Monday, September 19, 2022

Hadiri Kenduri Kahwin Di Lunas Kedah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah hasrat tercapai untuk makan kenduri di Kedah.

Hari Jumaat 16 September kami ke Rawang lepas solat Jumaat untuk tidur di rumah adik. Jalan alhamdulillah dari Melaka lancar tapi tengok arah ke Melaka macam sesak sedikit.

Lepas Subuh, Sabtu 17 September ke Lubuk Pusing, Bagan Terap, Sungai Besar dahulu sebab abah hendak pasang besi pada kebun pisang. Tidak lama pun dalam 30 minit lebih.

Pisang Masih Kecil



Kemudian ke masjid seketika sebelum bertolak ke Kedah dalam 9 pagi lebih.

Kami guna lebuhraya baru iaitu Lebuhraya Persisir Pantai Barat ikut Persimpangan Teluk Intan tapi tidak siap sepenuhnya lebuhraya lagi. Kemudian lalu jalan dalam sampai ke Ipoh baru masuk semula ke Lebuhraya Utara-Selatan hingga sampai Persimpangan Kulim.

Persimpangan Teluk Intan



Hampir pukul 1 juga sampai di Lunas. Alhamdulillah hasrat tercapai makan gulai umbut/batang pisang bersama daging dan pekasam. Ini makanan saya ambil. Tamak punya pasal banyak lauk saya ambil tapi habis makan. Hehe keinginan tercapai tapi tidak dapat rasa laksa, cendol sebab kenyang.

Nasi Putih+ Nasi Minyak+ Ayam Masak Merah+ Gulai Daging Bersama Umbut/Batang Pisang+ A car Jelatah



Balik terus ke Melaka sampai pukul 9 malam lebih. Banyak singgah untuk solat dan isi minyak. Alhamdulillah trafik lancar tidak seperti mana perjalanan pulang dari Jeli.

12 comments:

  1. Alhamdulillah selamat semuanya ye .. Seronok jalan jauh.. Nampak sedap lauk yang diambil... Janji habis x membazir tu penting.. kan.. Hehe..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah jauh perjalanan luas pemandangan ye NA:)
    Gulai Batang Pisang tu menu wajib di kampung sy...

    ReplyDelete
  3. Jauh perjalanan akak ke utara. Alhamdulillah tercapai nak makan makanan yang diidamkan tu. Penuh pinggan habis makan takpe :)
    Musim cuti memang penuh kenderaan kat jalan. Bertabahlah kalau jem.

    ReplyDelete
  4. Heheheh bestnya, kalau kenduri area utara boleh dapat makan gulai batang pisang. samalah baru baru ni kenduri rumah jiran, VM makan nasi n gulai batang pisang, makanan lain mmng tak makan dah.

    Btw VM follow sini ya. Salam kenal :D

    https://vanillamaple.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.... terbayang lauk gulai umbut pisang dengan daging dan pekasam!

    ReplyDelete
  6. Gulai umbut pisang itu saya sukaaa sangat kak 😍😍. Mama sering buat gulai umbut pisang, atau bahkan dari pisangnya sekali. Memang sedap. Dah lamaaa tak makan itu. Di Jakarta itu bukan kuliner yg sering dicoba oleh orang sini soalnya. Biasanya orang2 Aceh dan Sumatra Utara saja

    ReplyDelete
  7. Meriah musim kenduri kahwin sana sini. Gulai umbut utara memang sedap

    ReplyDelete
  8. lunas area mana ye.. mama selalu ke baling skrg

    ReplyDelete
  9. daging dengan umbut tuh, sedapnya.. Kesukaan tu tapi kat sini susah nak jumpa..

    ReplyDelete
  10. haritu pun ada terbaca kat blog yana (CCL) pasal gulai umbut pisang tu..serius tak pernah rasa..sedap tak?

    ReplyDelete
  11. jln kenduri kawen jauh2 ni syok. dpt pulak mkn yg sedap2. rs berbaloi2 dtg

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.