Thursday, March 24, 2022

Bungkus Macam Burger

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Isnin selepas Asar turun bawah ke dapur tengok ada bungkusan seperti burger. Dalam hati berkata hari ini nampaknya buka burger. 

Bungkusan Seperti Burger



Namun ternampak kertas coklat yang telah dibuka tidak jauh daripadanya ada nasi, ayam goreng beberapa hiris sayur kobis. Tengok plastik ada tertulis Ayam Gepuk Pak Gembus. 



Sebelumnya memang ada pasang niat untuk cuba. Outlet yang baru juga dibuka terletak berhampiran Mydin Mall Ayer Keroh.

Apabila buka bungkusan seperti burger jangkaan saya ada ayam goreng dalam itu rupanya nasi putih. Manakala ayam goreng, hirisan kobis dalam bungkusan kertas coklat.

P.S: Saya tidak pasti outlet berhampiran Mydin Mall ini adalah asli ke tidak sebab google tiada pula tersenarai sebagai salah satu cawangan Ayam Gepuk Pak Gembus. Lagipun pelik tiada tempe dan tauhu. Sambal diberi biasa-biasa dan diberi tiub kecil kicap manis. Pelik.

22 comments:

  1. Betul juga, kenapa tak ada benda2 tu ya

    ReplyDelete
  2. A ah, bungkus macam burger ek, tapi jarang burger ikat dengan getah, hihi. Rupanya nasi ya. Lapar pulak kita baca entry ni.

    ReplyDelete
  3. bungkusan dah macam berger sekali bukan ye..

    ReplyDelete
  4. ingatkan burger jugak... selalunya kalau bungkus nasik guna kertas coklat tu

    ReplyDelete
  5. Dah amcam nasi kfc dah bungkusannya.. Saya pernah makan dekat seksyen 13 shah alam. Pedasnya tak boleh bawak bincang. Tapi bahan semua cukup.

    ReplyDelete
  6. cedok resepi pak gembus kot..tapi tukau le nama lain pulak

    ReplyDelete
  7. pernah makan ayam gepuk pak gembus ni. kobis nya digoreng hangit. terus tak beli dah

    ReplyDelete
  8. mungkin nama je akan-akan, kadang banyak yang tiru kak... tapi bila rasa lain sangat dengan yang original

    ReplyDelete
  9. Iyalah kalau tak bagi tahu Mrs. A ingatkan itu burger.

    Biasa makan di kedai aje ayam gepuk pak gembus ni tak pernah tapau so tak tahu cara bungkus dia bagaimana.

    ReplyDelete
  10. Laa.. MCM tangkap must aje diorg tu .

    ReplyDelete
  11. ada jg mcm ni...guna plastik burger bubuh nasi..

    pernah makan nasi gepuk ni..sambalnya ada 2 -3 level..

    ReplyDelete
  12. Belum pernah mencuba lagi Ayam Gepuk Pak Gembus.

    ReplyDelete
  13. Dari bungkusan saya jangkakan yang asli. Mungkin tak sempat update cawangan baru kot outlet baru bukak. Tak pernah lagi makan nasi ayam gepuk pak gembus. Tak complete tak ada tempe dan tauhu. Nasi Ayam Gepuk Pak Gambus tipu tipu ke camne.

    ReplyDelete
  14. Hai, NA. :)
    Saya pernah makan di kedai saja, ayam gepuk pak gembus ni. Tak tahu dia kalau bungkus, macamana packaging. Kalau makan, sampai berair hidung, sambal terangkat. Hehe.

    ReplyDelete
  15. di tempat aku banyak outlet ayam pak gembus kak na...sambelnya pedes ayamnya sedap...ayam gepuk. Aku kalau liat nasi dibungkus timbil liurku hihi

    ReplyDelete
  16. tak pernah lagi makan..rasa okay tak?sambal klo kick lagi best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa rasanya. Entahlah kena pilih sendiri sambalnya. Ini abah yang beli.

      Delete
  17. Bagusnya satu, kerana tak gunakan plastik..

    ReplyDelete
  18. rasanya jarang burger diikat getah. kecuali utk tandakan sesuatu. tp laa ni penjual burger tanda dgn marker je hehehe

    ReplyDelete
  19. Tak original tu. Kalau ori bungkusan lain. Hehehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.