بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Terfikir ketika selesai dengar penerangan Ustaz Fazrul Ismail di #Qurantime. Mengenai Bani Israil yang 'cut corner' melanggar peraturan hari Sabtu. Mereka melonggarkan peraturan. Mengikut pendapat (seperti kata Ustaz Fazrul), mereka menahan lukah hari Jumaat dan ambil hasil ikan hari Ahad. Ada pula tahan lukah hari Sabtu dan makan hari Ahad. Memang licik dan putarkan peraturan.
Ayat 163 Surah Al- A'raf
Dan tanyakanlah kepada Bani Israil tentang negeri yang terletaknya berdekatan laut ketika mereka melanggar peraturan pada hari Sabtu (iaitu) ketika datang kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di permukaan air, padahal hari-hari yang bukan Sabtu ikan-ikan itu tidak datang kepada mereka. Demikianlah Kami menguji mereka disebabkan kefasikan mereka.
Bandingkan dengan keadaan ini terfikir juga kerana kita juga mencari ruang kelemahan sesuatu peraturan atau SOP seperti memakai topeng muka atau kealpaan kita untuk buat penjarakkan sosial.
Apapun apabila ternampak orang terlupa atau melanggar sesuatu peraturan, kita kena tegur tidak boleh diam sahaja. Macam ayat seterusnya.
Ayat 164
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, " Mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab sangat kuat?" Mereka menjawab, "Agar kami mempunyai alasan (lepas daripada tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan agar mereka bertakwa"
Apabila dibiarkan maka orang yang buat kefasikan dan orang yang tidak menegur akan diazab.
Ayat 165
Maka setelah mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang -orang yang melarang orang lain melakukan kejahatan dan Kami timpakan kepada orang-orang zalim seksaan yang berat, disebabkan mereka selalu melakukan kefasikan.
Ingatan untuk diri untuk patuh 100% peraturan, tidak dilonggarkan/dibengkokkan dan menegur orang lain tidak buat kesilapan untuk kesejahteraan diri.
Wassalam. Maaf kalau ada kelemahan dan kesilapan. Sila tegur ya.
Masalahnya bila kita menegur orang sekarang, kita yang kena sound balik. Pedulik apa ye, apa respond orang. Asalkan kita lepas tanggungjawap kita untuk menegur. Semoga kita cukup kuat untuk menegur.
ReplyDeleteHaah peduli. Ok itu Nur tegur berdepan. Saya ini paling lemah iman, tegur dalam hati.
DeleteHmm mungkin kita boleh tegur dengan cara berhemah. Saya kadang-kadang masalah kasar sedikit tegur. Oh ini saya kena belajar cara dan pratik juga.
peringatan utk diri sendiri..sentiasa patuh kpd peraturan..
ReplyDeleteHaah tidak beh mengelat atau pandang remeh.
DeleteBesarnya tanggungjawab kita.
ReplyDeleteItulah tugas kita berdakwah dan sailing mengingatkan.
DeleteTerima kasih atas perkongsian yang bagus 🌺
ReplyDeleteTerfikir kaitan ujian kita dapat sebab tidak menyampaikan kebenaran.
DeleteThank you atas peringatan dan kongsian
ReplyDeleteSama-sama beri peringatan.
DeleteKecewa jugak bila menegur kita kena balik sebab sendiri pun bukan baik sangat. Huhuhu
ReplyDeleteItulah kadang pegang prinsil diri sendiri tidak baik itu yang kita takut hendak tegur orang.
DeleteSama-sama tegur antara satu sama lain. Hehe.
Terima kasih atas perkongsian bermanfaat. Menegur secara berhemah seperti yang dianjurkan. Tapi zaman sekarang ni, tak mudah menegur orang sebab manusia cepat melenting walau tahu salah. Satu cabaran juga nak menegur orang. Apapun menegur biarlah secara baik dan menerima teguran juga dengan baik :)
ReplyDeleteItulah akak pun kena terbuka terima teguran.
DeleteAkan sentiasa patuh..tidak langgar peraturan..titip nilai tggungjwb pada diri sendiri..bukan senang nk tegur lagi2 namanya manusia NA..
ReplyDeleteBetul itu.
Deletethanks for the reminder dear^^
ReplyDeletetegur diri sendiri tu mudah tapi tegur org lain ada susah sikit huhu
Haah, diri sendiri pun tidak betul.
DeleteMoga ada kekuatan untuk menegur kesalahan orang lain,
ReplyDeletemoga dipermudahkan urusan ..
Amin. Insya Allah.
Deleteternyata bani israel ni mmg kaum yg sombong. terang2 lwn perintah Allah. apatah lg skrg. didesak diancam 1 dunia pun (serang Palestin) diorg tuli je. kalau bnr kalau syeikh yasin, pd 2027 (kalau x silap) yahudi akn lenyap, maka marilah kita sama2 berdoa ia jd kenyataan
ReplyDeleteMemang akan dimusnahkan cuma tidak tahu bila.
Deletemudah tegur org tp tak mudah nk perbetulkan diri sendiri.
ReplyDeleteharap kita semua tergolong dlm golongan mudah utk ikut peraturan tambah di musim pandemik ni.
Itulah tak mudah hendak perbetulksn diri sendiri.
DeleteAmin, ya ingatkan orang kalau mereka lupa.
Tq na atas perkomgsian
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Terima kasih untuk perkongsian ini..
ReplyDeleteeeee bestnya dapat baca tadabbur :D tbh, sampai skrg ini lah struggle saya. nak tegur org dan sampaikan dakwah secara face to face. kalau yg rapat tu ok lagi, kalau tidak, hmm rasa sangatlah awkward dan takut dengan penerimaan dia. sbb tu buka blog, konon nak share2 la, tapi berhabuk blog ehhehehe
ReplyDeleteSamalah. Lagi kalau orang asing (bukan Islam) Rasa berdosa betul.
DeleteSemua ada garis panduan di dalam Quran. Tegur secara berhemah inshaAllah. Menegur pun dugaan, menerima teguran pun dugaan. Perlu belajar teknik..
ReplyDelete