Saturday, September 26, 2020

Pemberian: Sejadah Biru

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pin pin. Bunyi hon kenderaan pada lewat petang. Saya tengah khusyuk melayan siri Korea "Madly In Love."

Kawan abah agaknya. Selalu lewat petang kawan abah yang datang. Tetiba terdetik mungkin barang saya. Emel daripada Syazni mengatakan barang telah dihantar daripada Shoppee. Kata kemungkinan sampai 27 September. Mungkin tidak.

Abah sudah keluar. Abah masuk semula membawa bungkusan hitam yang besar. 

Bungkusan Hitam Besar



"Zira punya. Nanti abah hendak whatsapps dia."
Saya tidak sedap hati.  "Abah nanti," Saya ambil dan belek bungkusan.
Bukan Zira punya. Na punya." Semua ingat kalau barang sampai adik saya punya.

Sejadah Biru



Sampai cepat juga. Alhamdulillah. Sejadah yang tebal. Warna kegemaran: biru. Moga saya rajin solat. Terima kasih Syazni kerana pilih saya sebagai pemenang.


27 comments:

  1. Tahniah NA :)
    shida pun dah smpai brg dari syazni..blm buka lg..
    Inshaa Allah sat lg balik keje nk belek2 :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah..saya pun dapat.
    tahniah2

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dpt sejadah, org yg memberi dpt jariah berpanjangan, org yg guna pun dpt pahala berpanjangan.

    ReplyDelete
  4. Yeayy dah selamat ke pangkuan NA, harap NA suka ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Insya Allah akan gunakan lepas saya sudah boleh solat.

      Delete
  5. Tahniah! Seronok dapat hadiah kan.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Best tu dapat sejadah tebal. Tahniah kak NA

    ReplyDelete
  7. Semoga istiqomah mengerjakan amal ibadat... aminn...

    ReplyDelete
  8. wahhh best nya dpt hadiah sejadah👍👍👍👍

    ReplyDelete
  9. Syukur Alhamdulillah.

    Murah rezeki, tahniah.

    ReplyDelete
  10. Wah tahniah!! Bestnya dapat hadiah sejadah!! Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  11. best juga story telling begini...

    baca pun seronok..

    tahniah kerana dapat hadiah

    ReplyDelete
  12. cantik sejadah.. bulu2 nampak mahal

    ReplyDelete
  13. sejadah kombinasi dgn telekung.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  14. MashaAllah pandai pemberi memberi, untunglah dapat sejadah gebu, inshaAllah mesti rajin solat, yang tu ja yang perlu buat kan nota untuk diri :) moga dilimpah rezeki dengan keberkatan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.