بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Saya baru perasan kewujudan aiskrim Snickers ini padahal sudah lama beraya di pasaran.
Terperasan ada peti ais dengan gambar Snickers dan Mars di luar tempat pembayaran stesen minyak Petronas MITC. Akhirnya tergerak beli. Ada 2 jenis aiskrim Snickers rupanya. Satu harga RM4.50 dan satu lagi tidak silap RM5.50 atau RM6.50. Saya pilih yang pertama seberat 66 gram. Pembungkusan luaran memang sama dengan Snickers asal. Adakah sama rasanya?
Potong untuk lihat keratan rentas di dalamnya. Lapisannya lebih kurang seperti asal tapi bahagian bawah sekali (warna coklat muda) itu aiskrim. Bahagian atas ialah kacang yang dipanggang bersama karamel. Perasan tiada warna putih yang mewakili nougat. Apapun makan versi sejuk ini tidak mempengaruhi ketiadaan nougat. Ia sangat sedap. Sama sahaja makan yang asal. Aiskrimnya menyokong kekosongan perasan nougat.
Rasanya saya akan beli lagi tapi sebelum itu saya ingin cuba pilihan ke- yang harga RM5.50/RM6.50. Tiada kekesalan selepas makan. Snickers adalah snek coklat yang saya suka sekali. Satu masa dahulu ketika sekolah menengah (Tingkatan 3-5) saya selalu beli ketika berjalan di tengah bandar. Ia sangat memberi kepuasan.
Ia mengembalikan memori. Sekarang tidak boleh tiru makan berdiri sebab tidak elok. Makan kena duduk.
P.S: Korang ada snek yang menggamit memori?
Oh ya, Snickers ni dulu mmg coklat kegemaran saya, berbanding dgn coklat Mars tanpa kacang. Baru tau ada aiskrim Snickers, boleh la cari kalau singgah di stesen Petronas.
ReplyDeleteAiskrim ni cheq tak cuba lagi, sebab tak jumpa lagi kat kedai 😂
ReplyDeleteSnek yang menggamit memori silam cheq pula ialah coklat Cloud 9 😆
Ehhh, ada ye.. saya egtkan coklat je diletakkan dalam tmpt aiskrim. ahhahaaa.. Ok, nanti leh try... aiskrim memori semestinya aiskrim Malaysiaa.. yg rm0.20 harganya duluuu 😅
ReplyDeletecuma agak manis sikit bagi AD la..lepas makan terus cari air kosong. hehe
ReplyDeletesy suka coklatnya, eskrimnya belum dicuba lagi.
ReplyDeleteTak pernah jumpa lagi ni kak oi, kalau sneakers biasa dah sdp aiskrimnya apatah lg
ReplyDeletembul suka sangat dengan nougat kak....biar lengket tapi manis sweet...baru tahu ini ada aiskrimnya...mbul cuma pernah icip yang coklatnya aja...yummy ^^
ReplyDeleteJajan kesukaan ank bujang snicker, wah ada aiskrim nya pula ya.
ReplyDeleteManis sangat tak? Kalau coklat snicker tu, tak suka sebab manis sangat huhuhu
ReplyDeleteManis jugalah tapi tidak manis sangat. Hehe toleransi manis mungkin berbeza.
DeleteOoh..ada versi eskrim jugak. Baru tau.
ReplyDeleteCoklat snickers saya kurang suka sebab manis sangat jadi macam sakit gigi.
dulu2 suka..snickers, mars..belum cuba aiskrim ni..
ReplyDeletesaya pun baru tau kewujudan aiskrim ni. snek menggamit memori..biskut yang ada 'aiskrim' atas tu. teringat arwah nenek suka belikan
ReplyDeletecoklat snickers mmg fav..tp yg aiskrim blum cuba lg
ReplyDeletechoc bar snickers sedap dan manis tp aiskrim belum cuba
ReplyDeleteKak Na, ini memang sedaaaap aiskrimnya. Saya trakhir ke Malaysia, trus di KLIA shopping kan, ada aneka aiskrim yg dibuat dari beberapa coklat fav. Ya ampuuuun saya dan suami sampai beli beberapa kali, hanya utk mencoba rasa2nya. Ada rasa Toblerone, kinder and many more lah. Sukaaa semua 😄. Tiap transit di KLIA saya pasti beli
ReplyDeleteMacam limited je aiskrim snickers ni . Lepas baca post NA baru tahu snickers pun ada keluarkan aiskrim ..
ReplyDeleteKat sini rasanya tak pernah nampak.. Kesukan juga sneakers ini..
ReplyDeleteSaya pun baru tahu kewujudan aiskrim snickers ni kak. Nanti nak carilah juga. Snek kegemaran menggamit memori ada banyak :)
ReplyDeletedulu suka sgt sotong kering yg manis tu. dulu2 punya tebal. sekarang nipis melayangggg
ReplyDeletewahh nak kena cuba nti ni! snack kegemaran sy dulu2 keropok tikam hehe
ReplyDelete