Thursday, January 20, 2022

Bungkusan Dari Lahad Datu, Sabah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hampir ke pukul 11 pagi semalam, ada bunyi motor tiba depan rumah. Belum sampai ke pemandu, emak terlebih dahulu ambil. Nampak tulisan Gdex. Agak mesti Puan Amie yang poskan. Hehe tapi peliklah masa saya tengok status masih di LD semasa cuti Thaipusam jadi saya agak lewat dapat. Tidak sangka cepat juga sampainya.

Hari ini baru berkesempatan buka. Kemas cara Puan Amie bungkus. Mula-mula nampak bungkusan kelabu. Beg kanvas nipis bertulis Stanton Hotel.

Bungkusan Kelabu


Buka lagi, ada 2 beg plastik. Bungkusan pertama mengandungi:
  • Buku 'Kembara Hikmah'
  • Beg Duit Kulit Lembu Bentuk Ikan
  • Rantai Kunci Kota Kinabalu
  • Kerongsang

Bungkusan ke-2 mengandungi:
  • Kain Batik Corak Asli Borneo
Puan Amie tahu saya suka hijau.

Ikut Jam: Rantai Kunci, Buku 'Kembara Hikmah', Kerongsang, Beg Duit Kulit Lembu Bentuk Ikan Dan Kain Batik


Hadiah sempena saya jadi antara 10 orang paling aktif komen pada tahun 2021.Haha suka saya. Semua unik.

Terima kasih Puan Amie.

33 comments:

  1. Tahniah NA!
    Comel purse duit syiling tu :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tahniah!! comel2 belaka hadiahnya..

    ReplyDelete
  3. Tahniah jugaaaa....sama- sama dapat hadiah kan...

    ReplyDelete
  4. kain batik tu nanti boleh pakai boria dgn SA...

    ReplyDelete
  5. Cepat sampainya tu.Wahh..banyaknya hadiah dari Kak Amie. Semuanya berseni. Suka gak dapat hadiah macam ni. Alhamdulillah..tahniah kak :)

    ReplyDelete
  6. Jauh betul tahun dia, tu... tahun 3021, hehehe.

    Saya pun dapat hijau.

    ReplyDelete
  7. typo tu 2021 patutnya. hehe. saya pun dapat. belum sempat buat entry.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..congrats dear. ramai yg update dpt hadiah dr kak Amie :-)

    ReplyDelete
  9. Tahniah mendapat rezeki yang cukup hebat..


    ada ralat dalam artikel : "pada tahun 3021"

    ReplyDelete
  10. wahh tahniah.. syu pon tgh menunggu ni. hehe

    ReplyDelete
  11. Syukur Alhamdulillah. Kiriman sampai dengan selamatnya.

    ReplyDelete
  12. Wah NA…dah boleh buat sudut khas koleksi hadiah dari rakan blogger ni. Macam-macam dapat. Tahniah 👏🏽

    ReplyDelete
  13. Wahhhh dana dah sampai jugak tapi belum buka... banyak betul isinya kak oi, memacam ada kan

    ReplyDelete
  14. tahniah diatas kejayaan menjadi pengomen tegar. keep it up!

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah NA rezeki sahabat maya kan.. :)

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah rezeki.
    Hadiah nun dari seberang lautan ya

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah. rezeki tak pernah salah alamat.

    ReplyDelete
  18. MashaAllah, Alhamdulillah rezeki, menarik semua hadiah-hadiahnya.. Tahniah NA. Moga bertambah rezeki buat pemberi dan penerima Aameen
    YRA.

    ReplyDelete
  19. selamat kak na...aku suka dengan dompet ikannya...nampak cute sangat ^^

    ReplyDelete
  20. Wah, meriah betul pemberian Kak Amie!
    Tahniah! Comellah beg ikan tu...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.