyDelete
  30. W'salam NA.
    Suka juga makan cream puff sebab cream dia pelbagai rasa..

    ReplyDelete
  31. alamak jauhnya melakaa hahaha. nampak sodap and gebus lembut hehe

    ReplyDelete
  32. nama dia menggoda sangat tu.. buntat ehhe..
    mmg patut gebu dan debab2..

    ReplyDelete
  33. sedap tu creampuff. tapi tak pernah lagi makan creampuff filling durian flavour.

    ReplyDelete
  34. insya allah kalau ada rezeki mggu dpn boleh rs nmpk nya cream puff ni hehehe

    ReplyDelete
  35. 1st time dengar nama.. nampak sedap

    ReplyDelete
  36. makanan yang betul baru keapda saya..

    jangankan makan....pegang pun belum

    ReplyDelete
  37. Yarabbi, geramnya saya tengok, dah la montel, isi melimpah ruah. :D

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.