بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Selamat Hari Raya! Rasanya tahun ini ramai yang beria-ia raya. Pergi setiap rumah ramai orang datang. Itu yang saya rasa.
Raya pertama pagi itu ada tragedi. Kereta adik no 3 tidak dapat dihidupkan! Bateri kereta lemah. Terpaksalah abah dan emak yang tidur di Tampin balik sekejap ke Melaka untuk buat cas kereta daripada kereta. Pukul 11 lebih baru kereta hidup. Alhamdulillah. Kebetulan saya ikut naik kenderaan adik no 3 fikirkan misteri kereta tidak hidup.
Rumah Uwan tidak siap lagi maka beraya di Desa Permai. Masa itu sudah ramai orang datang beraya. Kami segera makan soto atau lontong atau lemang. Kemudian beraya 1 rumah dahulu. Pukul 1 tengahari bertolak ke KLIA 2 untuk ambil adik ipar no 2. Seterusnya ke Kampung Sungai Penchala. Alhamdulillah trafik berjalan lancar.
Jalan sini bersimpang-siur. Setahun sekali balik mesti ada perubahan. Ketika ini di Exit 106.
Ke rumah Mak Uda. Ramai betul orang. Cepat-cepat makan. Nasi impit dengan sambal sotong sahaja dapat jamah. Memandangkan Makcik Minah tiada dan rumah arwah datuk tidak buka, saya solat di Masjid Al- Hidayah. Dekat sahaja Lalu lorong kecil setentang rumah Mak Uda.
Masjid lengang dan bergelap sahaja. Tenang di dalam
Balik semula ke rumah Mak Uda. Tidak surut orang. Bertambah-tambah orang berziarah. Cari abah. Nampak abah dan emak. Terus ke rumah Pak Busu belakang rumah Mak Uda dan sebelah rumah arwah datuk. Adik-adik dengan keluarga masih belum selesai (datang tidak sama waktu)
Di sinipun sibuk tidak cukup tangan Pak Busu dan Mak Busu. Salam sahaja terus hilang tuan rumah sebab layan tetamu lain. Kami layan diri makan laksa Melaka. Gembira sebab jarang dapat. Kongsi makan dengan mak dan abah dalam satu mangkuk. Tengok makin ramai datang maka terus ke rumah Mak Teh pula belakang rumah Pak Busu. Sini tidak makan berat. Makan sedikit kek buah.
Di sini baru sempat ambil gambar keluarga. Mak, Abah, saya, keluarga adik-adik no 2,3 dan 4. Alhamdulillah tahun ini semua ada berbanding tahun lepas adik no 2 sekeluarga tiada.
Khas raya tepek gambar sendiri dan keluarga dalam blog.
Salam Mak Teh dan Pak Teh kami tinggalkan Sungai Penchala ke AU3 Keramat rumah Pak Long dan akhir sekali ke Estana Court pangsapuri Pakcik Udin, Ampang. Masa ini rasa penat sangat. Raya untuk rumah terakhir memang hampir ke Maghrib. Lepas itu masuk lebuhraya untuk balik. Singgah solat di R&R (lupa R&R) Adik no 2 pula akan balik ke Kelantan. Jadi kami yang balik ke Melaka. Apapun trafik berjalan lancar dan sampai pukul 9 lebih.
Sakit perut dan cirit-birit. Tidak tidur lena. Perut terkejut. Habis aoa yang dipantang makan atau minum. Terminum kopi dan terpaksa minum air gas sebab makan hidangan raya kena minum. Apapun alhamdulillah sebab kena di rumah sendiri. Ulang-alik ke tandas tidak menyusahkan orang lain untuk guna.
Raya ke-2 pun sibuk juga. Awal pagi dah keluar semula. Kali ini habiskan rumah-rumah di Tampin.
Selamat hari raya, NA. Maaf zahir dan batin.
ReplyDeletebetul tu, raya tahun ni terasa meriah nya..alhamdulillah
ReplyDeleteSelamat Hari Raya NA...meriah dgn kunjung-mengunjung saudara-mara...seronoknya rumah dekat2, sekali harung gi ziarah..
ReplyDeleteslmt hari raya.
ReplyDeletebyk berjln raya. ciknur raya pertama dirumah layan tetamu iparduai. raya kedua penuh tetamu tetamu sedara suami. tp ptg dpt ke melaka kejap ziarah rumah guru sb dah berjanji. hadap jem le. ke mlm raya ke 3 penuh lg tetamu (ank2 buah) dari Melaka. tak dpt kemna lg
selamat hari raya utk NA sekeluarga
ReplyDeletejauh jalan raya ya... dah alang2 tiba ampang tu singgah x rumah blogger sal?😀
selamat hari raya NA...
ReplyDeletetahun ni belum berkesempatan nak beraya ke Tampin...
Kalau tak, mesti berselisih tengah jalan kan kita haha
Ini betul² raya ni. Memang meriah raya kali ni. Sama saya, raya pertama sudah rasa tak sedap perut malamnya. Alhamdulillah... Dapat jumpa sanak saudara.
ReplyDeletewah! Meriah tu hari raya di tempat NA. kat kelate ni meriah dgn jem je la. Ya Ampun!
ReplyDeleteselamat hari raya ..oh umh pakcik dkt au3 dkt la umh saya au2
ReplyDeletemeriah sungguh hari raya...
ReplyDeleteBTW Selamat hari raya puada dan maaf zahir dan batin
Alhamdulillah raya kali ini memang meriah. Seronok NA kunjung-mengunjung di hari-raya dari pagi sampai malam. Perut terkejutlah tu macam-macam makanan dan minuman masuk
ReplyDeleteMeriah sangaaat lebarannya kak Na 😊. Senang bisa berkumpul dengan keluarga besar. Saya belum lagi, karena papa mama h Medan. Saya tak bisa mudik tahun ini. Jadi hanya bisa berkumpul dengan keluarga besar dari suami. Itupun tak lengkap 😄. Apapun hari raya selalu bikin happy, karena cuti panjang dan Jakarta sepiiii selama lebaran 😄. Warganya pada mudik ke luar kota
ReplyDeleteMeriahnya raya NA. Seronok kan dapat berkumpul dengan adik-beradik semua.
ReplyDeletemeriah sungguh tahun ni,ramai yang datang/keluar berziarah
ReplyDeletePart tak best bila dah makan macam-macam pi beraya rumah orang, kita cerry berry pulak...tapi nasib baik kena kat rumah..kalau masa dalam kereta, jenuh asyik kena berhenti untuk ke tandas...
ReplyDelete