Thursday, August 26, 2021

Hadiah Hijau

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selain warna biru, saya suka warna hijau. Spesifik warna hijau zaitun. Tidak tahu mengapa tapi suka warna ini tapi yang kelakarnya saya tiada baju kurung warna hijau zaitun.

Oklah berbalik pada tajuk. Lepas Zohor ada kurier barang datang. Masih dalam telekung, nasib baik abah yang ambilkan. Orang itu sebut nama saya. Boleh agak daripada siapa.

Bungkusan Kegembiraan

Buka sahaja. 3 jenis barang hijau dalam bungkusan. Wah tidak sangka pilihan Shikin untuk saya.

Masker Muka, Masker Mata Dan Satu Plastik Putih Yang Belum Tahu Isi Kandungan


Buka lagi bungkusan plastik putih rupanya kotak.  Saya dapat 2 kotak berlainan saiz. Datang tepat pada masanya. Saya ada barang-barang hendak simpan di satu tempat khas.

2 Kotak Warna Hijau Zaitun!



Alhamdulillah terima kasih Shikin. Ini hadiah ke-3 saya dapat.


33 comments:

  1. Alhamdulillah..bestnya dapat hadiah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, sampai jugak hadiahnya.. hihi saya teringat yang akak penah cakap yang akak suka warns hijau.. tue yang gigih gak cari..🤭🤭🤭 anyway, terima kasih kerana selalu singgah ke jurnal saya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki, Tahniah berbagai hadiah dah dapat, suka hijau zaitun ye, cantik warna tu.. Ada masker tu bole berspa nanti, Tahniah NA, moga bertambah rezeki lagi inshaAllah.

    ReplyDelete
  4. Tahniah!
    Rezeki datang tak putus-putus.

    ReplyDelete
  5. bila dapat sesuatu yang kesukaan kita, lebih2 lagi warna yang kita minat, lagi la gumbira tak terkata ye :D

    ReplyDelete
  6. Kita geng! Saya pun suka warna hijauuuu hehehe.
    Alhamdulillah selamat sampai hadiahhh kak shikin, tahniah akak! :D

    ReplyDelete
  7. Tentu gembira bkn kepalang bila menerima sesuatu yg sangat kita minati

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rezeki lagi . Banyak dapat hadiah

    ReplyDelete
  9. Warna hijau itu menyenangkan mata. Saya juga senang warna hijau.

    ReplyDelete
  10. Cantik warna tu... Alhamdulillah rezeki.. hehe.. Hadiah berguna tuuu

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah tahniah dapat hadiah dengan warna kegemaran

    ReplyDelete
  12. Patutlah blog akak warna hijau. Alhamdulillah dapat hadiah warna fav akak. Tahniah kak.

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. Sentiasa dimurahkan rezeki dgn mendapat hadiah drp kwn2 blogger...

    ReplyDelete
  14. untungnya selalu dapat hadiah...alhamdulillah

    ReplyDelete
  15. Hadiah ni kalau sekecil mana pun selalu akan buat orang rasa bahagia kan. Bestnya dapat hadiah. =)

    ReplyDelete
  16. Cantik kotaknya :). Saya sering beli kotak2 seperti itu, buat penyimpanan barang2, supaya kemas lah :D. Trutama mainan anak-anak. Suka beserak tak tentu. Makanya kotak2 begini penting selalu ada

    ReplyDelete
  17. Warna hijau zaitun memang cantik. Tahniah kak NA. Pandai Shikin pilih

    ReplyDelete
  18. wahh bestnya
    hijau kan ketenangan
    sedapp. memandang

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah..
    Memang best bila courier dtg.
    Satu kebahagiaan.

    ReplyDelete
  20. Alhamdulillah rezeki NA :)
    saya pun dapat juga..blm sempat review lg hehee

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah.. Rezeki mencurah-curah kamu terima..

    ReplyDelete
  22. Tahniah! Kotak tu memang sangat berguna.

    ReplyDelete
  23. tahniahnyer.., shikin mmg pemurah kann., ;p

    ReplyDelete
  24. Tahniah, NA! Murah rezeki dapat barang dengan warna kegemaran pula tu :)

    ReplyDelete
  25. Akak pun suka warna biru. and recently pink n purple. warna paling tak suka, KUNING. hehehee

    ReplyDelete
  26. bestnya kak, alhamdulillah macam-macam akak dapat kiriman dari teman2

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah. tahniahhh . kita je masih belum bukak huhuhu

    Apa2 pun
    Selamat menyambut hari kemerdekaan buat kali ke 64. Merdeka! Merdeka! Merdeka!

    ReplyDelete
  28. Hijau warna kegemaran PH :)
    Seronoknya selalu dapat hadiah. Tahniah NA

    ReplyDelete
  29. Tahniah!
    Simpan barang-barang dalam kotak nampak kemas kan...

    ReplyDelete
  30. bolehlah nyanyi lagu zainal abidin

    ku lihat hijauuuu

    😆😆

    ReplyDelete
  31. Eh sama la kita .. suka biru dgn ijo. Dan pepwl juga.. tahniah na

    ReplyDelete
  32. Warna kesukaan nabi.. sejuk mata memandang. Alhamdulillah murah rezeki

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.