بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
31 Januari. Berbuka puasa sedikit roti coklat dan air. Selepas solat Maghrib terus ke D'Tasik Tomyam di Taman Tasik Utama. Untuk makluman penyewanya baru dapat masuk ke Malaysia bulan Disember 2021. Apabila PKP 1.0 bermula, dia ingatkan sekejap jadi balik ke Thailand. Rupanya sempadan tutup hampir 2 tahun. Alhamdulillah sekarang perniagaan bersambung kembali.
Abah, emak dan adik sekeluarga makan nasi putih, tomyam dan lauk-pauk. Saya pula cuma nasi putih dan lauk paprik ayam. Saya tidak suka letak lauk banyak-banyak sangat sebab nanti rasa bercelaru. Ada ambil sleeping sotong goreng tepung. Ambil teh halia sebab perut kosong.
Alhamdulillah kenyang habis. Semoga tuan punya kedai dimurahkan rezeki kerana belanja percuma setiap bulan. Ada juga suruh berbuka pada bulan Ramadhan nanti. Rasanya tidak dapat makan di kedai kerana kejar Maghrib dan tarawih. Apapun rezeki jangan ditolak. Mungkin lepas habis tarawih. Kedainya pun tidak jauh dari Masjid Al-Alami MITC. Insya Allah.
Ok jumpa lagi. Sibuk pula agenda berjalan dan kenduri ketika cuti Tahun Baru Cina.
Sedap pula tengok lauk paprik tu.
ReplyDeletewah ingat makan busat CNY hehehe tp ok la ni pun kita makan busat untuk NA sekeluarga kan :)
ReplyDeletemesti sedap ni kerana tukang masaknya orang Thailand. kedai dekat dengan masjid senanglah jugak cuma itulah kan tak suka terkejar-kejar
ReplyDeletenampak sedap tu masakannya kak... dibelanja tu yang best tu
ReplyDeleteSedap dapat makan tomyam Thai. Sejak covid banyak kedai makan terkesan. Syukur bernyawa kembali kedainya. Dapatlah pelanggan tetap rasa makanan sedap sedap.
ReplyDeleteyang penting kenyang, kan? :)
ReplyDeletetomyam siam mmg sedappp.. 😅😅
ReplyDeleteWah..makan percuma.
ReplyDeleteMemang double sedap gitu..hehe
sedap lauk2 semua tu. antara menu wajib kalau pergi restoran thai.
ReplyDeleteseronok pulak bila bulan ramadan disebut2 hehe. harap2 dapat solat terawih di surau juga tahun ni. beberapa hari pon jadilah
abe kie jarang2 makan di luar. selesa makan di rumah bersama keluarga je.
ReplyDeletesedapppnya
ReplyDeleteBestnya dibelanja makan...sedap berganda seiring dengan rasa syukur.
ReplyDeleteAlhamdulillah..dapat kembali berniaga semula..suka Thai foods..
ReplyDeleteAlhamdulillahhh.. kenyang sudahhh..
ReplyDeleteALHAMDULILLAHHH.. Penyewa tu dapat kembali ke sini.. Lama behtolss ek
alhamdulilah...murah rezeki awak
ReplyDeleteMashaAllah restoran kenduri setiap bulan. Alhamdulillah rezeki. Suka paprik jugak, sedap.
ReplyDeleteMakan besar juga ke na hihii
ReplyDelete