Wednesday, November 11, 2020

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 14

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Sambungan daripada novel sebelumnya. Lama tinggalkan kini saya sambung semula. Kalau hendak baca bolehlah klik pada E-Novel.

*************************************

Bahagian 14

Si Santa Claus itu telahpun menanggalkan janggut putih salji yang panjang dan topi merah 3 segi. Berubah daripada tua kepada pemuda dalam usia 30-an.

Alena menuding jari ke badannya seolah-olah memberi isyarat "me?". Itu untuk kepastian. 

Si Santa Claus itu menuding jari ke arahnya sambil memanggil 'makcik'. Sah kepada dirinya.

Siapalah ajar dia ini panggil aku yang muda ini makcik?" Alena bermonolog. 

"Oh!Hi" Alena membalas dengan memberi lambaian. Dia tidak selesa sebenarnya untuk borak-borak kosong dengan Santa Claus itu. Alena bangun daripada bangku perlahan-lahan, mata masih memandang ke arahnya.  
Alena tersenyum. " I' m not too old to be called makcik." Lepas itu cuba menjauhkan diri tapi si Santa Claus itu makin menghampiri. Satu langkah Alena ke tepi satu langkah pula si Santa Claus. Pelik keadaan. Dikejar dalam cara penuh diplomasi. Alena ke sisi bangunan pentadbiran Harbour Town. Macam main belon acah. Ada ketika mereka main cak-cak keliling bangunan pentadbiran Harbour Town. Alena ingin menjadi orang pertama masuk ke pintu masuk. 

Lega dapat masuk ke pintu bangunan. Dalamnya terdapat ruang tamu untuk pengunjung. Ada 2-3 orang juga dalam itu. Alena duduk di sofa menghela nafas kelegaan. Cemas juga. Kelegaan itu tidak lama apabila Santa Claus itu masuk. Dia mencari Alena dengan matanya. Apabila bertemu, dia tersenyum dan melambaikan topi ke arahnya. Kemudian menuju ke bilik pejabat.

Dia kerja di sini rupanya. Kata hati kecil. Dia mengerling pada Santa Claus itu dan Santa Claus itu memandang kepadanya. Dia cepat-cepat berpaling dan bangun untuk ke pintu untuk keluar. Niatnya terbantut.


Sambung


48 comments:

  1. Ini kena baca dari mula ni. Semoga terus terinspirasi untuk menulis NA 😊

    ReplyDelete
  2. waahhhh cant wait for the sambungan

    ReplyDelete
  3. wahh..kena baca dari mula ni..siapakah gerangannya Santa Claus itu..hehe..

    ReplyDelete
  4. Teruskan berkarya. Kita tumpang baca.

    ReplyDelete
  5. Alamak, kena baca dari awal ni, hehe

    ReplyDelete
  6. Bulan depan ada Santa Claus hantar hadiah.

    ReplyDelete
  7. alamak, tahu tahu dan bahagian 14 dah ye. Tak perasan pula saya kalau sebelum ni akak pernah update. Selamat membaca e-novel semula kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu-dulu. 2011 tidak silap. Lama. Hehe tiba-tiba hendak sambung.

      Delete
  8. Aik, baru nak syok, dah sambung pulak. :D

    ReplyDelete
  9. Kena baca dari awal lagi nie...

    ReplyDelete
  10. cute main pandang2 dengan santa claus hehe

    ReplyDelete
  11. Karakter Alena dalam cerita ini dideskripsikan sebagai orang yang takut tetapi juga dalam monolognya mau menunjukan bahwa tokoh Alena sepertinya agak kesal dengan Santa Claus "me?". Barangkali monolog itu masih samar - samar, namun nampak jelas menurut saya pada bagian "Dia cepat-cepat berpaling dan bangun untuk ke pintu untuk keluar", sungguh ini suatu cerita yang dibentuk dengan alur yang kompleks menurut saya.

    Nice, sastrawan hebat.

