Saturday, December 17, 2022

Nama Tertera Pada Hadiah Tukang Komen November 2022

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam memang hari 'me time' sebab tinggal seorang, Azim ikut Atuk dan Uwan ke klinik dan seterusnya hantar dia ke rumah neneknya belah ayah ke Bukit Beruntung, Selangor. Jadi saya seorang di rumah. Ambil masa terluang tengok tv yang sebelum ini dikuasai anak-anak buah, makan, kemas rumah. Blog dan internet terabai semalam. Cuma petang sedikit dan malam baru berkesempatan buka.

Pukul 11 malam lebih tergerak buka emel dan ternampak emel daripada Puan Fiza. Buka emel dan dia kata hadiah saya dalam perjalanan. Saya balas emel kata kalau sampai saya beritahu. Saya buka laman track & trace JnT, masukkan nombor bungkusan. Tengok-tengok status sudah sampai. Berderau darah saya sebab saya tidak dengar bunyi kenderaan kecuali untuk parcel adik saya. Saya tengok waktu status dihantar. Ia tertera pukul 3 petang lebih. Parcel adik saya ambil sebelum Zohor dalam pukul 11 lebih. Turun bawah tengok nama pada bungkusan. Memang bukan saya punya. 

Buka kunci rumah dan bergegas ke tembok depan rumah. Rasa lega dalam kegelapan malam, nampak kotak segi empat tepat berbalut hitam atas tembok. Terus ambil bawa masuk naik atas. Emel lagi kepada Puan Fieza kata barang sudah sampai. Lega dalam keadaan elok bungkusan. Syukur hari tersebut panas terik dan malamnya berangin tidak hujan. Alhamdulillah.

Terus buka. Terpampang nama hadapan dalam bahasa Jawi.

Hadiah Nazia Sejadah



Keluatkan dan bentangkan sejadah. Alhamdulillah terbentang nama penuh pada bucu kanan dan kiri.

Nama Terukir Pada Kanan Dan Kiri Sejadah



Insya Allah saya akan gunakan. Belum rasmikan sebab kebetulan semalam hari pertama uzur.

Terima kasih Puan Fieza beri hadiah praktikal untuk dibawa ke masjid juga. Sejadah Nazia. Kali ke-2 terpilih sebagai tukang komen terbanyak. Semoga Puan Fieza dimurahkan rezeki dan segala hajat diberikan Allah. Alhamdulillah semalam Jumaat hari yang indah kerana permintaan saya dimakbulkan Allah.

Oklah itu sahaja coretan. Jumpa lagi.

27 comments:

  1. Alhamdulillah masyaallah cantik sejadahnya NA

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Hadiah yang sangat bermakna dan dapat dimanfaatkan untuk beribadat.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah!
    Cantek sejadahnya.. ;)
    Salam hujung minggu buat NA..
    Semoga semuanya baik2 saja..

    ReplyDelete
  4. Cantik!
    Baru tahu nama sebenar NA :D

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, semoga pahala semasa solat guna sejadah tu mengalir jugak kepada yg beri hadiah tu :)

    ReplyDelete
  6. Cantik sejadah. Istimewa, sebab ada tulis nama. :)

    ReplyDelete
  7. Tahniah kak. Memang hadiah yang sangat praktikal.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dapat hadiah yang cantik

    ReplyDelete
  9. Alhamdulilah nasib baik slmt fapat parcel nya tu.. Tahniah NA

    ReplyDelete
  10. wahhhh tahniah tahniah! dah boleh stand by utk tarawih nnt ;-)

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah hadiah dah sampai..Nasib baik x hilang..J&T ni kadang mmg suka bagi seprais letak barang kita macam tu, tak beritahu..haha..Nasib baik tak hilang..Moga hadiah tak seberapa ni memudahkan NA bila travel dan ke surau/masjid untuk solat...

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah... hadiah yg sgt bermanfaat kpd penerimanya... tahniah NA.. teruskan mengomen.. hehehe

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah, cantik sejadahnya..nmpk gebu, sedao nasa sujud..

    ReplyDelete
  14. tahniahnyer dpt hadiah sejadah., aminn

    ReplyDelete
  15. Cantiiiik sejadahnya kak 😁. Lebih personal pula karena ada nama Yaa😍

    ReplyDelete
  16. tahniah dan alhamdulillah murah rezeki

    ReplyDelete
  17. wah...tahniah!
    alhamdulillah, hadiah yg sgt useful. senang nak bawa travel kan...

    ReplyDelete
  18. Tahniah Kak NA...cantik sejadah tu..siap ada nama lagi...

    ReplyDelete
  19. wah boleh pakai hari2 ni.. tahniah na

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.