Saturday, October 30, 2021

Cara Memohon Sijil Digital Vaksinasi Covid-19

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Setelah seminggu lebih maklumat dos ke-2 tidak dikemaskini. Tekad. Jumaat 29 Oktober pukul 3:30 petang, saya membuat laporan di Helpdesk. Harap dapat diselesaikan. Insya Allah. Besar harapan sudah dapat ketika vaksin ke-2 sudah matang.

Selesai Hantar Permohonan



Sabar menunggu lagi. Saya akan cerita setiap langkah supaya mereka yang hadapi masalah ini boleh buat. Tunggu berjaya.

***********************************

Alhamdulillah, pukul 6:51 petang, 30 Oktober saya buka MySejahtera dos ke-2 saya sudah dikemaskini. Jadi lebih kurang 24 jam kena tunggu. Lompat bintang. Terima kasih pasukan Helpdesk MySejahtera.

Ok saya hendak kongsi bagi mereka yang ada masalah macam saya.

1. Pertama buka laman sesawang: 

https://mysejahtera.malaysia.gov.my/help/ ->Tekan Butang Mula

Helpdesk MySejahtera



2. Skrol ke bawah pilih huruf M iaitu Saya telah divaksin tetapi sijil digital tiada di halaman profil

Pilih Huruf M Dan Klik



3. Lepas itu isi butiran dan tekan butang Seterusnya. Isi lagi maklumat. Lepas itu pilih lagi dos pertama atau kedua. Lepas itu muatnaik gambar kad vaksin yang ada maklumat dos pertama atau kedua. Saya tunjuk kedua-duanya. Tandakan pada kotak saya bukan robot. Semak semua pastikan betul dan hantar.

ID ikut ID kita daftar. Pilih Salah Satu Nombor Telefon atau Alamat E-Mel



Tunggu. Insya Allah dalam lebih kurang 24 jam.

Ada kemusykilan boleh tinggalkan komen.

Daripada Kotak Masuk Emel Saya



P.S: 31 Oktober 10:24 pagi, baru masuk emel daripada MySejahtera suruh kemaskini/segarkan profil. Lewat juga beritahu tapi saya sudah segarkan muka surat profil selalu.-->> kena ada internet untuk 'refresh'.



Monolog: Kematian Itu Pasti

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Beberapa minggu lepas duduk terfikir masalah. Kemudian terfikir seorang ini yang suka 'ganggu' saya dalam emel atau blog atau whatsapps atau mesej. Lama dia tidak kacau. Kalau hujung bulan 11 ini tiada gangguan memang cukup setahun. Rasa hendak lompat bintang (tidak habis-habis diri ini dengan lompat bintang).

Tiba-tiba fikir spontan. Entah-entah dia dah meninggal? Masalah Covid-19 memang tidak mustahil.

Adakah saya akan sedih kalau dia sudah meninggal? 

Tidak pasti. Tiada jawapan. Ketika tertengok drama 'Wi-Fi Sebelah Rumah' pada penghujung penutup drama ada tertulis dalam kenangan nama arwah. Eh macam kenal nama tersebut. Mungkin orang lain dengan nama begitu. Saya google. Eh memang dia. Rupa tidak berubah sejak dari universiti. Terkejut dan tidak sangka arwah sudah meninggal tahun lepas tanggal 19 Oktober. Sudah setahun. Walaupun tidak kenal rapat hanya satu kursus yang sama. Tidak pernah diletakkan dalam satu kumpulan tugasan. Tiba-tiba rasa sayu. 
Terjawab juga walaupun tidak kenal rapat pun hati boleh tersentuh.

Kembali pada yang suka kacau. Buka emel pagi ini hendak tengok kalau dapat emel daripada MySejahtera. Lain ditunggu lain yang tiba. Tetiba pula dapat mesej daripada suka kacau suruh telefon sebab dia kena Covid peringkat 3B. Aik peringkat pun ada A,B ke?

Takut pula dengan monolog hati ini.


Wednesday, October 27, 2021

Rezeki: Nasi Goreng Kampung

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Nasiblah tidak dapat ikut emak dan abah ke KL. Tapi kadang-kadang bagus juga tidak pening hendak pergi ke tidak. Rasa seronok duduk rumah. Hehe.

Apapun rezeki datang nasi goreng kampung daripada kantin Mok. Mok berniaga di dalam bangunan RISDA Jalan Ampang. 

Nasi Goreng Kampung



Banyak betul nasi. Gambar diambil lepas sudah makan separuh. Separuh simpan makan untuk sarapan esok.

Kenyang betul. Alhamdulillah.


Terima Hadiah Geng Kuat Komen Fasa 3 Julai-September

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Petang semalam sebelum keluar bersenam tengok peti surat ada surat untuk saya.

Alhamdulillah terima hadiah ke-3 untuk bulan Oktober yang kelam. Tengok sampul surat sudah dapat agak daripada siapa. Tidak lain tidak bukan ialah daripada blogger Shida Radzuan. Alhamdulillah terima dengan elok dan selamat daripada kebasahan hujan.

Buka sahaja terdapat 2 jenis 'mask' : pelitup separuh muka jenama Jovian dan topeng kecantikan. Boleh gunakan nanti.

2 Topeng Muka!



Terima kasih Shida yang rajin memberi hadiah. Semoga murah rezeki! Terima kasih.

Tuesday, October 26, 2021

Mummy Ayu's Birthday Giveaway

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

[SEGMEN TAMAT]

Jalan-jalan terjumpa satu peraduan mudah. Apa lagi terus ikuti. Syarat-syarat sangat mudah:
Klik gambar di bawah untuk tahu lebih lanjut.

