Sunday, September 12, 2021

Kronologi Detik Memburu 1,111,111

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Menjelang 11 September 2021. 
Malam 11 malam 10 September cuba tidur tapi rasa tidak selesa pada perut. Matapun enggan tutup. Jadi terpaksa duduk baru rasa selesa. Maka untuk membunuh masa tengoklah tv sementara menunggu mengantuk dan rasa sebu hilang. Letak minyak angin dan minyak pati (eo) di belakang badan. 

Tiada siri tv yang menarik. Ada pukul 12 tengah malam iaitu siri Reflections oleh Suhaib Webb (tafsiran surah al-Baqarah). Lama tidak tengok. Maka blog walking dahulu. Termasuklah blog Shikin Razali. Tengok pengira penghujung hampir ke sasaran 1,111,111. Terdetik di hati alamak mengapa hampir awal pagi? Tengoklah kalau dapat.

Selepas tengok Reflections, persoalan Iblis ini dari golongan mana. Malaikat? Atau Jin? Sambungan perbahasan esok. Ok berbalik pada blog Shikin. Tengok balik. Tidak sampai. Tutup. Caj telefon. Masih tidak mengantuk. Tengok tv lagi. Kali ini setiap jam saya tengok pengira pengunjung di telefon lain. Apabila hampir 1,110,900, baru saya ambil telefon yang dicas. Agak-agak 2-3 kali buka. Alhamdulillah dapat tangkap tepat.

Tangkap Layar 1,111,111


Dapat. Terus hantar e-mel. Sekarang berhempas pulas untuk tidur. Rasa sebu sudah kurang. Tidak pasti bila terlelap. Lepas itu terkejut apabila 'alarm' pukul 5 pagi. Sedia untuk persediaan solat Subuh.

Malam tidur awal pukul 10 lebih. Buat peringatan pukul 12 tengah malam untuk tengok sambungan siri Reflections. Tengok-tengok sudah pukul 1 pagi. Aduh terlepas tengok. Maka sambung tidur sampai 'alarm' 5 pagi.

Harap dapat tengok balik. Jumpa lagi.

Terkini 17 Sept: Syaitan daripada golongan jin berdasarkan surah Al-Kahfi.


17 comments:

  1. Alhamdulillah mengingati siri Reflections Shuaib Webb, inshaAllah. Alhamdulillah juga dapat tangkap page views tu, Tahniah. Harap sis NA dapat tido nyenyak, inshaAllah.

    ReplyDelete
  2. Kalau perut sebu memang tak senang nak tidur kak.
    Akak memang hebat menangkap nombor. Tepat pulak tu. Tahniah kak!
    Selamat sambung tengok siri TV Reflections.

    ReplyDelete
  3. Cantik betul PV tu. Cantik sungguh cara si penangkap hebat! Tahniah NA.

    ReplyDelete
  4. Memang power! Tepat tepat pulakk tu nombornya hahaha. Kalau saya ni mahu lebih beratus ratus nombornya >.<

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, kak NA.. Akak memang seorang penangkap nombor yang terbaik dan tertulis dah rezeki akak... Hihi kongsilah sikit tips camne nak dapat lucky number tue.. Insha Allah dalam minggu nie hadiah akak akan sampai.. Wait and see.. Congrats again..!

    ReplyDelete
  6. Wah...gigih ni.....tahniah dapat snap tepat..hehehe..

    ReplyDelete
  7. rajinnya akak... dana kalau kt rumah jarang membukak blog
    kengkadang kalau siang sambil buat keje kadang bukak la jugak

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, tahniah!!

    Semoga ada ulangan program tu..

    ReplyDelete
  9. wah..memang rezeki kak NA. Boleh tangkap di blog mamapipie pula. Tadi saya tengok dah nak dekat 3 150

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah , rezeki berpihak kepada NA setiap kali blogger mencari number pageview yg cntik2

    ReplyDelete
  11. Terbaik kak NA, tak disangkal lagi heheee..Tahniah!!

    ReplyDelete
  12. Ooo na la penangkapnya ye.. tahniah ye na mmg pro

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.