بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Jumaat berkat. Apa khabar pembaca blog? Semoga sihat dan gembira hendaknya.
Beli makanan kucing jenama Friskies Sabtu lepas. Asalnya bermula beri makanan lebihan diletak luar rumah bawah pokok untuk burung-burung makan ketika selepas sahur atau subuh ketika Ramadan. Sedekah Subuh. Suka suasana subuh Ramadan. Cuma ada satu hari ada anak kucing kurus kering datang ketika letak makanan lebih.
Jadi saya kumpul tulang-tulang ikan, ayam, ikan bilis ditumbuk dicampur nasi. Kasihan tidak kenyang kerana sedikit dan kadang-kadang tiada makanan yang sesuai untuk diberi maka makanan kucing dibeli. Saya terfikir ada ke makanan halal untuk kucing? Ya walaupun untuk kucing tapi saya akan kendalikan makanan jadi kena pilih yang halal. Tidak jumpa yang tulis halal cuma Friskies tulis 'Suci' dan 'Bersih'. Saya ambil yang ada makanan laut. Yakin sedikit hendak pegang.
Alhamdulillah anak kucing itu sudah berisi. Anak kucing ini takut orang. Jadi ia akan makan selepas ia yakin tiada orang di sekitarnya.
Salam Jumaat berkat. Apa khabar pembaca blog? Semoga sihat dan gembira hendaknya.
Beli makanan kucing jenama Friskies Sabtu lepas. Asalnya bermula beri makanan lebihan diletak luar rumah bawah pokok untuk burung-burung makan ketika selepas sahur atau subuh ketika Ramadan. Sedekah Subuh. Suka suasana subuh Ramadan. Cuma ada satu hari ada anak kucing kurus kering datang ketika letak makanan lebih.
Jadi saya kumpul tulang-tulang ikan, ayam, ikan bilis ditumbuk dicampur nasi. Kasihan tidak kenyang kerana sedikit dan kadang-kadang tiada makanan yang sesuai untuk diberi maka makanan kucing dibeli. Saya terfikir ada ke makanan halal untuk kucing? Ya walaupun untuk kucing tapi saya akan kendalikan makanan jadi kena pilih yang halal. Tidak jumpa yang tulis halal cuma Friskies tulis 'Suci' dan 'Bersih'. Saya ambil yang ada makanan laut. Yakin sedikit hendak pegang.
Alhamdulillah anak kucing itu sudah berisi. Anak kucing ini takut orang. Jadi ia akan makan selepas ia yakin tiada orang di sekitarnya.
Kucing2 wak makan friskies digaul dengan ikan rebus
ReplyDeleteAlhamdulillah banyak pahala bagi kucing makan :)
ReplyDeleteMurah rezeki NA bagi kucing makan.
ReplyDeleteKalau saya memberi makan kucing biasanya dari sisa-sisa makanan
ReplyDeleteCari dipasar ikan, cari tulang belulang dan kepala yang terbuang
Dibawa pulang terus dikasih ke kucing liar
Cheq bagi kucing cheq makan lebihan ikan goreng dan kibbles (dry food) dari pelbagai jenama 😅
ReplyDeleteMesti kucing tu bersyukur ada yang sudi nak bagi dia makan :') Sian kadang tengok kucing jalanan ni, ada yg kurus, ada yg dah cacat. tapi syukur kt sini ramai students slalu bagi kucing makan.
ReplyDeleteSemoga dimurahkan rezeki..Anak saya pun sama..tak bela kucing tapi beli makanan kucing untuk kucing gelandangan di belakang rumah
ReplyDeleteSaya jadi teringat pernah punya kucing persia & makanan untuk mereka saya menyediakan produk ini.
ReplyDeleteSesekali juga dari brand lain.
bagusnya bagi kucing makan... murah rezeki awak
ReplyDeleteKucing kak shima xnak makan Friskies. Ia lebih suka makan nasi digaul dengan ikan rebus. Friskies yang dah beli tu bagi makan kucing-kucng lain yang datang kat umah hehehe
ReplyDeletekucing kat rumah tu pun makan apa yang dihidang...tap selalunya kami bagi makan frieskies sebab kering dah lebih senang... burung dan tupai pun boleh tumpang sekali makan
ReplyDeleteAlhamdulillah..kasihan kucing2 terbiar..