Mummy Ayu's Birthday Giveaway



Tarikh tutup: 8 November 2021 (Isnin) 12 tengahari.


Monday, October 18, 2021

Rasa Hendak Lompat Bintang Tapi...

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ini selesai dapat dos ke-2. Ingat hendak lompat bintang tapi...

Tengok MySejahtera, bahagian Vaksinasi Covid-19, temujanji ke-2  tidak dikemaskini.




Alkisahnya saya pergi PPV Stadium Hang Jebat tapi sudah tiada. Ada papan tanda suruh pergi ke Lapangan Terbang Melaka untuk vaksin ke-2. Gelabah, pergi ke lapangan terbang pun PPV sudah ditutup. Macam cari harta karun pula ada notis KKM (tak silap). Panggilan telefon tidak diangkat. Jadi tekad ke PPV Encore Melaka. Oh lupa, ada pakcik ini hendak ikut dengan kenderaannya dari stadium. Pertama kali ke Encore. 

Alhamdulillah diterima, cuma petugas itu kata maklumat lokasi terima vaksin itu dikemaskini manual. Mungkin itu ambil masa. Harap-harap tiadalah lama sampai 2 minggu. Nasib baik ada kad vaksin tapi lebih lega kalau dalam MySejahtera telah dikemaskini.

Masa untuk menunggu...
Ada sesiapa ada pencerahan berapa lama akan dikemaskini untuk dapat sijil digital?

Salam Maulidur Rasul.

Wednesday, October 13, 2021

Berehat Sebentar Dengan KitKat Dan Mellow Crunch

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kesabaran diperlukan akhir-akhir ini untuk memuatnaik gambar. Bukan salah Blogger tapi internet yang kejap ada kejap tiada.

Bayangkan untuk pos sebelum ini memerlukan 3 hari untuk memuatnaik gambar. Puas saya cari tempat: Tingkat teratas, tepi tangga, dalam bilik, tepi tingkap. Ikut nasib!

Nasib baik ada coklat. Rasa geram, kita rehat sebenar dengan KitKat dan Mellow Crunch. Kemudian cuba lagi nasib ketika waktu cuaca cerah matahari memancar . Untung sabut timbul.

Bahagian Hadapan Mellow Crunch



Mellow Crunch dengan bebola coklat dan coklat yang memberi tekstur rangup dan lembut berlemak.

Harap internet akan stabil semula.

Sunday, October 10, 2021

Terima Hadiah Dan Duit Sebagai Top Komentator

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

P.S: Gambar letak kemudian. Saya punya dugaan gambar susah hendak di upload.

Alhamdulillah, terpilih untuk terima hadiah top komentator di blog Atiqah Najihah (www.atiqahnajihah.com) untuk bulan September. Btw, selamat harijadi Atiqah. Hadiah selamat sampai.

Tidak sabar lalu buka dengan cepat kotak. Sebelum itu sudah terbayang mellow crunch warna apa diberi oleh Atiqah. Sebelum ini, beberapa bloggers telah terima dengan warna yang berbeza. Saya agak sebelum terima ia yang berwarna hijau sebab Atiqah tahu saya suka hijau. Telahan tepat. Apa yang seronok dapat juga mini KitKat dan mini Cadbury dairy milk. Bonus ini.

Kotak Coklat



Ada ucapan terima kasih daripada pihak ke-3 iaitu kedai biskut. Unik nama. #kedaibiskut dari Kota Bharu, Kelantan.  

Tulisan Terima Kasih Di Kotak



Saya pun hendak ucap terima kasih kepada Atiqah kerana sudi bersusah payah memberi. Bukan senang tahu untuk usaha memberi. Lagi sekarang dia tengah sibuk bekerja, berpindah ke tempat baru. Memang menuntut masa. Semoga berjaya Atiqah dan mendapat pekerjaan yang lebih baik.

Ok lagi satu saya dapat hadiah duit daripada Puan Amie (salamisimon1.blogspot.com) Tidak sangka terpilih kerana kumpul 3 bulan komen (Julai-Septemeber 2021). Jumlah komen terkumpul berjumlah 200. Boleh klik di sini tulisan Puan Amie. Terima duit masuk tabung semalam. Terima kasih daun keladi. Semoga murah rezeki Puan Amie dan diberkati rezeki.

Korang boleh lawat blog orang pemurah di bawah. Sama menyokong bloggers lain. Cerita mereka sangat menarik.


Alhamdulillah gembira dapat. Selain hari ini berita gembira lain untuk warganegara Malaysia rentas negeri.

Jumpa lagi.


Tuesday, October 5, 2021

Selamat Harijadi, AM!

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ini harijadi adik bongsu lelaki AM di Selangor. Malam tadi dia sudah telefon emak dan abah tanya khabar. Kemudian dia cakap dia hendak belikan sesuatu. Terbalik pula, adik hendak beri sesuatu kepada emak dan abah nanti secara penghantaran. Tunggu juga apalah kejutan diberi adik. Nanti kemaskini. Insya Allah.

Semoga panjang umur dan diberkati rezeki AM. Amin.

AH dan isteri serta anak-anak. Tahun depan tambah 1. Insya Allah. Di Cameron Highlands bulan September 2020.



Maaf gambar tiada. Nanti kejutan sampai saya letak kemudian di sini. Hehe. Sabar menunggu.

P.S: Lepas taip pos ini, penghantaran pun datang. Oh rupanya makanan panas-panas seperti tomyam, bihun hailam, sup tulang, sayur. Selalu makanan begini petang-petang baru ada. Hehe tidak payah ambil gambar sebab biasa tengok kan.