Monday, June 6, 2022

Papada PA 800

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tidak boleh tidur pula sejak pukul 2 pagi. Penat semalam. Mungkin sebab makan kenduri kahwin masa malam. Meriah buat malam, ramai juga orang.

Ahad 5 Jun penuh suka duka. Kena langgar dan sebelum itu singgah Mydin Pulau Sebang beli headphones jenama Papada. Sebenarnya hendak beli mikrofon untuk telefon bimbit untuk dengar radio. Sini kadang-kadang susah dengar azan sebab masjid jauh lepas itu bunyi pembinaan rumah yang bingit.

Papada PA 800 Metal Bass Warna Coklat



Rupanya mikrofon itu ada dalam headphones berwayar. Haha rasa lawak. Selama ini pakai headphones yang tiada wayar (wireless) jadi apabila buka radio pada telefon bimbit selalu kata pasang mikrofon. Asalnya aya bayangkan mikrofon yang boleh cakap, pasang di komputer. Rupanya bukan.

Apapun nasib baik penjual itu terangkan kalau hendak dengar radio pada telefon bimbit guna headphones berwayar. Ragu-ragu tapi beli juga. Nasib baik boleh dengar. Kiranya jenis ini ada mikrofon dalam headphones.

Harga RM20. Pilih yang bermagnet dan penyumbat yang lembut. 

Bolehlah guna untuk dengar azan Maghrib.

19 comments:

  1. Jarang guna headphone sbb sini masjid dan surau dekat memang mudah dgr azan,biasa kalau nk dgr radio guna radio online je xperlu headphone... kete akak kene langgar tu mcmne? Hrp takde yg cedera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruk juga sebab laju orang yang langgar belakang. Belakang dan depan teruk juga.
      Alhamdulillah tidak tercedera tapi terkejut juga macam cepat.

      Delete
  2. Allah…mujur NA baik2 aje, boleh trauma kan kalau terlibat accident ni.

    Saya pasang apps waktu solat kat hp, boleh set nak azan atau sekadar takbir. Mudahlah bila saya ke mana-mana apps tu auto tukar location.

    ReplyDelete
  3. Allahu, moga baik-baik saja semuanya NA 🤲

    Alhamdulillah, kami dapat dengar Azan dgn jelas, bersahut-sahutan dari surau-surau di kejiranan kami.

    ReplyDelete
  4. Sini surau memang jauh, dengar azan dekat tv

    ReplyDelete
  5. Saya nak tahu waktu solat, guna app. Tapi boleh je dengor azan dari rumah.
    Mesti terkejut giler kot, orang langgar kereta kita dari belakang. Alhamdulillah, NA dan keluarga tak apa-apa.
    Biasa headphone skrang, ada mic sekali. Lubang kecil je. Dah lama ada, sejak zaman pkp, sebab dulu saya beli untuk karaoke dengan kakak di Smule. :D
    Kalau dengar radio, guna headphone berwayar sebab wayar jadi antenna. Kena la adjust-adjust sepit wayar headphone tu tinggi-tinggi nak bagi siaran jelas, kat rumah saya ni la.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, cik NA tidak mengalami apa apa kecederaan, sekarang ni. Banyak kes, seram plak, kita yang jenis berhemah dan berhati hati tapi tu lar pemandu yang lain pulak...

    ReplyDelete
  7. tak banyak handphone boleh dengar radio. kalau handphone baru nak dengar radio kena install aps

    ReplyDelete
  8. kalau nak dengar azan...pasang app di HP..nanti cukup waktu ada la berbunyi hehee

    ReplyDelete
  9. teringat fon jenama nokia dulu memang boleh dengar radi

    ReplyDelete
  10. umah abam kie plak surau cuma 100m je. Dengar dgn lantang azan n ustaz dtg beri kuliah...syukur kpd Allah....

    ReplyDelete
  11. Dari dulu cikniur x suka.earphone he hee rasa terumbat telinga
    tp.ank2 muda cam ank2 ciknur aduhaii x blh la.xda kat telinga


    ReplyDelete
  12. Accident.. mujur takda apa yg serious ya.. Wah.. headphone baru.. tak pernah dgr brand ni.. Siap bermagnet eh.. huhu

    ReplyDelete
  13. W'salam NA,
    LZ pun ada masalah bila beli accessories gadget, kadangkala terkeliru juga..

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah..tiada yg serius dlm accident..semoga gadget ok..

    ReplyDelete
  15. Haah na.. m.zaman dulu Kan. Earphone berwayar Tu fungsi MCM erial jugak la

    ReplyDelete
  16. Sekarang pun dah ada app radio. Kalau ada lebih data Internet, boleh guna app tu.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.