بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah Isnin cuti Maulidur Rasul itu puasa putih. Maka buka puasa dengan nasi ganja daripada Aida Rich Cafe yang terletak di Taman Tasik Utama berhampiran Restoran Woodfire.
Pertama kali mencubanya. Teruja hendak tahu rasanya.
Apabila buka bekas polisterin ada nasi, sayur kobis, bendi, telur sebiji (macam kuah kicap), serunding dan ayam goreng bahagian kaki. Dalam plastik berasingan ada kuah kari yang agaknya pekat.
Rasa sedap, kuah pedas. Semua berasa. Ayam besar cuma nasi sedikit. Boleh ulang lagi.
Alamat:
54 Jalan TU 42,
Taman Tasik Utama,
Ayer Keroh,
75450 Melaka.
Buka untuk makan tengahari dan malam. 12 tengahari hingga 10 malam. Isnin tutup.
Sedapnya nasi ganja, teringat nasi ganja ipoh hehehe
ReplyDeleteTak pernah mkn lagi. Mungkin adaptasi dari nasi style Jawa (lupa plk nama nasi tu). Tapi ni dah 'dimelayukan' sbb tak de sambal goreng.
ReplyDeleteBest makan kalau kena dengan selera. Saya suka jenis macam ni kuah asing sebab bukan penggemar kuah banjir.
ReplyDeleteSekarang ni, nak makan makanan special sesuatu negeri dah tak payah memandu jauh, cuma susah nak jumpa yg sama. Tapi, ayam goreng dia nampak sedap.
ReplyDeletewahhhhh besar juga ayamnya tu.
ReplyDeleteayam itu nampak sedap ..
ReplyDeleteyang penting kenyang dan makan ada selera
Ayam besar tu puas hati laa... nasi sikit xpe hahah janji ayam besar :D
ReplyDeleteNasi ganja memang sedap.
ReplyDeleteVersi yang saya jumpa ada cili hijau dan kacang bendi.
ada pening2 x NA lps makan tu? hehehehe
ReplyDeletesedap tu...lauk simple..
ReplyDeleteyum yum sedapnya.. first time dgr nama nasi ganja takut nak makan haha
ReplyDeletenasi ganja menarik namanya untuk dicuba
ReplyDelete