Sunday, February 21, 2021

Sudah Cuba Mamee Monster Ghost Pepper Daging Cendawan Pedas?

 بسم الله الرحمن الريم
Assalamualaikum...

Selamat pagi. Apa khabar semua? 
Jumaat 4 minggu lepas, saya ternampak longgokan Mamee Monster Ghost Pepper di tengah pasaraya Mydin. Memang menarik mata dan hati untuk cuba sesuatu yang pedas. Sesuatu yang baru dengan bungkusan berwarna biru, hitam dan merah menguasai permukaan.

Mamee Monster Ghost Pepper Daging Cendawan Pedas



Cantik kan persembahan dalam mangkuk itu? Harga RM10 lebih untuk 5 peket. Agak mahal kan? Saya bayang ada bahan seperti hirisan daging dan cendawan. Ambil satu untuk tentukan tahap kepedasan mengikut lidah saya.

Petang tersebut terus cuba peket pertama.

Peket Pertama Sama Seperti Bungkusan Luar



Bahan-bahan yang disediakan di dalam selain mee segera.

Satu Bungkusan Ada 3  Peket Bumbu

Peket Berisi Krimer, Perhiasan Dan Perasa

Minyak Cili


Saya guna semua peket yang diberi. Penilaian saya: pedas gila. Lagi pedas daripada Samyang. Saya makan 2-3 suap dan berhenti seketika untuk minum susu. Akhir sekali letak susu sedikit pada mee segera baru saya boleh tahan untuk terus makan.

Kali ke -2 dan seterusnya saya tidak guna minyak cili baru saya boleh tahan makan. Kuahnya memang pedas teruk kalau hirup sahaja. Jadi buat sedikit kuah. Bahan hiasan sedikit sahaja dan halus bahannya. Cendawan kering dipotong dadu dan ada hirisan daun (daun sup?). Sedih tiada  hirisan daging seperti dibayangkan.

Pandangan Atas Mamee Ghost Pepper.

Kuah Sedikit


Sekarang sudah habis satu bungkusan. Adakah saya akan beli lagi? Tidak. Saya mahu cuba yang lain. Ada cadangan mee segera pedas yang lain?

Jumpa lagi.

48 comments:

  1. Tak pernah beli yg ni.. sy beli yg bungkusan semua hitam.. siap ada air pedas tu... Itu pedas gilaaaaaaa sgt sgt.. tapi x seda. mpaa la.. rasa pedas lebihhhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yang ni nasib baik sedap juga. Haha takmo cuba bungkusan semua hitam kalau begitu. Terima kasih bagitahu.

      Delete
  2. Saya ada nampak, tapi tak berani beli. Ghost pepper adalah sangat pedas, ye. Yang saya pernah cuba adalah maggi pedas giler. Ada lagi satu, mee pedas giler 2X. Yang ada tulis 2X tu, jangan la beli. Kalau beli, tak yah la campur semua minyak cili tu. Bibir pun bole merah makan tu. Hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sangat pedas.
      Ok nanti cuba maggi pedas giler.

      Delete
  3. tak pernah cuba satu pun megi pedas ni

    ReplyDelete
  4. kuah dia tak la nmpk merah sngt ,tapi hmmm pedas juga ok tanak try

    ReplyDelete
  5. NA - Blom sampai Perth lagi megi yg ni..kalau yg lain2 banyak, tapi nak beli kena rajin cek halal ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Megi sana boleh tahan sedap juga. Haah kena tengok halal ke tidak.

      Delete
  6. tak pernah try lagi.
    lagi pedas dari Mi magi PEDAS GILER tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum rasa magi pedas gila itu. Nanti hendak bandingkan. Tq.

      Delete
  7. Nak kena cuba mamee ghost pepper ni hehe. Haritu cuba magi pedas 2x tu boleh tahan pedas dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan? Hehe maksud macam pedas yang boleh ditoleransi. Ahaks gurau. Ok saya pun akan cuba.

      Delete
  8. kalau pedas tkde la nk cuba sbb mmg tk mkn pedas

    ReplyDelete
  9. Takut nak try. Samyang pun saya tak tahan. Haha

    ReplyDelete
  10. Taknak cuba benda pedas2 ni. nanti bazir tak habis.

    ReplyDelete
  11. pedas ni kan. saya tak boleh kalau makan benda2 pedas, mesti sakit perut..

    ReplyDelete
  12. Fuhh kalau pedas dari samyang tu saya pun tak boleh tahan. pedas samyang pun ambil masa nak menghabiskan semangkuk. Betul betul ghost pepper ni. Kalau jumpa, nak juga beli sepeket nak rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sayang sebab buat kering agaknya. Ini berkuah lagi pedas.

      Delete
  13. Harganya boleh tahan betul ye kak... lepas ni cuba mie sedap, korea spicy chicken... boleh tahan jugak pdsnya tp boleh layan lg bg dana

    ReplyDelete
  14. pernah nampak bungkusan je. tak pernah beli lagi. kalau nak cadangkan mi paling pedas marilah dtg umah sy hehehe ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe bubuh cili apa yang pedas sangat itu.

      Delete
  15. kite dah beli.. api belum try lagi.. hehe

    ReplyDelete
  16. kalau pedas giler jgn dibuat main NA..saya tak tahan NA pedas sgt boleh kream perut saya ^_^

    ReplyDelete
  17. Belum cuba lagi. Saya kurang gemar kalau yang pedas menyengat

    ReplyDelete
  18. Lagi pedas dari samyang.. ok no.. pass

    ReplyDelete
  19. kalau pedas sgt memang perut tak tahan.. dh cuba 2 perisa maggi baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perisa apa ya? Takpe nanti tengok di pasaraya jenama Maggi.

      Delete
  20. perut saya tak tahan pedas. segala maggi pedas2 tak boleh makan huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe boleh faham sebab saya pun sakit perut makan terlalu pedas.

      Delete
  21. i love spicy! tiba2 macam mau makan maggie jgk..yummy

    ReplyDelete
  22. Harganya tidak setanding dengan isinya.. Kalau ada kepeingan daging dan cedawan yang besar, puas hatilah kan..

    ReplyDelete
  23. alang2 nk pedas kan...sy buh cili mexico terus hahahaahahahha

    ReplyDelete
  24. perisa mi goreng cili ala kampung & sambal tumis bilis

    ReplyDelete
  25. Pedas Dari samyang ? Omg tak boleh imagine tapi packaging comel

    ReplyDelete
  26. Kadang bila pedas sangat, buka ja dah terbersin.. Mamee ada potong kering, tak da ya untuk daging.. Mmm

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.