بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Tahun lepas memang langsung tiada pergi kenduri. Ini bagi sayalah tapi tahun ini dapat pergi ke kenduri pertama iaitu kenduri tahlil pada 1 Februari di rumah Uwan, Tampin. Perancangan memang saat akhir. Konon hendak buat pada bulan Mac tapi Uwan kata lambat sangat. Bayangkan bincang minggu akhir Januari. Waktu itu saya kalut dengan vaksin penggalak. Kata buat hujung minggu iaitu 12 Februari. Dalam fikiran, "oh tiada masalah lebih seminggu selepas vaksin." Tiba-tiba tukar pada 1 Februari (Selasa) yang memang Tahun Baru Cina-- 4 hari selepas ambil vaksin. Sebelum itu saya hendak kata syukur saya sihat lepas ambil vaksin. Cuma lenguh pada lengan hingga hari Ahad. Jadi memang boleh pergi dengan senang hati untuk kerahan tenaga. Kenduri buat secara potluck. Masing-masing suka hati hendak bawa makanan apa. Uwan suruh Makchek buat lauk masak lemak perut dengan rebung.
Datang awal ke rumah Uwan bawa lauk ayam masak kicap dengan lada hitam, sebiji tembikai dan sekotak limau mandarin. Khemah sudah didirikan bersama kerusi dan meja.
Bacaan tahlil untuk lelaki dan perempuan memang buat di luar di khemah. Senang ada pengudaraan. Lepas doa selamat boleh terus makan. Cuaca pun cerah dan terik. Alhamdulillah tiada risau hujan. Saya lupa ambil gambar ketika bacaan tahlil. Teringat ketika baca doa tapi telefon bimbit dalam beg tangan di rumah. Biasa jadi tuan rumah bersama, kita sibuk perkara lain. Lagipun makanan secara potluck jadi ada makanan belum sampai jadi memang tidak akan lengkap.
Lauk saya ambil di atas. Macam-macam lauk seperti ikan masak kicap, kari daging, pajeri terung, pecal dan lain-lain tapi ini yang saya ambil (seperti di atas) Baru perasan tiada ulam untuk kenduri kali ini. Masa hendak habiskan nasi, Mok cakap dia terlupa goreng ikan masin jeruk. Mok cakap lauk kurang masin. Lauk yang elok rasa masin lauk singgang ikan dengan keladi. Lepas habis makan saya tambah nasi dan ambil keladi untuk rasa. Laku lauk ini. Tinggal sedikit. Ramai yang datang.
Ini pula makanan kenduri kahwin tanggal 5 Februari di Cheng. Waktu ini cuaca mendung.
Ketika sampai tengahari ada tempat kosong. Waktu balik sudah ramai orang.
Praktikal betul cenderamata yang dapat.
Tidak sabar untuk pergi kenduri lagi.
Laaa kg NA kat tampin ke? Dkt belah ketapi tu ke or yg belah2 nak ke balai polis tu?
ReplyDeleteSedapnya makan kenduri, sedap dia lain macam. Sy bulan ni ada satu jemputan. Tak sabarrrrr.
ReplyDeletelama dah tak pergi kenduri. last handle kenduri waktu bulan 12. sepupu kawen
ReplyDeleteAlhamdulillah..cuaca baik utk dua2 event..
ReplyDeletesedapnya singgang ikan + keladi..masam2..
Alhamdulillah... Majlis berjalan dengan lancar🌹🌹memasing bawa lauk sendiri... Senang👍👍
ReplyDeleteMenarik door gift.
ReplyDeleteBleh ditiru ni.
Macam-macam bentuk doorgift sekarang ni. Kreatif betul tuan rumah sediakan.
ReplyDeleteBagus cenderamata sekarang ni, memang berguna.
ReplyDeleteSaya pulak masih belum pernah ke mana-mana kenduri sejak PKP 1.0, maklumlah dok nun jauh dari kawan dan sedara. Padahal ada 3 jemputan, tapi semua tak dapat hadir sebab jauh.
seronok kn dh boleh pegi kenduri.. sy 2 bln ni dh 2x pegi kenduri kawen.. hehehe
ReplyDeleteDah lama tak makan masak lemak perut... sedapnya :D
ReplyDeletekita lama tk p kduri..last pegi kduri sblum pkp mac 2020 dlu
ReplyDeleteAlhamdulillah majlis berjalan dengan lancar...
ReplyDeleteDah lama tak pergi kenduri... Baru2 ni ada kawan jemput kenduri dia, tapi tak dapat pergi sebab jauh...
Tahun lepas dan tahun ni belum pergi mana mana kenduri lagi. Bagus juga kenduri versi potluck. Boleh rasa macam macam makanan. Menarik door gift dapat sudu dan garfu. Boleh digunakan.
ReplyDeleteAda juga pergi kenduri, cuma belum terlibat jadi co host sejak musim covid ni
ReplyDeletemenu potluknya menggiurkan kak na...rebung dan ada ikan masin keladi huaaa...tampak ku ingin menikmatinya ^^
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki, sedap lauk-lauknya, singgang ikan dan keladi menyelerakan. Menarik doorgift sudu garfu
ReplyDeleteSelamat berkenduri na. Sedap lauk2 nya. Mmg suka souvenir jenis yg boleh pakai mcm ni
ReplyDeleteSemoga pengantin berbahagia sampai syurga Allah..Best tu kalau banyak lauknyaaa..Pulak tu lauk kampung yang sedap belaka...Kannn..
ReplyDeleteAlhamdulillah ye, done booster..hehe
sy paling suka kalau g kenduri kahwin ada teh tarik. rs mcm mewah sgt hehehe
ReplyDelete