بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ini selesai dapat dos ke-2. Ingat hendak lompat bintang tapi...
Tengok MySejahtera, bahagian Vaksinasi Covid-19, temujanji ke-2 tidak dikemaskini.
Alkisahnya saya pergi PPV Stadium Hang Jebat tapi sudah tiada. Ada papan tanda suruh pergi ke Lapangan Terbang Melaka untuk vaksin ke-2. Gelabah, pergi ke lapangan terbang pun PPV sudah ditutup. Macam cari harta karun pula ada notis KKM (tak silap). Panggilan telefon tidak diangkat. Jadi tekad ke PPV Encore Melaka. Oh lupa, ada pakcik ini hendak ikut dengan kenderaannya dari stadium. Pertama kali ke Encore.
Alhamdulillah diterima, cuma petugas itu kata maklumat lokasi terima vaksin itu dikemaskini manual. Mungkin itu ambil masa. Harap-harap tiadalah lama sampai 2 minggu. Nasib baik ada kad vaksin tapi lebih lega kalau dalam MySejahtera telah dikemaskini.
Masa untuk menunggu...
Ada sesiapa ada pencerahan berapa lama akan dikemaskini untuk dapat sijil digital?
Salam Maulidur Rasul.
Okey... boleh lompat bintang, tetapi separuh je hihihi
ReplyDeleteMoga butiran di MySejahtera akan segera dikemaskini.
rasanya lepas 2 3 hari baru dia update, kalau tak salahlah saya pun dah lupa sebenarnya..hehe
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletejanji lengkap. 2 dos dah kan
Parabéns pelo seu trabalho e matéria.
ReplyDeleteSalam Maulidur Rasul..
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah selesai..semoga cepat di update..
kalau tiada masalah teknikal ...biasanya beberapa minit dah boleh kemaskini.
ReplyDeleteteruskan jumping jack...sebab itu cara senaman yang mudah lagi simple
Alhamdulillah lengkap 2 dos, moga cepat kemaskini sijil digital, InshaAllah. Salam Maulidur Rasul sis NA.
ReplyDeleteLompat separuh dulu NA :)
ReplyDeleteHopefully semuanya ok lah nanti di MySejahtera tu.
Harap2 takda sakit2 badan lps suntik 2nd dose ya..akak baru abis ja seksanya haha
ReplyDeleteAda.
Deletebiasanya tak lama. dalam 2,3 hari je
ReplyDeleteAduhaiii susah jugak tu pergi sana sini PPV tutup. Mujurlah ada PPV yang masih beroperasi. Semoga cepat proses update tu nanti.
ReplyDeletetak pasti pula kalau ikut set up secara manual begini. Dah macam Amazing Race pulak demi nak mencari PPV yang masih dibuka
ReplyDeleteAlhamdulillah NA, lepas ni dah ada lesen nak ke mana-mana 😀
ReplyDeleteSijil digital ambil masa sikit untuk update. Rasanya dalam tempoh beberapa hari gitu.
Alhamdulillah.Lengkap dua dos.
ReplyDeleteSekarang sudah kemaskinikah?
Uma excelente tarde.
ReplyDeleteAlhamdulillah... Dah boleh pi mengundi🌹🌹
ReplyDeleteMalas pula hendak mengundi.
DeleteWah.. mcm cari harta karun ya😅pass sana sini pulak ye, apa pun semoga baik2 saja..
ReplyDeletebiasanya masuk hari ke 15 sijil digital akan bertukar kpd kuning i.e. fully vaccinated... sabar ye..
ReplyDeletesekarang banyak ppv dah tutup itu masalah sikit untuk yang lambat terima vaksin... tapi sepatutnya di mysejahtera dah diupdate, payah jugak kalau tulis tempat lain tp pergi ppv tu dah tutup lak
ReplyDeleteBiasanya ianya akan dikemaskini dalam masa 2 ke 3 hari tapi disebabkan ppv banyak dah ditutup, jadi mungkin ianya mengambil masa 1 minggu, agaknya lah.. semoga semua urusan akak dipermudahkan...
ReplyDeleteTerima kasih untuk pencerahan.
Deletealhamdulilah dah settle kan. tunggu je lah nnt ye..
ReplyDeletesalam maulidur rasul..
ReplyDeleteHarap dipermudahkan urusan akak.. dlm masa 14 hari dh dikemaskini kalau tak silap
ReplyDeleteAmin. Terima kasih ya.
DeleteAlhamdulillah . Semoga dipermudahkan segala urusan
ReplyDeleteKdg2 mmg boleh JD gitu sebab manual
ReplyDelete