بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Pejam celik sudah pada penghujung tahun 2022. Sekarang ini tinggal seorang. Adik perempuan (nombor 2) ada hari keluarga. Adik nombor 3 sudah balik ke sarangnya di Auckland dan adik bongsu pula hari ini berpindah dari Rawang ke Kota Damansara. Hehe saya cakap ini tempat orang kaya di Kota Damansara. Dekat pula dengan IKEA. Apapun rumah adik bongsu dekat dengan Sungai Penchala rumah arwah datuk belah abah. Jadi raya tiada masalah untuk selalu singgah sini.
Emak dan abahpun turut serta tengok rumah adik. Saya pula asal hendak ikut tapi apabila hendak kemas baju, badan rasa lesu. Penangan ubat. Jadi malas ikut. Insya Allah esok pergi kenduri kahwin di Tampin.
Kesihatan pula rasanya 90%. Tidak berani kata sembuh 100% sebab takut datang balik seperti sebelumnya. Jadi rehat dan perhatikan keadaan diri dari masa ke masa.
Alhamdulillah rezeki daripada blog, dapat duit RM30 daripada Abam Kie kerana terpilih ( nombor 3) sebagai tukang komen terbanyak. Ini kena konsisten komen sepanjang tahun 2022. Cabaran juga sebab ada halangan tidak dapat komen.
Harap tahun 2023 lebih baik daripada 2022.
In shaa Allah NA semoga tahun baru kita lebih baik hendaknya.. Jaga kesihatan ye yunk.. Happy New Year! Xoxo!
ReplyDeleteMoga terus sihat.
ReplyDeleteTahniah dpt rezeki dari blog.
moga kesihatan beralih ke 100% ye.
ReplyDeleteand yes. moga 2023 kita lebih baik in shaa Allah.
Kak Na, happy new yeaar yaaaa 🎉🎉🎉. Semoga 2023, jadi hari yg baik buat kita semua ❤️. Sehat sehat ya kak 😘
ReplyDeleteHappy new year 2023, NA...take care!
ReplyDeleteSelamat tahun baru 2023, semoga tahun ini lebih baik dan ceria 😊
ReplyDeleteAlhamdulillah NA dah beransur sembuh. Semoga tahun ni dikurniakan kesihatan yang baik.
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru NA!
ReplyDeleteBesar harapan agar tahun ni lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya
Alhamdulillah rezeki dapat hadiah duit. Ya, kesihatan sendiri kena diutamakan. kalau terpaksa, baik rehat sahaja
ReplyDeleteTahniah NA, dapat hadiah lagi. :)
ReplyDeleteSemoga akak sembuh seperti sediakala.. Selamat tahun baru diucapkan pada akak sekeluarga.. Semoga di tahun ini kita akan beroleh kecemerlangan dalam kehidupan dan seimbang untuk dunia dan akhirat..
ReplyDeleteSemoga sihat sihat ye... Moga Tahun 2023 ni lebih better..Tahniah..Rezeki menang...
ReplyDeleteNona takda menang jadi pengomen tegar memana rasanya.. Happy New Year Yaaa!
semoga tahun ini lebih baik daripada sebelumnya..moga sihat selalu ye
ReplyDeletewahhhhh tahniahhh rezeki tu NA.. moga cepat sihat sepenuhnya ya.. musim batuk demam skrg ni..
ReplyDeleteSemoga Allah kurniakan kesembuhan buat NA.
ReplyDeleteAlhamdulillah…Tahniah, rezeki dari berblog 👏🏽
Pasang iklan pun belum tentu dapat hasil 😆
salam tahun baru..moga diberikan 100% kesembuhan..amin amin
ReplyDeletesehat selalu kakak Na...dan congrats untuk hadiah dari Abam Kie...^^
ReplyDeleteSelamat tahun baru ibu, kiranya di tahun yang baru, 2023 segala doa, harapan yang terbaik dikabulkan oleh sang pencipta.
ReplyDeletebkn shopping IKEA je NA dgn One Utama pun sangkut sekali😁
ReplyDeleteselamat thn baru... syafakillah😀
ReplyDeleteBila badan tak sihat, nak keluar pun malas..Tak pe, rehat-rehat dulu kat rumah. Betul dah sihat baru keluar jalan-jalan...
ReplyDeleteHappy New Year Kak NA, semoga yang baik- baik untuk permulaan tahun ni ye
ReplyDeleteAmin. Samalah.
DeleteMaaf atas kekeliruan dan kesalahan. Saya muda daripada SA. Lahir Januari 1979. Baya Adda si mamapipie.
Salam tahun 2023...syafakallah
ReplyDeletesyafakillah na, dan selamat tahun baru
ReplyDeletehari ni mcm mana? sihat ke?
ReplyDeleteTidak sihat. Pergi klinik lagi hari ini.
DeleteSelamat Tahun Baru dan semoga NA cepat sembuh ya..
ReplyDeletesemoga berterusan murah rezeki na
ReplyDelete