Thursday, May 13, 2021

Juadah Berbuka Terakhir Ramadan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir dan batin.

Satu kelainan dan perkara baru raya tahun ini ialah emak dapat resipi kek keju terbakar (burnt cheesecake) guna penggoreng udara (air fryer). Memandangkan bahagian air fryer kecil maka terpaksalah guna ketuhar. Apapun menjadi. Bau vanila dan karamel terbakar itu ada. Tidak terlalu manis, lembut seperti kek keju kapas Jepun (Japanese cotton cheesecake)

Kek Keju Terbakar

Coretan menu terakhir berbuka puasa. Memandangkan berbuka puasa terakhir bermakna 1 Syawal menjelma maka menu berbuka ala-ala makanan raya iaitu nasi impit, rendang ayam dan sambal udang. Pulut kuning itu dapat ketika berbuka masjid bawa balik ketika pertengahan Ramadan. Ada kuah lontong tapi rasa hendak makan ketika pagi Syawal.

Juadah Berbuka Terakhir Ramadan


Jumpa lagi. Alhamdulillah sudah mandi sunat Aifilfitri. Tunggu untuk solat sunat. Pakai baju raya lama tapi masih nampak cantik. Terlalu banyak baju kurang sampai tidak ingat ada baju ini.

18 comments:

  1. selamat hariraya maaf zahir batin ye ;p

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya NA, maaf zahir & batin..

    Samalah kita, berbuka dgn lauk raya, rendang ayam..

    ReplyDelete
  3. Pohon pandan tumbuh melata,
    pohon serai hidup merumpun;
    jari disusun maaf dipinta,
    silap dan salah moga diampun.

    Selamat hari raya Aidilfitri.
    Maaf zahir dan batin.

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya idul fitri kak...

    aku sangat tertarik dengan snack snacknya...kek keju terbakarnya look delicious...^^

    ReplyDelete
  5. Selamat hari raya, NA. Maaf atas salah silap saya.
    Sedap tu, makan lontong. Pulut kuning pun ada. :)

    ReplyDelete
  6. Salam Lebaran NA sekeluarga... :)

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya aidil fitri,maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
  8. Selamat Hari Raya. Maaf jika ada salah dan silap.
    Sedapnya burnt cheesecake tu kak. Menarik gak guna air fryer. Sedapnya lontong, favourite saya :)

    ReplyDelete
  9. Selamat hari raya buat kak NA dan keluarga. Ampun dan maaf dipinta andai kata ada terlanjur bicara :)

    ReplyDelete
  10. selalu memang akhir2 ramadhan ni da mula menu raya hehe..

    ReplyDelete
  11. Selamat Hari Raya, NA. Maaf andai ada kata-kata, komen atau penulisan saya yang menyinggung perasaan NA.

    ReplyDelete
  12. Pakai aje apa yang ada kan, tak perlu membazir. Selamat hari raya kak NA

    ReplyDelete
  13. amboiiii tekak omputih gituuu berbuka dgn kek cis terbakar heheheh

    ReplyDelete
  14. Sedapnya kek keju terbakar.. selamat hari raya aidilfitri maaf segala salah dan silap terkomen di blog.

    ReplyDelete
  15. selamat hari raya kak..

    da lama jugak xbuar kek tuu.hehe

    ReplyDelete
  16. Udah lauknraya ye last Ramadhan. Sama la dgn mama. Burn cheese sedap oo

    ReplyDelete
  17. Pandai bonda buat burnt cheese, kek viral kan.. Ampun dan masf ya NA..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.