Friday, June 30, 2023

Lapah Lembu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari Raya Aidil Adha ke-2, emak ada masuk bahagian korban. Lepas itu daging yang sudah disembelih dihantar ke rumah Makchek. Jadi adik-beradik emak, anak-anak dan menantu yang lapah untuk dibahagi-bahagikan kepada senarai Auntie Nani sediakan supaya tiada yang tertinggal.

Sebahagian Mereka Yang Melapah. Ada Lagi Yang Tiada Dalam Kamera


Teringat pos Nur tentang kepala lembu. Alhamdulillah ada yang berminat untuk ambil kepala. Licin dibahagi-bahagikan.

Kepala Lembu



Makchek terus ambil tulang dan gearbox untuk dibuat sup.


Sup Tulang Dan Gearbox




Lepas itu ambil sedikit daging tetel buat masak asam.

Asam Pedas Daging Tetel



Masa kami (emak dan saya) bertolak ke hospital hanya masak asam daging tetel yang sudah selesai dimasak. Sup tulang dan gearbox masih lagi di atas api.

Hari raya korban tahun ini rasa sibuk dan banyak bergerak ke sana dan ke sini. Apapun alhamdulillah daging semua siap dibahagi-bahagikan masuk dalam plastik. 

Jumpa lagi.

23 comments:

  1. wahhh sedapnya NA sup tualng dgn gearbox...cicah dgn roti perghhh

    ReplyDelete
  2. kelihatan sedap dan segar kak na asam pedas daging tetel. tapi kepala sapinya membuat mbul terkejut karena masih ada bleeding hihi

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...saya teringin juga nak makan daging kurban...harap tahun depan boleh jadi peserta untuk kurban...dapat juga merasa daging lembu segar

    tahun ini bertugas dan tidak sempat untuk kerja-kerja melapah seperti sebelumnya

    ReplyDelete
  4. Salam aidiladha
    Selamat menjalani ibadah qurban

    ReplyDelete
  5. Salam Aidiladha NA. Sedapnya asam pedas tetel.
    Macamana dengan abah NA? Ada perkembangan positif ke?

    ReplyDelete
  6. Salam Aidiladha..Busy betul.moga tabah

    ReplyDelete
  7. Percayalahh selama 30 tahun hidup , baru tahu kepala lembu boleh makan hahahahha

    ReplyDelete
  8. Salam Aidil Adha NA.
    Sedap nampaknya sup gear box tu ..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.. Selesai semuanya.. Saya baru tahu kepala lembu boleh dimasak dan dimakan.. 🤣🤣

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Selamat ibadah korban ye, NA. Sedapnya tengok masak asam pedas daging tetel.

    ReplyDelete
  11. Uish…sedapnya sup tulang dan asam pedas tetel tu NA 😋

    Lebih sibuk, lebih banyak pengalaman tercipta 👍🏽

    ReplyDelete
  12. best bila berkumpul beramai ramai kan.selesaikan ibadah korban

    ReplyDelete
  13. wah semua org post psl sup tulang...sedapnyaaa

    ReplyDelete
  14. Dulu tiap kali kurban, mama saya selalu dikasih bagian kepala sapi dan kambing. Dan biasanya dibuat gulai sedaaap sangat. Saya belum pernah lagi rasakan gulai seperti itu sejak pindah ke Jakarta ini 🤤

    ReplyDelete
  15. salam singgah
    tahun ni kami dpt 3 bungkusan daging korban dari lain2 tempat.
    mmg sedap and fresh dagingnya
    masak tetel tu mengancam jiwa
    cantik kejadiannya dalam kuali tu

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah. Raya Haji lepas buat juga korban 1 bahagian. Syukur masih berkemapuan utk melaksanakannya.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah dapat menunaikan ibadah korban dan dibahagi-bahagikan. Sedap menu-menu yang dimasak tu kak.

    ReplyDelete
  18. Slmt Hari Raya Aidiladha.. Sup lembu mmg menu utama disetiap tmpt qurban huhuu..

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, berkongsi sesama sanak saudara..

    ReplyDelete
  20. <--- bukan pemakan daging..hehe

    ReplyDelete
  21. wah dapnya menu yang dimasak tu..bila raya haji ni, semua menu berasaskan daging...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana tinggalkan komen. Apa-apa sahaja input akan dipertimbangkan.