بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Banyak betul produk/perisa baru yang diperkenalkan oleh Gardenia. Persoalannya sejauh mana kita hendak cuba perisa baru tersebut.
Saya tertarik untuk mencuba perisa black forest apabila ternampak iklan AdSense menari-nari di blog-blog saya lawati. Mata hanya tertancap pada bungkusan black forest. Perisa gandingan iaitu karamel masin tidak saya endahkan. Maka niat untuk mencari bermula.
Bertambah semangat apabila membaca blog mamapipie. Dia sudah mencubanya dan dia kata sedap.
Beberapa kali percubaan mencari tidak jumpa termasuk di Mydin MITC. Terpaksa minta tolong abah cari semasa beli suratkhabar. Siap tunjukkan iklan pada abah dan abah ambil gambar. Apalah dia tahu apa yang hangat ketika ini. Cuma tahu berita hangat Gardenia akan naikkan harga produk. Itu sahaja.
Pencarian oleh abah tidak berjaya. Saya tidak menaruh harapan lagi untuk dapat kerana anggap barang tersebut cepat habis.
Tiba-tiba petang semalam saya menjerit kegembiraan nampak bungkusan roti perisa Black Forest atas meja dapur. Bukan satu tapi 3 bungkus! Oh! Abah dan emak pun hendak rasa roti baru tersebut.
Pandangan pertama pada bungkusan. Kemewahan warna ungu memang menggamit untuk belek dan mencuba. Ilustrasi kek black forest dihias ceri sangat menarik. Pengiklanan yang berjaya. Harga sebungkus: RM1.50.
Tidak sabar hendak makan. Bahagian dalam terdapat krim berwarna putih dan sedikit ungu dan kismis.
Rasa sedap. Boleh tahan. Rasa anggur yang kuat. Roti pula seakan roti coklat. Ok puas hati dapat rasa.
Adakah saya akan beli lagi? Ya.
Jumpa lagi.
wahhhh dana tak jumpa lagi kak... dana tengok di you tube isaac osman macam sedap je yang baru tu... nak kene cuba jugak nih...
ReplyDeleteBelum cuba lagi...
ReplyDeleteKalau jumpa nak try beli juga :)
sedapppp
ReplyDeleteMenarik ni! Saya suka kombinasi rasa blackforest. Nanti nak carilah
ReplyDeleteBelum cuba lagi
ReplyDeletekalau sedap mesti rasa nak beli lagi, kan?
ReplyDeletememang susah cari roti ni di pasaran. asyik habis aje
ReplyDeleteSusah nk jumpa dan harga roti gardenia mencanak naik
ReplyDeletebaharu saya perasan tulisam lebih panjang dari biasa..
ReplyDeletesaya memang suka jenama ini..
cuma jarang ada kesempatan untuk membeli
ada salted caramel je kat 7e. black forest tak ada huhu
ReplyDeleteBolehlah cuba try cari nanti
ReplyDeleteRindu Gardenia Sambal Ikan Bilis.
ReplyDeleteNampaknya esok nak kena beli roti (tapi bukan Gardenia lah.. hihi, kat sini tak de) bubuh sendiri sambal.
tak jumpa lagi ni...
ReplyDeletetp nnt bole cari juga :)
salam singgah
ReplyDeletesaya dah follow
jemput singgah nanti ke blog saya ye
kalau jumpa, mau saya beli jugak ni. Tapi tak nampak bayang pulak.
ReplyDeletewahh siap keratan rentas khatulistiwa tuhh.. nyum2
ReplyDeleteKurang minat sikit kalau kismis dicampur di dalam roti atau nasi minyak tapi kalau berasingan, suka aje..huhuuu
ReplyDeleteWah ada roti baru lagi. Bolehlah cuba. Kalau sedap mesti viral. Bila viral mesti cepat habis. Kalau jumpa kena beli cepat cepat ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki, anak beranak nak rasa, Nampak sedap, nak cuba la jugak..
ReplyDeletebelum cuba...dah lama x makan kek black forest..
ReplyDeleteterbayang sedap kak..aku sangat suka roti dengan krim melimpah apalagi ada kismisnyadan warna ungu itu kira kira apa ya kak
ReplyDeleteKena cuba jugak ni nanti.
ReplyDeleteMacam macam perisa dah roti sekarang ni. Bestkan, banyak pilihan
ReplyDeletedi kelate ni lambat sampai produk2 yg baru keluar. kena tunggu sikit. harap berkenan di hati nanti bila dicuba...
ReplyDeleteNak jugaklah beli.
ReplyDeleteBelum berkesempatan untuk cuba. Tak jumpa lagi kat area sini.
ReplyDeleteSinggah sini ye 😊
Belum pernah cuba lagi..
ReplyDeleteAini tahu ada 2 yang baru.. Satu black forest lagi satu tak silap yang ada Caramel
Belum pernah merasa lagi.
ReplyDeleteRoti Pandan kelapa pun baharu je Mrs. A dapat rasa muahahhaaa
Lum lagi
ReplyDeleteSedap kan. Kite suka
ReplyDelete