Thursday, March 25, 2021

Perihal Sabar

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sekadar renungan.

Rasulullah S.A.W. bersabda
"Sabar itu ada 3:
1. Sabar terhadap bencana/benci
2. Sabar berlaku taat
3. Sabar menjauhi perkara derhaka

Barangsiapa sabar terhadap benci maka dicatat baginya 300 darjat yang jarak jauh antara tiap- tiap 2 darjat seperti jauh langit dan bumi.

Barangsiapa sabar terhadap taat maka dicatat baginya 600 darjat yang jarak jauh antara tiap-tiap 2 darjat  seperti jauh antara permukaan bumi yang paling atas dengan dasar bumi yang ke-7.

Barangsiapa sabar menjauhi perbuatan derhaka maka dicatat baginya 900 darjat yang jarak jauh antara tiap-tiap 2 darjat seperti jauh antara Arasy dengan bumi."



21 comments:

  1. semoga kita semua tergolong di kalangan hamba-hambaNya bersabar dan berjaya berjuang dengan diri dan jiwa sendiri. aamiin

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya sabar itu adalah separuh daripada IMAN.

    ReplyDelete
  3. syukran for sharing..

    sabar dlm mengerjakan ketaatan, sabar menahan diri daripada perkara2 maksiat..

    ReplyDelete
  4. Semoga kita diberikan kesabaran dalam semua perkara..

    ReplyDelete
  5. semoga kita sentiasa sabar dalam menjaga akhlak di setiap waktu :)

    ReplyDelete
  6. Terima kasih NA..atas perkongsian..sgt bermanfaat utk dibaca :)

    ReplyDelete
  7. in shaa Allah Wina.
    sama2 kita bersabar dlm apa jua perkara kan.
    kekadang memang terhilang sabar. istighfar semula :)

    ReplyDelete
  8. Besar ganjarannya buat mereka yang sabar..

    ReplyDelete
  9. Sabar.. Senang diucap sukar dibuat

    ReplyDelete
  10. Sabar adalah kunci bahagia dan kunci kejayaan di dalam dunia akhirat. InsyaAllah.Aamin. Good info to share kak. :)

    ReplyDelete
  11. Semoga kita terus sabar dalam apa jua keadaan dan semoga Allah permudahkan segala urusan. Aaminn

    ReplyDelete
  12. Semoga kita sentiasa berjaya didik dan lentur sabar dalam diri.

    ReplyDelete
  13. Dgn berSABAR juga selalunya kita akan dapat lebih dari apa yg kita pinta. Mudah2an. Aamiin..

    ReplyDelete
  14. bila cakap fasal sabar, saya selalu ingatkan diri dgn kisah nabi ayub. bila rasa sakit, sy rasa sakit yg nabi ayub derita lg sengsara tp baginda boleh bersabar. bila rasa sangat sempit, sy ingatkan diri yg nabi ayub pernah kaya raya tp diuji jatuh miskin dan baginda tetap sabar... sebab tu sebaik baik sabar adalah sabar seperti nabi ayub ;-)

    ReplyDelete
  15. PERlu didik diri dgn sugar sabar ni

    ReplyDelete
  16. Kena sabar banyak-banyak dalam hidup ni. Terima kasih atas perkongsian NA.

    ReplyDelete
  17. benda yg masih mencabar utk saya :') tapi itulah, memang lumrah.... sabar itu harus menyakitkan

    ReplyDelete
  18. Terima kasih atas peringatan, sabar dengan musibah, syukur dengan rahmatNya, inshaAllah.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.