Monday, July 4, 2022

Terima Sampel Daripada Sproutme

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tiada perkhabaran, tiba-tiba ada orang bunyikan hon depan rumah. Terima bungkusan. Tidak pasti siapa beri.

Rupanya pihak Sproutme yang beri sampel. Ada terima emel daripada pihak mereka 9 hari lalu tentang produk sampel yang ingin ditawarkan untuk dicuba. 

Sampel-Sampel Yang Dapat



Saya cuma minta 2 iaitu sampel cecair pencuci pinggan  Solve dan pelembut fabrik Royale. Tidak sangka dapat juga sampel Laksa Pedas Singapara Mi Sedaap. Sampelnya bukan satu bungkus tapi satu pek besar dengan 5 bungkus. Bukan sampel macam suruh makan puas-puas sahaja. Hehe.

Nanti hendak cuba semua. Kalau bagus boleh beli tapi Laksa Pedas Singapura ini tidak pasti ikut selera. Kalau pedas menyengat dan sedap hingga termimpi-mimpi boleh beli.

Untuk pengetahuan semua, pertama kali saya terima sampel daripada Sproutme. Sebelum ini Sproutme ada tawarkan makanan anjing jadi tiadalah hendak sampel tersebut. Lepas itu ada teh, saya mohon tapi macam tidak berjaya. Ini tidak sangka dapat. Alhamdulillah.

28 comments:

  1. wah menarik ni untuk dicuba...alhamdulillah rezeki..nanti review mee sedap singapura tu ye

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, rezeki..selamat mencuba semuanya..

    ReplyDelete
  3. wah...awak semakin murah rezeki sekarang ...alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. wah rezeki la tu kali ni dpr sampel bukan satu bukan 2, sekali 5 bungkus pek megi tu hahhaa! Tahniah.. lepas ni bole cuba sampel lain plak kan

    ReplyDelete
  5. bestnya... mintak sampel tu mcm mana NA? sorilah takut sy terlepas plak entri psl sproutme ni sblm ni

    ReplyDelete
  6. roduk baru agaknya laksa singapura tu, jadi bagi sebagai marketin dan nak tahu feedback. nanti share review ya

    ReplyDelete
  7. Jenama Mi Sedap ni biasanya memang sedap minya.
    Dia kasi lebih kot makan sebungkus tak rasa sedap, makan seterusnya baru sedap 🤭

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, tahniah kak.. Saya pun dah lama tak dapat sample sebegitu.. hihi, kekangan masa untuk buat semua tue..

    ReplyDelete
  9. WAHHhh best tu kak... mee sedap tu menggoda

    ReplyDelete
  10. Huntung lah NA. kalau bg sepack nnt mcm kede je kan.

    ReplyDelete
  11. First time dengar Sproutme ni. Banyak jugak dapat sample tu. Okaylah dapat cuba. Mana yang best pasni boleh continue membeli :)

    ReplyDelete
  12. mi sedaap laksa singapore enak kak na....kuahnya santan gurih dan little bit spicy...dimakan pas hujan hujan yummy bikin perut hangat

    ReplyDelete
  13. tahniah kerana buleh mencuba produk2 baharu di pasaran...

    ReplyDelete
  14. Terus bagi pek besarya nak mencuba tu haha

    ReplyDelete
  15. salam aidiladha....moga tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya

    ReplyDelete
  16. best sgt dpt try produk baru.
    cuba rasa. sedap, boleh beli, kan :)

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah rezeki. Sampel tapi terlebih sudah hehehee

    ReplyDelete
  18. Nanti lepas cuba, boleh bagi review ye, NA. Hehe.. Nak juga tahu sedap ke idok laksa singapore.

    ReplyDelete
  19. Kakaaak, saya saja tak pernah dapet mie sedap laksa Singapura, karena susaaaaah sekali nemuinnya... Stock selalu kosong di banyak tempat 🤣. Ntah karena terlalu enak, atau mereka hanya produksi sedikit 😄😄. Jadi sampai sekarang masih penasaran nak Cuba

    ReplyDelete
  20. singgah juga sini. Wah, macam sedap je laksa singapore tu

    ReplyDelete
  21. Wow.. Menarik!!!! Camana nak dapatkannya tu.. Nak gakkk. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sampel yang saya dapat sudah habis diberi. Ada tempoh hari untuk dapat kan.
      Kalau hendak sampel akan diberi tahu melalui emel. Nanti ia beritahu produk apa yang ingin diberi cuba.
      Boleh daftar di laman sesawang sproutme.my

      Delete
  22. Wow best nindpt sample MCM ni. Kalau produk bagus boleh Beli nx time

    ReplyDelete
  23. rezeki..rezeki..sample dapat pek saiz biasa..dh dpat, cuba je..nanti review juga sedap tak yang mie sedap laksa Singapura tu..

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.