Thursday, August 26, 2021

Hadiah Hijau

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selain warna biru, saya suka warna hijau. Spesifik warna hijau zaitun. Tidak tahu mengapa tapi suka warna ini tapi yang kelakarnya saya tiada baju kurung warna hijau zaitun.

Oklah berbalik pada tajuk. Lepas Zohor ada kurier barang datang. Masih dalam telekung, nasib baik abah yang ambilkan. Orang itu sebut nama saya. Boleh agak daripada siapa.

Bungkusan Kegembiraan

Buka sahaja. 3 jenis barang hijau dalam bungkusan. Wah tidak sangka pilihan Shikin untuk saya.

Masker Muka, Masker Mata Dan Satu Plastik Putih Yang Belum Tahu Isi Kandungan


Buka lagi bungkusan plastik putih rupanya kotak.  Saya dapat 2 kotak berlainan saiz. Datang tepat pada masanya. Saya ada barang-barang hendak simpan di satu tempat khas.

2 Kotak Warna Hijau Zaitun!



Alhamdulillah terima kasih Shikin. Ini hadiah ke-3 saya dapat.


Terima Hadiah Icely Aiskrim Potong

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Mungkin ada yang sudah tahu saya berjaya tangkap layar nombor 6,000,000 di blog www.sunahsukasakura.com. Hehe ingatkan saya terima hadiah melalui kurier barang selepas beri butiran pada Cik Sun. Rupanya saya terima kejutan melalui penghantar makanan pada hari itu juga.

Dalam pukul 2 petang lebih, saya menerima Icely Aiskrim Potong.

Gambar Hadapan Kotak


Pertama kali dapat pelbagai perisa aiskrim potong berbentuk empat segi tepat. Saya dapat 15 potong. Ada perisa diberi 2 jenis sama. Macam-macam warna. 

Bahagian Dalam Kotak Dan Ucapan


Emak saya cuba warna merah jambu pekat sebelah kiri atas sekali. Rupanya itu adalah perisa klasik iaitu perisa kacang merah. Saya pula cuba warna hijau pudina dengan bintik hitam. Itu perisa pudina dengan coklat halus (chocolate rice).  Hari ini cuba aiskrim warna kelabu kehitaman. Rasanya seperti kelapa. Ada sedikit masin dan isi kelapa. Menarik perisa diberikan. Baru cuba 3 jenis.

Pandangan Atas


Inilah tangkap layar yang berjaya ditangkap. 

Tangkap Layar 6,000,000


Terima kasih Sunah!


Monday, August 23, 2021

Akhirnya Penantian Sebulan Selesai... Muka Surat 20 Juta

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Rasanya tempoh diberi sebulan lebih. Akhirnya pada pukul 8:41 pagi dapatlah tangkap dengan lebih 1.
Maknanya 20,000,001. Ada yang dapat tepat ke?

Tangkapan Bertuah



Tunggu keputusan daripada puan blog sariyusa.blogspot.com.
Adakah saya berjaya mendapat RM50?

Ok itu sahaja hendak tulis. Jumpa lagi.

P.S: Agaknya saya suka dengan nombor. Haha ada komen sebelum ini cakap hobi cari nombor rumah.

Wednesday, August 18, 2021

Pencarian 7777

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sekadar coretan untuk kenangan diri.

Alhamdulillah hari ini jumpa juga no 7777. Tidak sangka dekat sahaja. Punyalah pening ingat jauh nombor 7777 dari rumah.

Ia bermula ketika saya berpindah di sini pada 2016. Kawasan baru, banyak tanah kosong. Jadi kiranya beli tanah dan bina rumah.  Saya tengok nombor rumah saya sangat besar. Lepas itu keliru nama jalan ada A sampai F (ikut cabang/lorong). Jadi kalau Jalan 6, nombornya lagi KECIL daripada rumah di Jalan 4. Kalau tidak faham, abaikan sebab saya pun pening sampai hari ini. Kiranya nombor dalam kiraan menurun.

Mula-mula cari (sebab jalan kaki sekitar kawasan) tidak jumpa masa awal-awal 2016. Kesukaran sebab banyak rumah tiada, jadi nombor rumah pun melompat-lompat. Masa itu saya tolak stroller anak buah bawa keliling. Budak itu kena bawa jalan baru tidur dalam stroller. Masa inilah tengok rumah-rumah orang. Pula itu saya bawa jalan ke Jalan 7 ke atas untuk cari nombor rumah 7777. Gigih cari. Pencarian terhenti seketika sebab ada anjing di satu tempat. 

Hari ini tidak sangka jumpa sebab saya jalan lalu tempat lain. Konon hendak jalan jauh sambil tetiba terfikir hendak buat pencarian semula  seperti dahulu.

Ada nampak rumah kuning besar 2 tingkat yang baru dibina 2018/2019 atas bukit. Kedudukannya memang terpencil dan seram sebab dekat hutan.  Rumah kuning itu satu sahaja di lorong itu. Tapi nekad masuk lorong tersebut sebab perasaan ingin tahu.

Eureka. Jumpa. 2 lot rumah ini ambil. Nombor rumah 7777/7778 Jalan 6D. Ya Allah 5 tahun selepas baru jumpa sebab ada rumah. Kalau tidak  memang tidak akan tahu nombor lot kosong.

