بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Maaf dipinta. 3 minggu menghilang. Telefon khusus untuk tulis blog bermasalah tidak boleh dihidupkan pada minggu terakhir Ramadan jadi terpaksa hantar ke bengkel. Hantar pun lewat iaitu 4 hari sebelum Syawal (Khamis). Hari ini baru ambil telefon semula. Terbang RM70 untuk gantikan ic.
Terima kejutan tidak disangka iaitu kad raya daripada Shida Radzuan ketika menyepi.
Rindu untuk tinggalkan komen pada blog yang dilawati.
Sesuai masa ini sebab tidak sibuk.
Minggu pertama Syawal memang sibuk beraya. Lepas itu keluarga saya buat rumah berbuka pada Sabtu minggu pertama Syawal.
Lepas itu minggu ke-2 Syawal macam keadaan kurang memberangsangkan sebab adik ipar kena Covid lepas itu adik dan anak-anaknya kena. Risau mereka hendak balik ke luar negara Sabtu lepas. Jadi mereka kuarantin diri daripada kami. Pertama kali saya buat ujian RTK sebab kontak rapat. Alhamdulillah kami negatif tapi itulah saya tidak sihat. Gusi kanan dan tekak sakit. Uji lagi hari ke-3 alhamdulillah masih negatif. Hikmahnya tidak makan banyak dan saya buat puasa ganti. Apabila puasa sakit itu tidak mengganggu sangat.
Minggu ke-3 pula sambung puasa sunat. Saya buat asing puasa wajib dan sunat. Ketika puasa tidak minum kopi susu. Saya agak itu penyebabnya selain saya rasa sebab banyak mengunyah dan makan makanan pedas ketika minggu pertama Syawal. Hehe. Alhamdulillah ok sudah gusi dan tekak.
Maaf tiada gambar. Nanti saya lawat blog perlahan-lahan ya. Hehe betul-betul rehat tulis dan komen blog orang.
Jumpa lagi.
P.S: Harap tiada lagi masalah telefon ini. Amin.
Selamat Hari Raya NA.... semoga kesihatan NA dah bertambah baik :)
ReplyDeleteSelamat hari raya NA... take care, jaga diri ye
ReplyDeleteSalam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin... Cepat sembuh dan sihat seperti biasa ye..
ReplyDeleteSelamat hari raya NA, maaf zahir & batin...jaga makan, jaga kesihatan.. selamat berpuasa..
ReplyDeleteselamat hari raya, semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik lepas ini.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya NA...
ReplyDeleteTake care..
Patutlah lama NA menyepi.
ReplyDeleteRajin buat asing puasa tu.
Ooo, patut lama tak nampak NA.
ReplyDeleteSelamat hari raya, maaf zahir batin ye.
Bagusnya, puasa asing yang sunat dan wajib.
Sy baru berkira-kira nak 'seru' nama NA di blog, sbb dah lama tak dengar khabar berita :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, semuanya kembali sihat & baik ye.
Selamat Hari Raya buat NA sekeluarga.
salam aidilfitri..smoga cpt baik smuanya...
ReplyDeleteSelamat hari raya
ReplyDeleteMaaf zahir dan batin
Semoga tabah menghadapi hidup ini dan didoakan untuk sentiasa siha selalu
ReplyDeleteberehat betul tu. jaga makan Insha Allah badan kembali sihat. bagusnya asingkan wajib dan sunat
ReplyDeleteselamat hari raya!!!
ReplyDeleteSamalah kita sibuk. Sejak raya dan lepas raya memang sibuk bagai tak ada hari esok. Dah habis raya nak masuk raya haji baru sempat singgah sini.
ReplyDeleteSelamat hari raya Aidilfitri dan Aidiladha beberapa hari lagi :)
Terima kasih NA untuk entri kad raya dari saya. Moga NA dalam keadaan yang lebih ceria, sihat sejahtera :)
ReplyDelete