Saturday, December 5, 2020

Mr. Kerabu Mangga Wan Romeo Gedebak Gedebuk

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Nama gerai agak menarik kan?
Pertama kali melihat ketika masuk kedai 'Nasi Ambeng Mama' pada hari Selasa tengahari. Tidak perlu diperkenalkan kedai 'Nasi Ambeng Mama', selalu bungkus bawa balik sebab nasi banyak. Memang akan dibahagi 2 untuk makan tengahari dan petang.

Seleksi Menu

  • Pecel lele hitam manis
  • Ayam penyet kerabu mangga
  • Daging sate goreng bermadu kasih sayang
  • Butter chicken setia menanti

Memandangkan hendak makan di kedai maka cuba makanan gerai ini. Saya mencuba ayam penyet kerabu mangga. Kacukan masakan Indonesia dan Thailand. Ini pendapat saya. Tertarik hendak merasa kombinasi kerabu mangga dan nasi bersama ayam penyet.

Ayam Penyet Kerabu Mangga



Ok sedap, ayam pun besar. Cuma guna sambal tumis. Saya lagi suka sambal penyet. Kombinasi dengan kerabu buat meriah rasa masam, manis sedikit, masin dan pedas. Ada sup disediakan tapi tidak pasti bersama hidangan saya atau untuk abah. 

Boleh cuba hidangan lain pula.

Seperti saya beritahu, gerai ini dalam kedai 'Nasi Ambeng Mama'. Popular di kalangan penuntut Utem. Bangunan kedai di Taman Tasik Utama berhampiran MITC.


40 comments:

  1. Meriah betul dunia masakan. Kombinasi menu, kombinasi resepi mewujudkan menu baru untuk dicuba.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya, nampaknya NA buat pilihan yang tepat pilih menu tu ��

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nasi ambeng kak. Portion nasi ambeng memang banyak boleh dua kali makan atau makan untuk 2orang. Unik betul nasi ayam penyet kerabu mangga. Betul, kalau saya pun lebih suka sambal ayam penyet daripada sambal tumis.

    ReplyDelete
  4. Saya suka nasi ayam penyet dengan sambal original dan ayam goreng garing.
    Wow mables!

    ReplyDelete
  5. my mom suka gila makan kerabu manga

    ReplyDelete
  6. lama tak makan kerabu mangga sejak dah tebang pokok mangga depan rumah

    ReplyDelete
  7. Unik juga tu, ayam penyet ada kerabu mangga. Nama gerai pun menarik. Hehe..

    ReplyDelete
  8. Kerabu mangga sedapnya!!!! Unik dihidangkan sekali dengan ayam penyet.

    ReplyDelete
  9. Amboiii! nama kedainya tersangatlah catchy hehehee

    ReplyDelete
  10. Menarik kombinasi dia.
    Kerabu mangga tu kegemaran.

    ReplyDelete
  11. gedebak gedebuk yea..comei nya tajuk..wah macam macam gerai baru sekarang

    ReplyDelete
  12. amboi NA semuanya sedap2 tu mana pula nak cari kerabu mangga kat sini huhu :)

    ReplyDelete
  13. Eh boleh pegi ni. dekat dengan rumah abang ipar dah :)

    ReplyDelete
  14. Wah, baca menunya pun dah memancing selera!

    ReplyDelete
  15. Nasi ayam penyet.. fav saya jugak tu... kerabu mangga menarik perhatian la NA.. 🤤

    ReplyDelete
  16. Halo, kak Na.
    Tak cuma nama warungnya yang menarik ..., tapi juga judul post ini gedebag gedebug juga menarik, bikin tersenyum.

    Nama menunya juga unik -unik loh ..
    Aku baru tahu kali ini ini ada lele hitam manis.
    Kreatif memilih nama menunya!.

    ReplyDelete
  17. mwnu yang pelik dan menarik juga pengaruhi mood mkan

    ReplyDelete
  18. ayam penyet kerabu mangga tu..walaweiii..mengoda betul

    ReplyDelete
  19. Thank you very much for your useful article!

    ReplyDelete
  20. Sedapnya rupa juadah tu. Portion pun banyak. Harga satu juadah tu berapa la eh? :)

    ReplyDelete
  21. Nasi ayam penyet kerabu mangga ...Sedapnya.
    (lapar pula)

    ReplyDelete
  22. lama betul tak mkn nasi ambeng, makanan johor ni.
    susah nk cari di utara. nanti ke melaka boleh singgah kedai ni

    nampak sedap kombinasi mangga pulak. fav ni :)

    ReplyDelete
  23. Kemain panjang nama kedai. Nama menu pun..kemain..haha

    Tuan punya ni mesti kreatif. Sampai ke menu pun dia buat gabungan.

    ReplyDelete
  24. Boa noite NA. A culinária de vocês desperta a vontade de provar de tudo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bom dia (aqui de manhã) Luiz. Aqui estou eu na loja.
      Thank you for visiting my blog.

      Delete
  25. aduh sedapnya nasi ambeng... menarik jugak menu nya tu ada kerabu mangga lagi

    ReplyDelete
  26. amboi nama2 makanannya :)
    sungguh menarik perhatian.
    aida da lama tak makan2 di area tasik utama tu, wina.
    dulu masa ofis di ayer keroh, kerap juga.

    ReplyDelete
  27. dah lama x makan ayam penyet. Jika sambal mangga tu biasanya abe kie tumbuk sendiri...

    ReplyDelete
  28. sedapnya kerabu! Lama saya xmkn NA..tgk gambar NA terus terliur heheee

    ReplyDelete
  29. sedapnya ayam penyet kerabu mangga.. di kk ni susah jumpa

    ReplyDelete
  30. kerabu mangga jelah yg boleh buat sebab ada stok mangga. yg lain kempunan nk jumpa org jual lps pkp ni susah

    ReplyDelete
  31. Tu dia namandia.. siap ada gedebak gedebak lagi tapi mmg nampaknsedap tu

    ReplyDelete
  32. kerabu mangga buat penambah selera.. sedap =)

    ReplyDelete
  33. Sedap kerabu mangga, pembuka selera.. Namanya boleh tahan jugak :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.