Wednesday, September 2, 2020

Rose Apartment, Cameron Highlands

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Baru sampai di Tanah Rata, Cameron Highlands. Insya Allah saya di sini sampai hari Jumaat. Sekarang hujan lebat jadi terbantut hendak pergi makan dan jalan-jalan.


Alamat apartmen


Kami iaitu emak, abah, adik sekeluarga dan saya duduk di tingkat 5 Rose Apartment, KEA Farm.
4 bilik tidur, 3 bilik air dan dapur.


Dapur


Tangga Ke Tingkat Atas


Salah Satu Bilik Air


Salah Satu Bilik Tidur


Internet laju jadi dapat kemaskini blog.

Jumpa lagi.

Maklumat tambahan.

-Ada nyamuk. Jadi sila bawa ubat nyamuk.

-Memandangkan tuan punya apartmen ini Cina, sila bawa tanah untuk samak alatan memasak.

-Penunjuk kiblat pun tiada. Sila bawa kompas atau aplikasi penentu kiblat.

-Harga RM250 untuk hari biasa. Harga berubah pada cuti umum atau hujung minggu.

-Strategik. Terletak berhampiran KEA Farm. Kalau berminat bolehlah hubungi Airbnb Yene: 012- 461 6200. 

-Alamat: B-5-4, Rose Apartment, KEA Farm, 39000 Cameron Highlands Pahang.



33 comments:

  1. Selamat bercuti NA🌹🌹
    Rose Apartment... Mesti banyak bunga rose🌹🌹🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde. Bunga matahari sahaja yang ada.

      Delete
    2. 🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

      Delete
  2. Wah bercuti di cameron ye. Lama dah tak pegi cameron nih.

    ReplyDelete
  3. RM250 sehari.
    Adik ipar yang uruskan.
    Apartmen ini dekat dengan KEA Farm, 39100 CH. Nanti saya beritahu lebih lanjut no telefon di ruangan komen. Insya Allah.

    ReplyDelete
  4. Selamat bercuti kak. Best tu pergi Cameron Highland. Lagilah musim hujan ni bertambah sejuk. Tapi tu lah kan, hujan tak dapat kemana pulak. Internet laju okaylah tak bosan kalau tak dapat keluar :)

    ReplyDelete
  5. Kalau RM 250 sehari, murah ini. Bilik besar tu nampak selesa

    ReplyDelete
  6. suka pegi sini...wahh selamat bercuti..tolong makan strawberry bebanyak utk kite hehe

    ReplyDelete
  7. Nampak selesa. Alamak lamanya tak pergi CH, rindu pulak hehe

    ReplyDelete
  8. Best pula dah lama tak gi cameron highland. Nak kena gi balik nanti ni hihi

    ReplyDelete
  9. Wah seronoknya pergi bercuti Cameron..dah lama tak pergi

    ReplyDelete
  10. wah ...selamat bercuti dan semoganya dalam keadaan selamat hendaknya

    ReplyDelete
  11. Selamat bercuti diucapkan... Wah, dekat dengan Kea Farm memang seronok la kan.. Dah lama tak pegi ke CH.. Nanti boleh la booking kat situ, sebab nak shopping kat Kea Farm.. hihihi

    ReplyDelete
  12. bab nak kena samak tu yg renyah sikit bg akak

    ReplyDelete
  13. seronoknya dapat bercuti ke CH...dah lama tak kesana sebab suami malas nak bersesak waktu naik...tunggu dia ada kerajinan utk mengharung jem la nampaknyaa heee

    ReplyDelete
  14. Hujan di CH, bertambah-tambah sejuknya

    ReplyDelete
  15. alaaa ada nyamuk? ok. boleh dipertimbangkan sbb dkt dgn tmpt tumpuan ;-)

    ReplyDelete
  16. Sama tarikh bercuti dengan En Bos Mrs. A. Katanya time dia nak naik tu jalan yang nak turun traffic jam teruk.

    Dapat souvenir earl tea dengan stoberi.

    ReplyDelete
  17. harap suatu hari nanti boleh juga pergi Cameron Highland

    ReplyDelete
  18. seronok kan dapat luangkan masa bersama family

    ReplyDelete
  19. Luas juga apartment dia ada 4 bilik, 3bilik air, lama tak ke Cameron Highland seakan sekolah rendah. Yang kerap sekarang lalu Kundasang Highland hehehe...

    ReplyDelete
  20. Tempat nampak selesa dan luas kan kak. Harga rm250 sehari okey tu kan kak. huhu.

    ReplyDelete
  21. Seronok dapat ke Cameron Highlands..
    In shaa Allah next time LZ plan ke CH juga :)

    ReplyDelete
  22. Bagus duduk apartment ni, kalau pi holiday dan family besar. Dok hotel tak leh masak-masak.

    ReplyDelete
  23. nanti boleh la menginap kt sini... dekat dgn kea farm.

    ReplyDelete
  24. Apartment senanh duduk sekali, pesanan penting tu bawa tanah, dan ubat nyamuk. Bestkan jalan-jalan.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.