بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Ada ketika kita tidak sabar untuk dapatkan sesuatu. Cuba buat macam-macam untuk dapatkannya tapi tidak berhasil.
Ketika itu rasa kecewa dan sedih tidak dapat dibendung. Perasaan seperti orang ditewaskan. Pada ketika itu juga teringat berapa kerdil diri ini. Tidak berdaya untuk buat walaupun perkara kecil.
Istighfar, bertaubat pada Allah. Redha, bersabar, bersabar, bersabar. Minta lagi pada Allah petunjuk. Bersihkan hati. Betulkan apa yang salah. Minta lagi petunjuk. Ketika itu Allah tunjukkan salah kita dan kita betulkan semula. Istighfar. Mengaku dosa dan minta Allah beri kekuatan untuk jauhkan supaya tidak mengulangi kesilapan sama.
Ulang-ulang. Rasakan berapa lemah dan tidak berdayanya kita. Ingat hari kiamat. Pada ketika kita rasa amannya perbuatan baik yang telah dilakukan tiba-tiba tiada ketika perhitungan di sana. Hilang. Kita muflis. Termangu-mangu bagaimana boleh hilang. Rasakan perasaan itu sekarang. Rasakan perasaan tidak berdaya. Rasakan kita tidak mampu dapat apa yang kita hajati tanpa pertolongan-Nya. Akui kelemahan diri sungguh-sungguh. Buat baik sebanyak-banyaknya sambil harap Allah terima amal kita. Siapa tahu amal itu Allah redha.
Maka tiba-tiba Allah beri apa yang kita hajatkan. Betapa mudah tanpa bersusah payah terims. Kita gembira dan mungkin mengulang semula kealpaan atau mungkin sahaja dosa.
Istighfar dan taubat selalu. Ingat tiada jaminan kita masuk syurga tanpa harap ihsan-Nya.
Sungguh NA, kita masuk syurga kerana ehsan-Nya.
ReplyDeleteKita berbuat amal baik supaya ada ehsan Allah untuk terima kita.
Ujian kesenangan (mendapat apa yang dihajati) itu sesungguhnya lebih sukar dihadapi berbanding ujian kesusahan.
"Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung."..kita hambaNya yang kerdil, nikmat yg diberikan kita bersyukur, segala ujian kita bersabar..
ReplyDeleteWaalaikumusalam, terima kasih atas ingatan, istighfar, redha, mohon, bersyukur dengan spesifiknya. Ingatan buat diri juga. InshaAllah.
ReplyDeleteCepat atau lambat sekiranya dah tertulis dalam rezeki kita, pasti akan dapat jugak. Kalau tak tertulis sebahagian rezeki kita di dunia, berdoa semoga akan jadi milik kita di akhirat pulak.
ReplyDeletenak tunggu apa tu..
ReplyDeleteapa-apapun manusia wajib akui sentiasa lemah di depan Allah.
Tiada daya dan kekuatan melainkan izinNya
Apa-apa yang Allah suruh tunggu walaupun kita tidak sabar untuk dapatkannya.
DeleteSentiasa berlapang dada dan banyakkan bersabar.
ReplyDeleteSaya sentiasa sabar menunggu. Kalau tak sampai-sampai, boleh terima. Sebab saya percaya, benda tu akan datang pada masa yang betul, iaitu hanya Allah yang tahu. :)
ReplyDeletePernah lalui juga apa yg NA lalui. Rupa2nya Allah nak beri yg jauh lebih baik. Masa tu insaf sampai termalu & terharu. Rasa menyesal pulak sbb pernah "tak sabar" dan kurang berbaik sangka.
ReplyDeleteterima kasih na atas peringatan.. selalunya mmg siri ini kalau nak sesuatu x menyabar rasanya.. kena beringat dan istighfar selalu
ReplyDeleteAllah lebih tahu apa yang terbaik utk kita 🤗
ReplyDeleteTerima kasih atas ingatan..
ReplyDeletesegalanya berlaku dgn rahmat Allah. cuma tu laa... manusia kan mudah lupa..
ReplyDeleteSaat kehilangan anak dulu, saya belajar pelan2 kalo memang apa yg kita punya, bukan milik kita. Semua titipan saja. Saat kehilangan uang investasi Krn miscommunication dengan pihak bank, lagi2 saya coba tekankan dalam hati, itu bukan uang saya. Semuanya hanya titipan. Jadi pelan2, saya juga belajar utk tak terlalu berharap, dan serahkan semuanya kepada Yang Di Atas , jadi saat tak sesuai dengan keinginan kita, saya tahu Dia punya rencana yang jauh lebih baik dari saya
ReplyDeleteSabar dan bersyukur. Allah maha mengetahui dan maha pengasih. Sesungguhnya Allah mahu tahu apa yang kita perlukan dari apa yang kita mahukan. Dan akan berikan tepat pada masanya.
ReplyDelete