    ReplyDelete
  12. Hay, bagian 13 label E,Novel tak nampak, bisakah dibuatkan tautan link, (internal link) menuju bagian 13, sehingga memudahkan pembaca dan penikmat sastra (Novel) untuk memahami alur cerita yang sangat menarik ini secara utuh.

    Mohon maaf hanya saran, tetap semangat dan teruslah berkarya. salam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, saya akan buat pautan dalam pos ini.

      Delete
  13. Baik, siap. Tetap semangat dan terus berkarya ya, sukses selalu. Kata yang terucap akan lenyap namun yang tertulis pasti abadi, mari abadikan semua kisah dalam tulisan, semangat ya.

    ReplyDelete
  14. Nah ini baru oke, navigasinya keren. Siap menuju part, sebelumnya 13, 12 dst...tetaplah menulis dan semangat ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tengok semangat menulis. Idea ada. Perjalanan Alena memang panjang. Tq atas sokongan.

      Delete
  15. Bikin jadi penasaran nih siapakah sebenarnya sosok dibalik kostum Santa Claus ....

    Tak sabar nunggu story kelanjutannya.

    ReplyDelete
  16. wow... mcm menarik ni... nnti boleh start baca dari awal2 bila ada waktu lenggang nnti, InsyaAllah

    ReplyDelete
  17. Boa noite minha querida amiga. Parabéns pelo seu trabalho excelente.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah ramai kawan2 blogger yg ada bakat dalam penulisan
    bole pergi jauh tu hehe perhaps one day bole publish bukunya hehe

    ReplyDelete
  19. okay tengah bayangkan santa clause sado hehe

    ReplyDelete
  20. Kebayang serunya adegan saat mereka saling tunjuk setelah si pemuda melepas koatum Santa Claussnya :) ...

    ReplyDelete
  21. Eh kena baca episod sebelumnya ni. Menarik...

    ReplyDelete
  22. E Novel atau novel elektronik yah
    seperti cerita pendek.. menarik.. saya suka baca novel dan cerita :)

    ReplyDelete
  23. go go go!!! x syabarrr tunggu sambungannn. tp nak kena baca dr awal jg

    ReplyDelete
  24. wahh santa claus pown main jeling2 mengerling erk., hehehe

    ReplyDelete
  25. Nak baca dari awal dan sambungannya. Hehe

    ReplyDelete
  26. tidak lama dari bulan Disember, rindu saya tidak melihat Santa Claus, yang hanya wujud setahun sekali

    ReplyDelete
  27. Okay, nanti Mrs. A nak klik E-novel tu nak baca EP sebelum-sebelum ni

    ReplyDelete
  28. Tak dapat ikuti siaran sebelumnya.
    Selamat berkarya.

    ReplyDelete
  29. Aikk..yang dah keberapa tadi? Nape akk tak pernah baca pun sebelum ni? Tak bestlah baca2 dah separuh cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dulu-dulu 2011, memang sudah lama. Akak pernah tanya bila hendak sambung. Sudah lama mesti lupa jalan cerita.

      Delete
  30. Menarik baca ni cite santa.claus

    ReplyDelete
  31. tahniah dan teruskan berkarya secara dlm talian. Nanti boleh terbitkan novel sendiri.

    ReplyDelete
  32. Interesting post!

    I love your blog.
    I follow your blog. Please follow me back: beauty4fem.blogspot.com Have a nice day! Glad to meet you, Victoria

    ReplyDelete
  33. kena baca dr awal cerita.. kalau tak memang tertinggal train

    ReplyDelete
  34. Alamak kena baca dr awal ni..baru faham..

    ReplyDelete
  35. Akak masih belum berkesempatan nak baca dari mula. Tetapi link e-novel NA ini akak dah letak di bloglist blog Girang Fashali 😊

    ReplyDelete
  36. Santa Claus wujud di sini, misteri juga, kena datang lagi klik ENovel tu :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.