ReplyDeleteWahh pecinta binatang ya.. salutlah..
ReplyDeleteAlhamdulillah. sharing is caring. <3 may Allah bless you, sis. ❤️
ReplyDeleteAlhamdulillah,semoga murah rezeki dgn memberi kucing makan
ReplyDeletesemoga pahala terus mengalir..saya buat sendiri je wet food utk kucing..senang
ReplyDeleteIn shaa Allah dapat pahala jaga kebajikan kucing.
ReplyDeleteSemoga diluaskan pintu rezeki NA..
hhehee comelll je kucing tu pemalu yaa macam saya hahaha
ReplyDeletedalam rezeki kita ada rezeki kucing tu. sy x bela kecing tp sy sediakan makanan utk kucing2 liar yg singgah d rumah.
ReplyDeleteMasa bela kucing dulu kitorang rebus ikan and gaul dengan nasi. Jimat duit and terjamin halal.
ReplyDeleteAlhamdulillah....ramai yang sayang kucing.
ReplyDeleteberi makanan kepada binatang pun dikira sedekah. habit kami untuk share makanan kucing letak je depan rumah. saya suka kucing tapi tak bela pun.. jadi gitula cara2 semoga ada saham buat kita =)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Semoga murah rezeki. Tak silap saya ada jenama catfood halal. Sweetheart ke apa ntah. Tak pasti masih ada ke tidak
ReplyDelete- Nice article thanks this post share
ReplyDeleteTidak pernah terfikir mau beli makanan kucing halal. Good sharing NA
ReplyDeletebesar pahala nya tu beri makan pada haiwan nie..
ReplyDeleteinshaa Allah bertambah murah rezeki nanti..
Alhamdulillah...Berkongsi rezeki.
ReplyDeleteAlhamdulillah...baik hati NA.
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga murah rezeki awak kerana berkongsi rezeki dengan hidupan lain..
ReplyDeleteAlhamdulillah. kak Feni tak suka kucing tapi kalau kucing jalanan, husband selalu belikan makanan kucing. Bila lama-lama kita pun dah terjebak sekali.
ReplyDeletedalam rezeki kita ada rezeki untuk kucing juga hehehe
ReplyDeleteSepertinya kak Na sekarang sedang sibuk mengurus kucing kesayangan 😻
ReplyDeletesuke baca ! yaayyy sbb berkaitan kucing hehe
ReplyDeleteBapak bunda juga ada bela kucing..kucing2 bapak diberi makan nasi dan ikan rebus
ReplyDeletesy x de bela kucing tp ada jg beli mknn utk stray cat je laa tp tu laa depa ni x mkn kibble eee geram je tgk kibble tu embang sbb kena hujan
ReplyDeleteUntuk makanan kucing, jangan beli makanan kucing yang berwarna warni tu... Nanti kucing rosak buah pinggang dan mula la terkencing merata-rata...
ReplyDeleteBagus pendekatan yg dibuat tu....mencari yg halal.
ReplyDeleteRajinnya nak menumbuk numbuk tu NA.... kalau hakak malas hahahha...
sy penah tau tumbuk kibbles kasi halus then gaul dengan nasi hehehe.. kucing tak makan pun hahaha...kalau gaul nasi + ikan + kibble yg ditumbuk, dia mkn nasi yg gaul ikan je. yg gaul ngan kibble x jalannnnn hahahahaha
ReplyDeletememang semua purina semua
ReplyDeletehalal
saya pun suka bagi brand ni
Seronok kongsi rezeki dengan si comel berbulu ni :)
ReplyDeleteMak nina didik anak kucing mcm didik anak.. tak suka mkn akan ditukar ke jenama lain. Ikut apa kucing nk mkn
ReplyDeleteSemoga akak sekeluarga murah rezeki. InsyaAllah. Aamin. org yg suka bela dan beri makanan kucing ini selalu murah rezeki kak. huhu
ReplyDeleteSaya pun suka campak roti dan nasi bagi burung makan. Tapi kadang kucing rumah yang makan. Powercat ok, keluaran bumiputera. Saya beli makanan kucing timbang. Pergi kedai pet, sebab cat food untuk kitten tak sama dengan kucing tua.
ReplyDeletecuba belikan brand snappy tom pula.. nina tgk promosi di shopee. kucing2 di rumah suka sgt
ReplyDelete