Lepas ini saya hendak cari no 8888. Itupun kalau ada rumah didirikan.

Oklah itu sahaja. Untuk maklumat sini kawasan baru. Kalau waze nama taman ada tapi nombor rumah memang kena cari sendiri. Kawasannya memang besar. Boleh bayang kalau setiap rumah didirikan berapa banyak rumah ada. Inipun tidak habis jelajah terutama lorong/cabang jalan terpencil.

Jumpa lagi...

P.S: Korang ada pengalaman yang hampir sama seperti ini?


Saturday, August 14, 2021

Cokanan @ Malacca Delight

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah tahun ini rezeki kan buah-buahan sangat menjadi. 

Di rumah saya, cokanan @ Malacca Delight sangat banyak. Puas makan. Saya memang hantu mangga. Suka tiap-tiap hari ada stok baru. Stok dari pokok. Hehe.

Cokonan @ Malacca Delight


Selain itu, cempedak pun menjadi.

P.S:  Dusun saya di kampung ada manggis, durian. Sayang tidak dapat rentas negeri jadi bagi/infaq pada saudara-mara di sana. Puaslah mereka makan. Ada dapat rasa sedikit.


Tuesday, August 10, 2021

Syiok RM6 Pan Pizza Hut Dan Terima Hadiah Pelitup Muka 3 Lapis

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Salam 1 Muharram 1443. Apa khabar semua? Harap sihat hendaknya.

Kadang-kadang apabila berpuasa kita teringin berbuka makanan yang di luar kebiasaan. Jadi abah teringin piza. Memandangkan 3 orang sahaja di rumah, abah peli piza pan yang berharga RM6. Ada 4 keping sekotak. Seorang dapat sekotak. 

3 Kotak Syiok Pan + Sup Cendawan + Kentang Baji


Hehe abah ambil Veggie Lover. Mana saya dan emak berkongsi 2 keping ayam peperoni dan daging peperoni setiap seorang. Ada juga 2 bekas berbentuk 4 segi berisi sup cendawan dan kentang baju saiz S.

Resit

Kenyang juga makan walaupun saya tidak puasa makan waktu petang.

Pelitup Muka Jovian + Penyambung Kait + Nota



Pada cerita lain, beberapa hari baca dan komen tulisan Sal terima pelitup muka Jovian. Saya pula terima. Terima kasih kerana mengirimkan hadiah ini. Di samping itu terdapat penyambung pelitup muka jenis kait warna bendera Palestin. Boleh cuba guna apa beza dengan pelitup biasa.

Oklah jumpa lagi.


Thursday, August 5, 2021

Kotak Kecil Barang Comel Pula Tiba

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Permulaan Ogos bermula dengan baik apabila dipilih sebagai tukang komen nombor 1 di blog baby-pose pada bulan Julai. Sebenarnya tidak sangka dia ada buat senarai orang komen kerana dia baru kembali semula ke alam blogging. Betul tak Puan Baby-pose? Tapi sebenarnya saya sudah lama kenal dia. Dia menyepikan diri dan kemudian saya menyepikan diri 3 tahun lamanya.

Ok panjang pula cerita. Dipendekkan cerita kira kembali berziarah semula antara satu sama lain.

Petang tadi dalam pukul 2 saya terima kotak comel. Lewat buka sebab tengok Olimpik.

Kotak Kecil Daripada Gdex 



Dalam pukul 4 buka kotak. Ada kesukaran hendak buka pada mulanya. Saya cuak juga ada bunyi barang bergerak di dalam. Takut juga barang kaca. Lega tengok mini mangkuk tingkat yang comel yang diperbuat daripada besi. Hehe kecil rasanya tidak boleh letak lauk. Fikir sesuai letak apalah dalam ini. Ada tulisan nama pemilik blog yang beri.

Mangkuk 2 Tingkat Dengan Tulisan https://baby-pose.blogspot.com
 -food unites-



Terima kasih Puan Baby-pose kerana beri saya hadiah. Tulisannya berkaitan masakan, makanan dicuba, gaya hidup, tumbuh-tumbuhan pasu. Dia banyak selitkan video di setiap pos tulisan dan menggunakan dwi-bahasa, Bahasa Melayu dan Inggeris.

Oklah jumpa lagi.

Wednesday, August 4, 2021

Lega: Senarai Bacaan Blog

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah senarai bacaan blog (reading list) sudah kembali pulih. Hehe rasa patah kaki pula sebab tiada senarai blog tulisan terkini terpapar. Sudahlah sebelum ini Puan Mama Yan (Azian Khalil) pernah cerita dia hilang senarai blog blogger di blog. Saya dengan bangganya kata saya punya senarai blog ada pada papan pemuka (dashboard) blogger.  Pap, beberapa hari kemudian, senarai tulisan terkini blogger yang saya ikuti hilang. Serve me right!

Macam orang buta. Kenalah jalan (blog walking) berdasarkan ingatan sahaja bukan berdasarkan tulisan terbaru.

Korang ingat tidak, tidak silap 2013 atau 2014 blogger tidak boleh diakses?  (Sudah semak tahun 2011) Menggelupur masa itu tidak dapat menulis. Boleh klik di sini untuk baca.

Alhamdulillah atas nikmat dapat menulis dan membaca. Oklah jumpa lagi.