Monday, June 14, 2021

Berjalan Kaki Keliling Kawasan Perumahan Dan Awak Sangat Comel

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Setelah berkira-kira untuk berjalan keliling luar rumah akhirnya berjaya memaksa diri hari ini. 

Keluar rumah pukul 5:30 petang dan rancang sampai balik ke rumah pukul 6 untuk tengok My Secret, Terrius.

Tiba-tiba tergerak untuk lihat peti surat. Tidak jangka ada surat sebab tidak dengar posmen datang. 

Apabila nampak sampul oren Pos Ekspres dan surat lain, bibir tersenyum. Boleh diagak siapa yang hantar. Siapa lagi suka hantar Pos Ekspres secara mengejut. Kalau anda mengikuti tulisan-tulisan di blog saya pasti tahu.

Awak Sangat Comel

Saya gelarkan 'Bungkusan Awak Sangat Comel'
-Beg Koncot Bersama Penyambung (Extender)
-Topeng Mata Koala
-Pelekat Abjad Bersama Nota
-Jurnal Idea(Terima kasih banyak idea membuak-buak minta ditulis

Barang-barang yang comel yang akan digunakan. Insya Allah.

Terima kasih wahai pemberi. Moga murah rezeki selalu.

Nota diri sendiri: Parcel bertarikh 8 Jun dapat 14 Jun. Terima kasih posmen hantar dengan selamat.

P.S: Ok sahaja makan kunyit hidup mentah. Tiada rasa menyengat berbanding halia. 

40 comments:

  1. Tahniah kerana dapat berjalan keliling rumah. Hihi, saya berkebun pun dah cukup bagus. Nak berjalan pun, berbasikal pun dah malas

    ReplyDelete
  2. exercise 30 minit pun ok..Alhamdulillah, dapat hadiah..

    ReplyDelete
  3. Kunyit mentah sedap tau dibuau ulam :)

    ReplyDelete
  4. Wah dapat bungkusan comel kan...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dapat berjalan keliling rumah..
    Comel pemberian tu..

    ReplyDelete
  6. Curlasss nama bungkusan akak hahaha. Comel je

    ReplyDelete
  7. Memang bagus berjalan sekitar rumah. Tahniah murah rezeki akak. Hadiah memang comel

    ReplyDelete
  8. Lamanya saya tak berjalan keliling rumah. Seram sebab zon merah. Huhu. Wah.. Mesti pengirimnya pun comel juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sal kenal orangnya. Anies tu comel kan?

      Delete
    2. Haha. Dah agak dah. Comel dna baik hati. Ini bukan bodek ye, pujian ikhlas

      Delete
  9. Daun dan bunga kunyit pernah makan. Kunyit hidup belum pernah cuba.

    ReplyDelete
  10. Tahniah NA - dapat memaksa diri buat senaman dan dapat hadiah comel.
    Saya berlari anak dalam rumah aje..hehe.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dspat rezeki pemberian kwn blogger

    ReplyDelete
  12. Tahniah, berjaya jalan keliling rumah. Kipidap, ye.
    Comeinya hadiah, NA dapat. :)
    Makan kunyit hidup mentah? Wow! Saya pun minum airnya je. Bagus halia, bagi buang angin.

    ReplyDelete
  13. Hadiah comel untuk penerimanya yang comel... Pemberi pun comel.. ok semua comel 😂

    ReplyDelete
  14. murah rezeki sbb boleh hadiah sokmo...

    ReplyDelete
  15. Waktu-waktu sekarang ni yang tak leh ke mana, dapat berjalan keliling rumah pun dah rasa best. Ditambah bestnya bila ada saja parcel yang sampai.

    ReplyDelete
  16. Best nya dpt hadiah gituw.. dan tahniah sebab pksa diri utk berjalan yeayyy

    ReplyDelete
  17. Tahniah NA! shida pun ada terima beberapa hari yg lepas, sama kandungan hadiahnya..dapat dimanfaatkan. Terima kasih kepada pemberi :)

    ReplyDelete
  18. Best boleh jalan keliling rumah. Asyik dok dalam rumah pun boring juga.

    Perrggh boleh makan kunyit hidup. Saya makan time pantang je hehehe

    ReplyDelete
  19. Tahniah, NA. Berjaya memaksa diri utk berjalan. Mesti seronok jalan-jalan sambil hirup udara petang.

    ReplyDelete
  20. Kenal sangat dengan pengirim 'Awak Sangat Comel' itu :)

    ReplyDelete
  21. waaah seronok dpt hadiah kan.... dah makan kunyit hidup mentah? saya tak pernah cuba....

    ReplyDelete
  22. Maaf kak lama tak jejak sini. Berjalan keliling rumah jadi rutin harian jaga kesihatan okay juga tu kak. Tahniah kak dapat hadiah. Anies memang suka surprise rakan blogger. Comel comel hadiahnya. Uisshhh..hebat kak makan kunyit mentah. Kalau saya tak tahu lah boleh masuk ke tak.

    ReplyDelete
  23. tak sangka cek kotak surat dapat kiriman yang cute...like the koala ^^

    ReplyDelete
  24. singgah disini
    salam perkenalan dari Indonesia
    ^_^

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah, bestnya selalu dapat hadiah.
    Saya kebelakangan ni jarang jalan2. Sejak2 makin byk kes, tak berapa berani. Tapi tu alasan ke2 la. Alasan pertama ialah tak rajin, hehehe

    ReplyDelete
  26. Anies memang comel.. bersepah gambar selfie kitaorang tp tak dpt jumpa

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah bestnya dapat bungkusan comel!

    Eh jap nape makan kunyit hidup mentah?

    ReplyDelete
  28. Salam, Alhamdulillah rezeki melimpah ruah. Comel! Bila dah terisi idea dalam jurnal tu boleh la share :) lama tak buat air kunyit..

    ReplyDelete
  29. alhamdulillah...

    sama2

    moga ia bermanfaat ;-)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.