Tuesday, February 15, 2022

Mee Udang Banjir K.S.

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selasa dan Rabu minggu lepas, emak dan abah turun ke Selangor. Seperti biasa saya kena jaga ikan dalam kolam di rumah.

Jadi balik hampir Maghrib, emak bawa mee udang banjir untuk saya. Rupanya mereka ada singgah Sungai Besar untuk tengok kebun dan lalu Kuala Selangor jadi mereka mencuba mee udang banjir K.S.

Mee Udang Banjir K.S.

 

Kuah dan mi diasingkan. Apabila buka penutup bekas. Ada 3 ekor udang. Rupanya emak dan abah tidak habis makan udang jadi letak dalam bekas makanan. Emak cerita dia dapat 5, abah pula dapat 4. Saya punya sebenarnya dalam bekas plastik kuah. Saya punya ada 5 ekor tapi 3 ekor saya beri kucing. Apapun sebelum makan saya akan kopek udang dan buang bahagian urat belakang. Saya keluarkan separuh mi, 3 ekor udang, suku telur dan separuh kuah.

3 Ekor Dalam Bekas


Terkial-kial saya hendak habiskan. Kurang memenuhi citarasa saya sebab tidak pedas. Rasa manis dan masam. Masin memang tiada rasa. Emak tanya macam mana rasa. Saya cakap kena ambil masa untuk habiskan separuh. Seksa. Nasib baik bawa balik kalau makan kedai mungkin suruh tapau yang tidak habis.  Emak pun cakap tidak memenuhi citarasa. Rasa sos tomato yang dicairkan dengan air. 

Separuh yang belum makan simpan dalam peti sejuk. Mungkin makan esok.

Esoknya dapat idea dengan ubah rasa kuah. Saya letak biji cili (chili flakes) daripada peket Domino dan serbuk lada hitam, serbuk kari dalam peket Maggi mi segera. Pedas sangat pula. Haha tapi habis makan dengan cepat. Tiada rasa muak.

Ada lagi suku buat esok lagi untuk makan petang. Kurangkan biji cili, tidak letak serbuk lada hitam dan kurangkan kuantiti serbuk kari Maggi mi segera. Kali ini semua seimbang, tiada yang terlebih pedas. Habis juga. Alhamdulillah.

Sekarang sudah tahu rasa mee udang banjir K.S. bagaimana. Rasanya tidak akan cuba lagi.

45 comments:

  1. banyaknya udang dia.
    tp kalau kuah tak sedap, tak best jgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kuah yang penting sebab itu ubah rasa kuah ikut citarasa. Hehe.

      Delete
  2. Peniaga makanan perlu ada inisiatif dari semasa ke semasauntuk jaga kualiti makanan yang dijual.

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba mee udang kak ros Bukit Rambai ✌️

    ReplyDelete
  4. udang nampak besar..
    manis kuah udang eh...
    klu kurang pedas memang mcm potong stim sungguh ehehhe

    ReplyDelete
  5. Mungkin lebih sedap kalau makan terus di kedai. Saya makan di Tanjung Karang dulu sedap jugak

    ReplyDelete
  6. mee udang kuala.sepetang ker
    yg femes tu.
    biasa situ sedapp

    ReplyDelete
  7. Oh salah☺️ ingat kat perak mee udang kuala sepetang memang femes. Dan byk gerai kwsn situ.

    ReplyDelete
  8. dah improvise, baru sedap rasanya..pernah makan mee banjir udang KS, sedap jg..mungkin kedai lain kot..

    ReplyDelete
  9. Bagus NA kreatif juga nak habiskan mee tu dan elakkan pembaziran.
    Eh, kucing NA makan udang ye?

    ReplyDelete
  10. Banyak jugak udangnya. Tapi kalau nak Mee udang best dekat taiping. Cuma kena pandai cari kedai. Kat sana banyak sangat kedai, sampai xtau nak masuk yang mana 1 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya tidak tahu rasa mi udang bagaimana.

      Delete
  11. Bagus la NA ni, kreatif olah. Tak terus buang bila tak boleh dimakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena Bebel dengan emak. Masa kecil selalu dengar kata nanti makanan menangis. Jadi diajar untuk makan sampai habis.

      Delete
  12. Buat sendiri lagi puas makan,kalau beli mahal sedap tak pa jugak,ni dah la mahal tak sedap pulak,saya pun malas masak,tapi kalau dapat yg kuahnya kah sos tu memamg tak puas hati kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe buat pun malas.
      Entah mungkin rasanya kuah sos agaknya.

      Delete
  13. Bunyi nampak sedap.
    I pun mcm tu bila mkn udang yg tak dipotong belakang mesti akan kopek sampai terbelah sebelum masuk mulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe sudah ikut cara omputih pula. Tapi kadang-kadang malas buang. Ini sebab udang besar.

      Delete
  14. rezeki awak memang bagus...

    sentiasa ada..

    alhamdulillah

    sedap tu kalau mee kurang pedas

    ReplyDelete
  15. itulah masalahnya bila beli makanan di kedai...x memenuhi citarasa kita. rasanya tukang masak ni tidak memasak dari hati!

    ReplyDelete
  16. Banyak jugak dia letak udang dalam kuah. Tak syok makan tak pedas ni. Kalau pedas memang laju makan. Dah diolah olah akhirnya habis jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah boleh tahan banyak udang.
      Nasib baik boleh olah.

      Delete
  17. Tarikannya mungkin pada udang yang besar-besar tu.

    Jujur betul komen NA ni tidak akan cuba lagi hehehee...

    ReplyDelete
  18. besar udangnya tu kali terakhi makan rasanya 6 tahun dulu kot lama kan

    ReplyDelete
  19. pernah mkn mee udang banjir masa outstation kuala selangor dlu..yummyyy

    ReplyDelete
  20. banyak betul udang dia. baca pun dah rasa sesak nak habis kan.hihi

    ReplyDelete
  21. Ooo..nampak sedap, rupanya rasa yang kurang memuaskan ek..aduiii

    ReplyDelete
  22. Mujurlah NA rajin olah semula kuah tu kan. Memang kalau tak pedas, tak berapa kick heheheh

    ReplyDelete
  23. tak berani ak makan rakut gatal idung hihi

    ReplyDelete
  24. Mee udang kalau tak pedas, rasa kuah hanyir, pandai sis NA olahkan, teringat pula chili flakes domino yang disimpan, bole guna kan.

    ReplyDelete
  25. walaupun tak rasa, tp sy faham perasaan tu... sbb byk kali terkena mcm ni... sedih pun ada

    ReplyDelete
  26. Kalau tak pedas mesti tak rasa sedap

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.